Ke Manakah Hala Tuju Cinta Kita?


Malam menjelang  1 Ramadhan bersamaan tarikh lahir ibu  27 Mei  2017. Sekembali dari solat Terawikh di surau Matri ibu  mendapat  panggilan telefon jauh dari  anak menantu dan cucu-cucu menyanyikan lagi 'Barakallahu fik' bernada  lagu 'happy birthday to you'. Alhamdulillah, Alhamdulillah, ibu tidak kesepian masih ada yang mengingat hari bersejarah seumur hidup sekali jatuh bertepatan pada  1 Ramadhan. Di pagi hari pertama  Ramadhan seorang  murabbiyah  hantar  soalan  "bagaimana  kita hendak mendapatkan cinta yang sempurna?"  dalam group  wassap  kami.  Pelbagai jawapan yang dikemukakan oleh  ahli kumpulan namun masih belum menepati jawapan yang dikehendaki oleh murabiyyah tersebut. 

Ibu juga cuba menjawab  dengan bimbingan murabbi di hadapan mata;
 "cinta yang sempurna hanya ada pada Allah dan hak mutlak-Nya,  Manusia  sebagai makhluk memang banyak kelemahan dan kekurangan,  tidak pernah akan mendapat kesempurnaan."

Murabbiyah itu  mengulangi persoalan utamanya..."Bagaimana  kita hendak mendapatkan cinta yang sempurna?"
Tiada siapa yang sanggup menjawabnya lagi termasuk ibu. Kami senyap. Tidak lama kemudian masuk pula wassap mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun moga Allah berkati umur selamanya.." Terharulah seketika,..
Ibu jawab dengan surah Maryam ayat  33  dan  turut mendoakan mereka dengan doa yang terkandung dalam surah Maryam ayat 15. 
وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا
 "Dan segala keselamatan serta kesejahteraan  dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan  dan pada hari aku mati serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula  (pada hari  kiamat)"

Dalam sesi perkongsian, ustazah di atas pulak menceritakan pengalamannya  melahirkan anak bungsunya  tanpa susah payah  meneran...5 tahun lalu membaca surah Maryam ayat 15.
وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا
" Dan segala keselamatan serta kesejahteraan  dilimpahkan kepadanya pada hari dia diperanakkan  dan pada hari diaa  mati serta pada hari dia  dibangkitkan hidup semula  (pada hari  kiamat)"

Tidak lama kemudian murabbiyah itu menambah "Moga Allah kurniakan cinta-Nya  yang sempurna"



Subhanallah, sebak rasa mendapat  doa orang solehah yang masanya penuh dengan aktiviti  membawa masyarakat  dan anak didik mencintai Al-Qur'an dan hidup bersama Al-Qur'an. Sedangkan ramai wanita seusianya amat sibuk dengan  mengejar  dunia dan  artis koreanya. Alhamdulillah ustazah ini sering  mengingatkan  ibu agar  jelaskan ' Hidup bersama Al-Qur'an'  dalam setiap program 'membumikan kaunseling Rabbani' , walaupun ibu bukan terdidik dalam bidang  Deeniyah sepertinya, tetapi beliau amat yakin  ibu boleh lakukan. Terasa  ingin membawa murabiyyah  itu ikut  ke mana sahaja ibu pergi nanti,  namun tanggungjawabnya amat banyak di Matri. "Matri adalah 'mihrab' saya  kak" jawabnya. Apabila  beliau sebut 'mihrab' teringat ibu  tentang kisah Maryam, ibu nabi Isa  sentiasa  beribadah di 'mihrab'nya  hingga  menyebabkan nabi Zakaria teringin zuriat  sebaik anak saudaranya, Allah makbulkan doanya walaupun sudah tua dengan kelahiran Nabi Yahya, Kelahiran  Nabi  Yahya hampir sama  waktunya dengan kelahiran Nabi Isa, selisih beberapa minggu sahaja.
Alhamdulillah  Allah temukan murabiyyah ini sebagai pendukung 'team' Kaunseling Rabbani  walaupun dia bukan 'kaunselor' berdaftar tetapi peribadi dan akhlaknya sentiasa menepati ciri-ciri kaunselor Rabbani. Masih ada  "Maryam" sebaik ibu nabi Isa  di zaman alaf siber hingga  ibu  tidak ragu menyebut  anak-anak gadisnya  lebih berharga daripada  bidadari di syurga. Insya Allah 

Ketika  mengedit  buku ketiga  'Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga'  Allah izin ibu  tergerak  merujuk  tafsir  surah  surah Ali-Imran ayat 31.  Ibu letakkan ayat suci ini  di bawah tajuk  'Ke Manakah Hala Tuju Cinta Kita?'

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Para ulama yang bijaksana  menjelaskan bahawa duduk perkara  ayat  ini  bukanlah bertujuan  agar kita  mencintai , melainkan  yang sebenarnya  ialah bagaimana  supaya kita dicintai. Bagaimana  harus  kita mendidik  diri  dan anak-anak  agar menyesuaikan diri  menjadi ‘hamba’ kecintaan Allah SWT? Menurut  As Syahid  Syed Qutb di dalam Fi zilal al-Qur'an;  "Sesungguhnya  cinta kepada Allah itu bukan hanya pengakuan di mulut dan bukan khayalan dalam angan-angan. Tetapi, ia harus  disertai sikap mengikuti Rasulullah saw, melaksanakan petunjuknya  dan melaksanakan sistem-Nya dalam kehidupan." Sistem  dalam bahasa  Arab adalah 'manhaj'  yang  bermaksud  peraturan hidup.

Firman Allah;


وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)."  
(QS al-Baqarah [2]: 165).

Iman adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan melaksanakan  sistem (peraturan) Allah  yang ditunjuk oleh Rasulullah Saw. Ayat  ini disokong oleh hadis yang  bertajuk  'Tiga cinta yang manis'
Sabda Rasulullah  yang bermaksud;
“Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu 
Pertama, Cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain, 
Keduanya, cinta kepada seseorang kerana kerana  Allah 
Ketiga,  membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)

Murabbi menjelaskan cara hendak mendapatkan  cinta yang sempurna  perlu banyak berdoa, banyak bermujahadah  dan berusaha  menyerahkan diri 100% kepada Allah. Seentiasa bersabar  dan bertawakkal. PASRAH biar Allah yang aturkan  hidup kita mengikut kehendak-NYA bukan ikut kehendak kita. 

Ya  Allah sepanjang  Ramadhan yang mubarak  ini kurniakanlah kami hakikat  'syuur  cinta'  yang Engkau redhai...Subhanallahi wabihamdhi subhanallah al 'azim




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil