Moga Ramadhan kali ini Lebih Luar Biasa. Insya Allah

Bila sudah biasa  dalam zon selesa, rasa tepu, tiada apa-apa peningkatan. Memang perlu sekali sekala mencari suasana yang luar biasa untuk mengajak diri berubah dan merasai nikmat iman dan ukhuwwah. Syukur  alhamdulillah  kurniakan nikmat  sungguh luar biasa bagi keluarga Haluan Perlis. Sudah lama tidak buat family day...sempena  cuti kelahiran Raja Perlis  pada hari Rabu, 17 Mei kami berkumpul di sebuah kem  nampak   'terbiar' dipandang dari luar dengan semak samunnya. Rupa-rupanya di dalam kawasan itu sudah dilapangkan. Strategi tidak tebas semak di hadapan kerana  ada kerosakan gate hadapannya.  Namanya  kem 'Wang Mu', tanah wakaf  bekas 'Raja Tanah' yang telah lama meninggal dunia. Semoga kehadiran kami lebih dari 300 orang termasuk kanak-kanak membaik pulih serta   memakmurkan tanah terbiar itu memberi saham akhirat  untuk almarhum  dan pewarisnya, 

Bermodalkan  hanya  RM1000 (seribu) dan wang pendaftaran RM10.00  bagi satu keluarga kami dapat menghibur anak-anak dengan program sukaneka, cabutan bertuah dan makanan mewah  BBQ ikan bakar. ayam bakar dan masakan kampung hasil gotong royong kaum ibu. Para  medical juga mengadakan  pemeriksaan  kesihatan. Alhamdulillah setakat  ini sihat. Insya Allah. Manakala para pemuda dan  kaum bapa menebas hutan dan semak samun, meluaskan lagi tapak kem. 

Subhanallah, buat kali pertama  ibu dapat nikmati  penyusunan program yang sangat teratur hasil gembelingan tenaga pemuda dan pemudi Haluan siswa Perlis. Mereka benar-benar terdidik dengan proses  taribiyah Madrasah Rasulullah SAW. Amat memahami cita rasa warga emas dan berjaya menjalinkan ukhuwwahfillah  antara  3 generasi, umur 50-80an, 20-40an dan 1-19 tahun (generasi atok, anak dan cucu). Ramai nenek yang bawa cucu agar  cucu-cucu mereka menikmati indahnya ukhuwwahfillah, khususnya  apabila mereka dewasa kelak mereka  akan ingat  sentuhan kasih yang mereka perolehi dari program  yang sungguh luar biasa ini.

Ibu tidak ketinggalan memanfaatkan peluang  membawa  anak saudara kembar lelaki dari Bintulu  yang belajar di Matri sejak awal tahun 2017. Puas si kembar   itu mandi air sungai yang masih  terpelihara kesucian,  dan kejernihan  airnya tanpa sebarang  pencemaran. Semoga  menjadi kenangan indah buat mereka  menjalani proses  Tarbiyah di sini, Insya Allah. Kami doakan semoga Wang Mu akan berkembang menjadi pusat latihan bina insan yang terkemuka  di peringkat antarabangsa suatu hari kelak bakal  diusahakan oleh generasi cucu cicit  kami kelak.

Family day kami bermula  jam 7.30 pagi berakhir pada  jam 4.00 petang. Selesai Family Day dikendalikan aktiviti  oleh sabahagian  putera puteri Khassah Matri. Rupa-rupanya sebahagian puteri Khassah  tidak ikut  ke kem family day  kerana  membuat  persiapan untuk Murabbi Day pada  malamnya. Subhanallah persiapan  yang sungguh rapi bermodalkan  kutipan wang  dari  11  generasi, Alumni Matri. 

Anak menantu yang menjadi guru mengeluh di sekolah-sekolah KPM, guru-guru terpaksa beri sedekah untuk menjayakan hari guru di pelbagai peringkat. Keadaan ini tidak berlaku di Matri. Duit  guru selamat. Tanpa sedikitpun minta  bantuan kewangan dari guru, mereka (pelajar dan bekas pelajar)  dapat  menghibur  semua  guru dengan hadiah istimewa dan makanan yang lazat yang dimasak  sendiri hasil gotong royong puteri-puteri Matri  dengan Almuni Matri batch  tahun 2015 & 2016  yang pernah  ibu gelar mereka 'Puteri Matri  yang lebih mahal dari bidadari di syurga'. Subhanallah  sentuhan ajaib, mereka  yang menziarahi ibu selepas pulang dari Seremban dua minggu lalu. Sungguh luar biasa  mereka  yang terdidik dengan tarbiyyah madrasah Rasulullah SAW.  Semoga anak cucu  kami hingga  hari Kiamat tidak akan terputus mata rantainya dengan tarbiyyah  yang sungguh luar biasa ini., Insya Allah.

Ya  Allah berkat rahmat dan kasih sayang-MU yang tidak pernah berkurang, bimbinglah kami dengan hidayah dan Taufiq-MU, bawalah kami menikmati keindahan dan kenikmatan  bulan  Ramadhan seperti mana yang telah Engkau anugerahkan nikmat  tersebut  kepada  orang-orang soleh yang  mendahului kami. Kenyangkanlah  roh kami dengan cinta hidayah dan Taufiq-Mu  sepanjang Ramadhan dan sepanjang hayat kami. Semoga anugerah-MU kali ini lebih indah dari Ramadhan yang sebelum ini. Aamiin ya Rabbal alamin. 

Terima kasih Ya Allah kerana  menghimpunkan  aku bersama  orang-orang yang soleh. Semoga  semuanya  beroleh keberkatan dan redha  dari Allah SWT  selamanya hingga ke syurga. Insya Allah

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil