PASRAH

Mohonlah kekuatan daripada Allah setiap detik, masa dan ketika walaupun di mana kita berada. Hidup ini Allah nak uji keikhlasan, pasrahlah  menunggu apa sahaja keputusan dari Allah  asalkan Allah SWT sentiasa  anugerahkan hidayah dan taufiq, maghfirah-Nya serta  husnul khotimah ke destinasi akhir walau di mana kita berada kelak. Mohon Allah iringkan hidayah dan taufiq-Nya keadaan bertambah baik di mana sahaja kita berada nanti. Hidup ini bagai pelakon di pentas  dunia. Beruntunglah mereka yang mensucikan diri  dan merugilah orang yang mengotori wataknya sebagai pengabdi  yang taat.Teringat  pesanan seorang ulamak, jadilah kamu seperti 'batang  kayu' yang terapung  di tengah gelora di lautan. Insya Allah akan selamat. Pengalaman lalu sangat  banyak mendidik, Alhamdulillah.

Memang  terkilan melihat majoriti golongan  berilmu agama,  namun cara melayan orang tua macam budak-budak. Ibu bapa sahaja yang kena  dengar cakapnya, sebaliknya tidak diberi  ruang langsung hendak mendengar tazkirah sang ayah yang sangat  penyabar. Alangkah indahnya baitul muslim jika  tazkirah atau  pesanan yang mengukuhkan hubungan pergantungan harapan hidup kepada Allah mewarnai setiap sudut kehidupan, mentasbih menyucikan nama Allah sepanjang hayat. Alangkah bahagianya  jika semuanya berprasangka  baik kerana takut  kepada  Allah semata-mata. Begitulah suara  rintihan   ibu bapa hanya mampu  bersabar, diam  membisu  melayan ego anak-anak yang semakin menjadi-jadi.

Mengikuti MTP Haluan ke-28  di Jitra Alhamdulillah, terawat  jiwa apabila  murabbi berpesan bersiap sedialah dengan segala kekuatan berhadapan dengan ujian-ujian dari 5 golongan ini. Merujuk hadis,  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Orang  mukmin  berada di antara lima cabaran iaitu; 
i.  Orang  mukmin yang hasad terhadapnya, 
ii. Munafik yang  membencinya, 
iii. Kafir yang memeranginya,
iv. Syaitan yang menyesatkannya dan 
v.   Nafsu yang menariknya  kepada  kejahatan”

Cabaran-Cabaran


Mujahid  Fathy Yakan Dalam bukunya   قوارب النجاة فى حياة الدعاة  
menghuraikan  hadis  di atas seperti  berikut;

i.        مؤمن يحسدة (orang  mukmin yang hasad terhadapnya). Hasad  adalah penyakit qalbu yang sangat  merbahaya boleh menghakis iman jika tidak bertaubat kepada Allah
 ~ Mohon perlindungan dari Allah SWT Surah Al Falaq: 1-5
Harus  berwaspada, hasad boleh berlaku apabila;
~ada sikap benci dan bermusuhan
~ada  rasa tidak senang  dengan kelebihan orang lain
~ada sifat takabur dan memandang  rendah pada orang lain
~ada  perasaan ‘ujub (kagum) terhadap  diri  sendiri
Harus  berwaspada, hasad boleh berlaku apabila;
      Ada rasa bimbang  terlepas peluang  untuk apa yang dikejarnya.
      Terlalu  cinta  untuk menjadi ketua  dan mengejar pangkat dan kemegahan untuk diri sendiri.
      Jiwa  kotor  dan ada sifat  شح   (bakhil  dan tamak)
~ rujuk Kitab ‘Ihya..’ oleh Imam Ghazali
Solusinya;
      Teguh bersabar dan solat
      Pohon pertolongan dari Allah daripada kejahatan jiwa yang hasad, jangan bertindak di luar syara’
      Bawa syaksiah mulia, suci qalbu dan berhati-hati
      Sabda Nabi “semestinya dikurniakan kasih sayang Allah ke atas orang yang dimarahi tetapi dia penyantun (sabar)”


      ii. منافق يبغضه  (munafik yang  membencinya) berlakunya kemunafikan ekoran  dari hasad. Hadis riwayat Abu Ya’la yang bermaksud:
      “tiga perkara sesiapa ada tiga perkara itu maka dia adalah munafik…..apabila  dia bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji,  dia  mungkir janji dan apabila diberi amanah dia khianat”
      Semoga para dai’e tidak terperangkap dengan golongan ini. Sila rujuk Surah Al Baqarah: 8-16
      Golongan ini terlalu  bahaya terhadap Jemaah muslimah maka hikmah Allah turunkan surah Al Munafiqun agar  dapat kenal mereka. Sila rujuk surah ini 
      Harakah Islamiyah mungkin menjadi mangsa kepada golongan ini yang petah lisan mereka  berbicara, menabur  fitnah, mengadu domba,  merangsang permusuhan dan menyalakan api pergaduhan serang menyerang di antara individu-individu harakah Islamiyah
      Mungkin ini  ايتلأ (ujian) untuk  تمحيص ( tapisan) anggota dalam saff organisasi . Firman Allah yang bermaksud;
       “kalau kamu mendapat kebaikan maka yang demikian itu menyakitkan jiwa  mereka dan jika kamu ditimpa musibah maka mereka  bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, maka tipu daya mereka itu tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah Maha Luas pengetahuannya (ilmunya) meliputi apa jua  yang mereka lakukan”           
          (surah Ali-Imran:120)
Solusi menghadapi golongan munafik
Husnu Zhon terhadap Allah
*Awasi setiap perbincangan  kerana mereka ibarat kuman yang ada di dalam jasad perlu dikenalpasti kesahihan kata-kata mereka merujuk surah Al Hujurat ayat 6


iii.   وكافر يقاتلهkafir yang memeranginya

Rujuk surah Al-Anfal: 36-37
      Mereka  ahli batil dan penyokong jalan syaitan
      Rujuk surah Ar –Ra’du : 16
~ tidak sama antara orang yang celik dengan buta…
Antara Islam dan kufur asalnya    حرب (Perang) Rujuk surah Al-Baqarah : 217

iii. وشيطان يضله  syaitan yang menyesatkannya
Bahaya ini lebih besar kerana syaitan adalah musuh ketat para  mukmin. Rujuk surah Sad: 82-83
~ syaitan tidak mampu menyesatkan orang yang ikhlas.
Rujuk surah Fathir ayat 6

iv.Solusi  وشيطان يضله  syaitan yang menyesatkannya

Waspada pintu masuk syaitan;
      Marah melulu
      Syahwat
      Tergesa-gesa
      Hasad  dengki
      Bakhil dan bimbang jadi faqir
      Sombong
      Buruk sangka terhadap muslim
      Rujuk surah Al-A’raf: 200-201
      Bertaqwa
       الاستعاذه
Sentiasa  zikir & Muroqabatallah
Sempurna  ibadah kepada Allah


v.  ونفس تنازعه Nafsu yang menariknya  kepada  kejahatan

Rujuk surah Yusuf:53
~ Dalam diri manusia ada ilham fujur dan ilham taqwa
Rujuk surah As-Syams: 7-10
~ Dalam kesibukan  daie terlupa  muhasabah diri hingga  jiwa kosong, menjadi futur dan berlaku  انحراف (penyimpangan)
Maka daie perlu mengikut jejak generasi  Islam yang mana mereka  disifatkan sebagai  ahli ibadat di malam hari dan pahlawan di siang hari.

Ambillah iktibar  dari seruan Allah dalam surah Muzammil ayat  1 hingga 8.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil