LIMA MODEL KELUARGA DALAM AL-QUR'AN



Merujuk surah At-/Tahrim., terdapat  5 model keluarga  yang perlu kita jadikan iktibar...

1. Keluarga Rasulullah SAW, para isteri Nabi  SAW ditawarkan  dua pilihan samada  untuk  bertaubat terus  kekal bersama mengharapkan ganjaran akhirat atau sebaliknya bercerai  kerana  utamakan ganjaran dunia.
2. Keluarga Nuh. Nabi Nuh sedih anaknya  menderhakainya  ikut  ibu  (isterinya) yang  derhaka. lalu dijawab Alllah dalam firman-Nya yang bermaksud  "itu bukan keluargamu tapi bukan amal soleh"
3. Keluarga Lut juga sama seperti  di atas, isterinya derhaka
4. Asiyah bte Muzahim isteri Firaun disiksa  oleh  suaminya sendiri kerana pertahankan keimanannya dengan Nabi Musa as. Walaupun hanya  anak angkat,nya,  berkat doa semua pendidiknya,  Nabi Musa ada banyak kisahnya di dalam Al-Qur'an  juga  berjaya mendapatkan  isteri solehah
5. Kelarga  Ali Imran, isterinya  melahirkan Maryam yang sentiasa menjaga  kehormatannya. Kemudian Maryam melahirkan  Nabi Isa. Seluruh keturunannya soleh dan solehah

Masih ada satu lagi model  keluarga soleh iaitu keluarga  Nabi Ibrahim as. Kesabaran  amat penting  mendidik ahli keluarga. Begitulah sabarnya  Nabi  Yaacob berdoa  agar  keluarganya bersatu semula walaupun sudah di hujung usianya, Nabi Yusuf menyatukan keluarganya dengan izin Allah SWT

Kini baru kutemui  jawapannya. Masya Allah. Ada soalan  yang menyatakan  kenapa  ada ‘kawannya’  yang  kedua-duanya  soleh dan solehah tetapi masih  berlaku penceraian?
Jawapan utamanya  adalah takdir Allah sentiasa indah dan tidak pernah salah. Segala yang Allah atur, pasti ada hikmah-Nya. Tugas utama kita hanya  ‘maintain’ diri sebagai  pengabdi yang taat untuk mentauhidkan Allah sepanjang hayat melalui dakwah dan tarbiyah  sudah memadai untuk beroleh redha-NYA. Insya Allah. Seluruh urusan berkaitan jodoh, rezeki  dan ajal berada dalam genggaman Allah. Pasrah sepenuhnya semata-mata  mengharapkan redha-NYA.
Menurut  kajian Ustaz Budi Ashari, peribadi soleh dan solehah tidak mencukupi, yang penting  adalah kesetaraan.  Contohnya  pernikahan Zaid Hartihah  (bekas hamba Khdijah yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW) dinikahkan dengan Zainab Bte Jahsy, salah seorang puteri  keluarga bangsawan di Mekah. Setelah  setahun  pernikahan, perkahwinan  ini tidak boleh serasi walaupun Rasulullah SAW  minta Zaid cuba pertahankan rumah tangganya.  Kisah Zaid  terkandung  dalam surah Al-Ahzab ayat 37;
وَإِذْ تَقُولُ لِلَّذِي أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَنْعَمْتَ عَلَيْهِ أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَاهُ ۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيْدٌ مِنْهَا وَطَرًا زَوَّجْنَاكَهَا لِكَيْ لَا يَكُونَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ فِي أَزْوَاجِ أَدْعِيَائِهِمْ إِذَا قَضَوْا مِنْهُنَّ وَطَرًا ۚ وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ مَفْعُولًا

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu (juga) telah memberi nikmat kepadanya: "Tahanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah", sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah-lah yang lebih berhak untuk kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengahwini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi.

Bagaimana  Rasulullah menyetarakan pernikahannya  yang pekerja dengan ‘boss’nya  iaitu Saidatina Khadijah?

Salah satu yang dilakukan oleh Khadijah yang tahu  suaminya, Muhammad SAW memang mahir dalam perdagangan lalu menyerahkan semua  harta  perniagaannya kepada suaminya lalu hanya  minta  wang belanja  sahaja. Beginilah cara  Khadijah mengangkat  martabat  suaminya yang tidak  Berjaya dilakukan oleh  Zainab bte Jahsy terhadap suaminya  Zaid  bin Haritsah.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil