Posts

Showing posts from May, 2017

Ke Manakah Hala Tuju Cinta Kita?

Image
Malam menjelang  1 Ramadhan bersamaan tarikh lahir ibu  27 Mei  2017. Sekembali dari solat Terawikh di surau Matri ibu  mendapat  panggilan telefon jauh dari  anak menantu dan cucu-cucu menyanyikan lagi 'Barakallahu fik' bernada  lagu 'happy birthday to you'. Alhamdulillah, Alhamdulillah, ibu tidak kesepian masih ada yang mengingat hari bersejarah seumur hidup sekali jatuh bertepatan pada  1 Ramadhan. Di pagi hari pertama  Ramadhan seorang  murabbiyah  hantar  soalan  "bagaimana  kita hendak mendapatkan cinta yang sempurna?"  dalam group  wassap  kami.  Pelbagai jawapan yang dikemukakan oleh  ahli kumpulan namun masih belum menepati jawapan yang dikehendaki oleh murabiyyah tersebut.  Ibu juga cuba menjawab  dengan bimbingan murabbi di hadapan mata;  "cinta yang sempurna hanya ada pada Allah dan hak mutlak-Nya,  Manusia  sebagai makhluk memang banyak kelemahan dan kekurangan,  tidak pernah akan mendapat kesempurnaan." Murabbiyah itu  mengu

Moga Ramadhan kali ini Lebih Luar Biasa. Insya Allah

Bila sudah biasa  dalam zon selesa, rasa tepu, tiada apa-apa peningkatan. Memang perlu sekali sekala mencari suasana yang luar biasa untuk mengajak diri berubah dan merasai nikmat iman dan ukhuwwah. Syukur  alhamdulillah  kurniakan nikmat  sungguh luar biasa bagi keluarga Haluan Perlis. Sudah lama tidak buat family day...sempena  cuti kelahiran Raja Perlis  pada hari Rabu, 17 Mei kami berkumpul di sebuah kem  nampak   'terbiar' dipandang dari luar dengan semak samunnya. Rupa-rupanya di dalam kawasan itu sudah dilapangkan. Strategi tidak tebas semak di hadapan kerana  ada kerosakan gate hadapannya.  Namanya  kem 'Wang Mu', tanah wakaf  bekas 'Raja Tanah' yang telah lama meninggal dunia. Semoga kehadiran kami lebih dari 300 orang termasuk kanak-kanak membaik pulih serta   memakmurkan tanah terbiar itu memberi saham akhirat  untuk almarhum  dan pewarisnya,  Bermodalkan  hanya  RM1000 (seribu) dan wang pendaftaran RM10.00  bagi satu keluarga kami dapat menghibur

LIMA MODEL KELUARGA DALAM AL-QUR'AN

Image
Merujuk surah At-/Tahrim., terdapat  5 model keluarga  yang perlu kita jadikan iktibar... 1. Keluarga Rasulullah SAW, para isteri Nabi  SAW ditawarkan  dua pilihan samada  untuk  bertaubat terus  kekal bersama mengharapkan ganjaran akhirat atau sebaliknya bercerai  kerana  utamakan ganjaran dunia. 2. Keluarga Nuh. Nabi Nuh sedih anaknya  menderhakainya  ikut  ibu  (isterinya) yang  derhaka. lalu dijawab Alllah dalam firman-Nya yang bermaksud  "itu bukan keluargamu tapi bukan amal soleh" 3. Keluarga Lut juga sama seperti  di atas, isterinya derhaka 4. Asiyah bte Muzahim isteri Firaun disiksa  oleh  suaminya sendiri kerana pertahankan keimanannya dengan Nabi Musa as. Walaupun hanya  anak angkat,nya,  berkat doa semua pendidiknya,  Nabi Musa ada banyak kisahnya di dalam Al-Qur'an  juga  berjaya mendapatkan  isteri solehah 5. Kelarga  Ali Imran, isterinya  melahirkan Maryam yang sentiasa menjaga  kehormatannya. Kemudian Maryam melahirkan  Nabi Isa. Seluruh keturunanny

Peluang Ramadhan. Ya Allah Kukuhkan Jiwa Kami Dengan Wahyu-MU

Image
Tawaran Yang Membahayakan Diri Minggu lepas, urusetia Persatuan Kaunseling Malaysia  menawarkan ibu ikuti program di Medan, Indonesia hujung bulan Ogos nanti. Jika booking tiket awal memang murah pergi dan balik.. Setelah bertanya pandangan suami dan anak kandung, ibu istikhorah. Selepas  Istikhorah mendapat  jawapan, program itu  amat merbahaya bagi ibu  untuk membentangkan Kertas Kerja yang sama iaitu "Membumikan Kaunseling Rabbani" kerana paksi perlaksanaannya adalah sistem Sekular 100%. Hadapi mereka mesti dalam team work yang kukuh.   Tidak sama seperti  di Seremban pada 2-4 Mei lalu, Konvensyen berperspektifkan Islam lebih selamat, paling tidak musuhnya hanya orang mukmin yang hasad, Insya Allah biasanya kaunselor Islam mampu merawat diri dari sifat mazmumah itu... Hasil dari program di Seremban,  Alhamdulillah salah satu pejabat Mufti jemput  ibu  buat program Bedah Buku  sebelum Ramadhan. Insya Allah, hanya Allah sahaja pengatur yang terbaik, Pandangan Murabb

PASRAH 2

Image
Ketika  Nadwah Haluanita  di ILIM, seorang kenalan di Seremban menawarkan ibu buat bedah buku di tempatnya. Ibu maklumkan dengan salah seorang sahibah  pensyarah di sana, tanpa ragu  beliau menawarkan ibu menginap di rumahnya. Ibu jangkakan mungkin pertengahan bulan Mei. Perancangan Allah mendahului  segala-galanya, pulang dari Bedah Buku dari Tangkak pada 15 April lalu, salah seorang  ahli jawatankuasa Konvensyen Antarabangsa Kaunseling dan Psikologi berspektif Islam  memujuk ibu  perkenalkan Kaunseling  Rabbani dalam program itu. yang  akan  diadakan di Pusat Dakwah Negeri Sembilan pada 2-4 Mei 2017.  Ikut logik akal  dan peraturan manusia, tarikh menghantar 'abstract'  sudah tutup pada 10 April dan hantar kertas kerja pada 15 April. Allah SWT yakinkan  jiwa ini  jangan putus  harapan untuk  memenangkan Deen Allah melalui profesyen Kaunseling  di samping  meraikan permintaan generasi  pewaris yang selama ini menganggap ibu sebagai 'mentor' dan khudwah memupuk minatny