Peluang Ramadhan. Ya Allah Kukuhkan Jiwa Kami Dengan Wahyu-MU

Tawaran Yang Membahayakan Diri
Minggu lepas, urusetia Persatuan Kaunseling Malaysia  menawarkan ibu ikuti program di Medan, Indonesia hujung bulan Ogos nanti. Jika booking tiket awal memang murah pergi dan balik.. Setelah bertanya pandangan suami dan anak kandung, ibu istikhorah. Selepas  Istikhorah mendapat  jawapan, program itu  amat merbahaya bagi ibu  untuk membentangkan Kertas Kerja yang sama iaitu "Membumikan Kaunseling Rabbani" kerana paksi perlaksanaannya adalah sistem Sekular 100%. Hadapi mereka mesti dalam team work yang kukuh.  

Tidak sama seperti  di Seremban pada 2-4 Mei lalu, Konvensyen berperspektifkan Islam lebih selamat, paling tidak musuhnya hanya orang mukmin yang hasad, Insya Allah biasanya kaunselor Islam mampu merawat diri dari sifat mazmumah itu... Hasil dari program di Seremban,  Alhamdulillah salah satu pejabat Mufti jemput  ibu  buat program Bedah Buku  sebelum Ramadhan. Insya Allah, hanya Allah sahaja pengatur yang terbaik,

Pandangan Murabbi tidak boleh dibelakangkan. "Bumikan di sini dahulu" pendek sahaja jawapannya.  Alhamdulillah, puas jantung hati bila  kita "Sami'na wa atho'na" Betullah, biar lambat asal selamat. Tegakkan Islam dalam dirimu maka akan  tertegaklah  Islam  di bumimu" kalau tak silap ini pandangan Saidina Umar  Al-Khattab yang sering digunakan oleh para ulama'. Ya Allah terima kasih kerana menyelamatkanku. Aamiin


VVIP dan tetamu  agung akan berkunjung dan bertandang   dua minggu lagi. Apakah persiapan yang telah kita  buat untuk menyambut tetamu istimewa  ini. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah kurniakan kepada kita semua  keberkatan, keampunan dan rahmat-Nya sepanjang  hayat  dan beroleh   Keberkatan Lailatul Qadr. Insya Allah

Jiwa yang girang yang mentauhidkan Allah  hanya dinikmati oleh mereka yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai manual kehidupan, dakwah dan tarbiyah  sebagai rutin  dan darah daging kehidupan dan qiyamulail sebagai peluang bercintanya dengan Rabb yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ramadhan  adalah madrasahnya   sebagai permulaan untuk kita menikmati kemanisan seperti di atas. Insya Allah

Pagi Khamis lalu ibu dikunjungi oleh seorang ustazah yang  telah  infaqkan dirinya  untuk Deen Allah  dan menjadikan Matri  sebagai  'mihrab'nya. Walaupun usianya masih muda, baru 40 tahun namun banyak ibu dapat belajar darinya. Memang sejuk hati memandang wajah pencinta Al-Qur'an juga  di antara peserta yang ikuti program 'Bedah Buku Kaunseling Rabbani' anjuran Biro Kaunseling Haluanita Perlis pada  hari Sabtu yang lalu. Beliau amat tersentuh mendengar  penyampaian ketika Bedah Buku,  apabila ibu ajak mereka  hafal doa Asiyah isteri Firaun
 رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya  "Rabbku, binalah sebuah mahligai untukku  di sisi-MU dalam syurga."  (Petikan  dari surah At-Tahrim:11)
Insya Allah dengan  doa ini mudah-mudahan  dapat  mengukuhkan  visi  kehidupaan kita  menepati surah Ali-Imran : 110  supaya kita  sentiasa  beramar  maaruf, nahi mungkar serta beriman kepada  Allah  untuk membina  'Khaira Ummah.' Sebenarnya  Khaira Ummah  yang dimaksudkan dalam ayat tersebut  adalah kita  semua  umat  Muhammad SAW  yang menginfak dirinya  untuk Deen Allah SWT.  Semoga  kita  semua  benar-benar dianugerahka oleh Allah SWT  menikmati  Kasih Sayang. Kasih sayang kerana Allah lahir apabilaa  proses tarbiyah benar-benar merawat jiwa. Allah pilih jiwa-jiwa  untuk disatukan. Semoga kita semua terpilih. Aamiin. 
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Satu-satu penghalang  yang menyebabkan sukarnya seseorang itu merasai nikmat Ubudiyyahtillah dan Ukhuwwahfillah apabila  merasai diri lebih dari orang lain. Itu adalah watak Iblis menyebabkan  Iblis itu  diusir dari syurga. Sifat angkuh, sombong  dan ego itu menjadi berhala dalam diri  dan merupakan  penghalang  pertama  untuk jiwa itu  tunduk   (tawadhuk) merasai kemanisan iman dan ukhuwwah. Sungkurkan diri  bersujud hingga menangis merayu dan merintih  kepada Allah pada setiap sepertiga malam mohon Allah keluarkan segala  racun-racun jiwa yang merosakkan  amal  kita. Inilah di antara  persiapan penting   yang perlu kita usahakan menjelang Ramadhan. Mudah-mudahan Allah kruniakan kita  nikmat kemanisan, kepuasan  dan  cinta  hingga rindu kepada-Nya yang  semaksima  Insya Allah.

Kunjungan ustazah itu  semata-mata  untuk sampaikan  hadiah telekong istimewa agar ibu pakai ketika solat malam. Masya Allah hampir hendak menitis air mata terharu, Allah kurniakan  kami nikmat kasih sayang yang tidak terhingga dan kami bakal saling  takmil wal istikmal  dengan team yang lebih besar  untuk mendaulatkan Deen Allah di muka bumi ini melalui Kaunseling Rabbani.....


Paling  terhibur  apabila  ada kawan yang pulang dari  Bandung berkongsi  ilmu menyambut  hari ulang tahun tok gurunya. Tanpa menyinggung  perasaan mana-mana pihak tok guru  itu menyatakan  beliau  menyambut  hari ulang tahunnya dengan membaca doa Nabi isa as dalam  surah Maryam ayat 33
وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا
 yang bermaksud :  Dan segala keselamatan serta kesejahteraan  dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan  dan pada hari aku mati serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula  (pada hari  kiamat)

Dalam sesi perkongsian, ustazah di atas pulak menceritakan pengalamannya  melahirkan anak bungsunya  tanpa susah payah  meneran...5 tahun lalu membaca surah Maryam ayat 15.
وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا 
yang bermaksud;
 Dan segala keselamatan serta kesejahteraan  dilimpahkan kepadanya pada hari dia diperanakkan  dan pada hari diaa  mati serta pada hari dia  dibangkitkan hidup semula  (pada hari  kiamat)

Subhanallah  begitu  indahnya  ayat-ayat  suci Allah  yang wajib kita  taddabur, fahami dan laksanakan  di dalam kehdiupan. Di bulan Ramadhan adalah masanya untuk kita menikmati keindahan itu. Moga Allah redha dan berkati usaha kami..


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil