Rasa Diri Tidak Disayangi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah semasa halaqah guru, salah seorang  guru yang ditugaskan membentangkan hadis pendek  menghuraikan hadis yang sepatutnya  dimasukkan dalam silibus Adab belajar atau Akhlak. Halaqah ini dibuat setiap hari Selasa selepas Asar. Esoknya pagi Rabu selepas sesi kaunseling dengan puteri-puteri Matri, ibu dikunjungi pula oleh seorang ustazah yang sudah seminggu demam panas dan sakit kepala yang amat sangat. Kehadirannya membantu ibu membuat rumusan betapa pentingnya  hadis yang guru Kafa jelaskan masa  halaqah itu dijadikan darah daging  bagi semua kanak-kanak agar mereka bergantung harap hanya kepada Allah. Jutaan kanak-kanak merasai  kelaparan kasih ibu dan ayah...

Ibu amat rasakan keperluan ini apabila  ustazah itu  menceritakan pengalamannya semasa kecil, amat menyedihkan. Walaupun kini selalu berdamping dengan Qur'an dan hadis  namun jiwanya masih merana seperti  ada  yang tak selesai  dalam jiwanya. 

Ibu pernah berdepan dengan seorang guru Qur'an, ajar  Qur'an  hampir 50 orang seminggu namun dirinya masih tidak bebas dari cengkaman sedih amat sangat. Apabila dikenalpasti 45 tahun yang lalu  semasa  bertunang kali pertama, tunangnya minta putus tanpa sebarang alasan. "Apa salah saya, apa salah saya?" Persoalan itu masih menghantui dirinya walaupun usianya kini hampir 70 tahun. Memendam perasaan, jika tidak memaafkan dan redha dengan apa yang sudah berlaku itu sebagai takdir Allah 'tidak ada jodoh' meranalah diri walaupun guru Qur'an sekalipun. Jika tidak dirawat maka Hawa Nafsu (gangster)  akan bermaharaja lela mengundang syaitan  bersarang dan beranak pinak  dalam dirinya. Wallahu alam.

Berbalik kepada  kisah ustazah muda tadi...Apabila dikenalpasti punca  ustazah itu merana, sejak kecil dirinya  di'anak tiri'kan oleh ibu bapa kandungnya sendiri. Masya Allah,lebih 30 tahun dia  memendam perasaan sedih yang amat  sangat. Syukurlah  tak ada rasa benci...cuma  sedih! Ketika  di 'tapping' round pertama  ustazah itu menangis  teresak-esak. "Terlalu sedih" katanya sampai sakit jiwa!...

Ibu minta dia ulang-ulang doa  "Ya  Allah, aku ikhlas dan pasrah"
 Kadang kala jika terasa tak sedap hati, cepat-cepat istighfar mohon Allah tunjuk jalan. Beberapa kali Allah yang Maha Baik  ilhamkan ibu ketika baca Quraan banyak kali mengulang baca surah Al mukminun ayat 39 sebenarnya berulang dua kali dalam surah itu..sekali .dibaca oleh Nabi Hud dan  sekali lagi dibaca oleh Nabi Lut ketika  mereka didustakan...
 رَبِّ انصُرْنِي بِمَا كَذَّبُونِ
"Ya  Allah  tolonglah aku kerana  mereka mendustakan aku"  Kita  serahkan segalanya kepada Allah. Biar Allah uruskan para pendusta itu. Jika mereka bertaubat, semoga Allah  selamatkanlah mereka...
alhamdulillah selepas membaca  doa itu jiwa rasa lapang, walaupun bertubi-tubi kes-kes 'fitnah' cuba menjatuhkan ibu. Allah yang selamatkan...Alhamdulillah
Yakin, Insya Allah, DIA  yang merawat ibu sebenarnya.
واذا  مرضت  فهوا  يشفين

"Apabila  aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan aku"  ( Surah As-Syuara : 80)

"kak bayangkanlah betapa sakitnya mereka di luar sana  yang tidak dapat  kasih seperti saya..." ustazah itu  terus menangis  mengenangkan betapa ramainya  kanak-kanak yang sangat dahagakan kasih ibu dan ayah yang terlalu sibuk dengan kerjaya  mengejar rezeki  sedangkan 'rezeki  tidak akan lari' kerana  memang Allah sudah tetapkan. Allah cuma hendak hambanya  beribadah kepada-Nya dan utamakan mana yang lebih perlu diutamakan. Apakah jawapan yang kita  nak beri kepada Allah di akhirat  nanti kerana  mengabaikan tanggungjawab mendidik anak di rumah sedangkan ibu dan ayah adalah guru pertama bagi mereka  dan rumah adalah sekolah pertama  bagi anak-anak.


Memandangkan semakin ramai  yang perlukan khidmat rawatan EFT (Emotional Freedom Technique) yang ada dalam  buku kaunseling Rabbani, Alhamdulillah  hari Sabtu lalu selesai sudah 'bengkel/ Coaching  Kaunseling Rabbani' Mereka  yang muda belia ini akan menyambung  tugas jika ditakdirkan ibu kembali ke rahmatullah kelak. Insya Allah. Beberapa hari lagi  nanti akan buat 'coaching'yang  sama   untuk pelajar IPT  yang akan berkunjung ke rumah sempena  cuti Deepavali. Dalam buku itu ibu terlupa masukkan  hadis "jagalah Allah..." Perlu dimasukkan sekali  semasa coaching nanti.

Jagalah Allah, Nescaya Allah Akan Menjagamu

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: 
"Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu 
baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara
kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika 
engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta 
pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa 
sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, 
nescaya mereka tidak akan mampu berbuat  demikian melainkan dengan sesuatu 
yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul 
(bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak 
akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah 
ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah 
kering segala buku.                    (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi) 



SYARAH AL HADIS :

Peliharalah Allah, nescaya (Dia) akan memelihara kamu.

Maksudnya: Kita hendaklah sentiasa memelihara hukum hakam Allah, hak Allah, 
perintah Allah dan larangan Allah. Iaitu dengan mengerjakan suruhan-Nya dan 
menjauhi larangan-Nya.Amalan wajib yang paling utama agar dipelihara ialah
ibadah solat. Dan juga termasuk kedalam makna  pemeliharaan ini ialah kita mesti 
memelihara anggota badan kita daripada melakukan perkara perkara haram. 
Dan diantara hadis yang menyebut tentang pemeliharaan ini, ialah:

Ertinya: Barangsiapa yang memelihara apa yang terdapat diantara dua janggutnya 
(iaitu mulutnya) dan apa yang terdapat diantara dua kakinya (iaitu kemaluannya) 
maka dia masuk syurga.                                            (Hadis dari Abi Hurairah).



Ringkasnya, ada dua makna yang dimaksudkan dengan memelihara Allah iaitu:


Memelihara hukum hakam yang berhubungan dengan amalan-amalan hati seperti 
keimanan (akidah),  keikhlasan, rasa takut, cinta, harap dan sebagainya. Begitu juga 
seperti memelihara hati dari daripada segala jenis penyakitnya. Maka memelihara amalan 
hati ini adalah lebih penting dari memelihara amalan yang tidak bersangkutan dengan hati. 
Memelihara hukum hakam yang bersangkutan dengan amalan anggota yanq zahir. 
Apakah amalan itu membawa kepada kebaikan agamanya seperti solat, menutup aurat 
dan sebagainya atau yang dapat membawa kepada kebaikan dunianya iaitu muamalat 
atau aktiviti yang mendatangkan faedah.


Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati 
Dia di hadapanmu:


Maksudnya: Jika kita memelihara Allah sebagaimana maksud di atas maka dia 
bukan saja akan mendapat pemeliharaan daripada Allah, malahan Allah akan berada 
di hadapannya iaitu bersamanya  di mana saja dia pergi. Allah akan menolongnya, 
mengawalnya, memperkuatkan hatinya serta menunjukinya ke jalan yang lurus. 
Orang yang mendapati Allah besertanya akan selalu merasa 
tenang, gembira, kuat, dan tidak ada yang perlu ditakuti. Bukankah Allah telah 
menguatkan semangat Musa dan Harun AS ketika mereka merasa takut berhadapan 
dengan Firaun?

Allah berfirman: Janganlah kamu berdua takut, sesungguhnya Aku bersama kamu 
berdoa Aku  Mendengan dan Melihat (Thoha: 46).



Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah menguatkan semangat Abu Bakar As Siddiq 
ketika beliau berdua berada dalam gua Tsur?

Firman Allah: "Ketika orang orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah), 
sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia 
berkata kepada  temannya: " Jangan kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita
(At Taubah / 9 : 40).


Dan jika kamu memohon maka memohonlah kepada Allah: Maksudnya: Setelah kita 
meyakini  bahawa jika kita memelihara hukum hakam Allah nescaya Allah akan sentiasa 
berada bersama kita  dengan ilmunya, hidayahnya dan pertolongannya. Maka sudah 
sewajarnyalah jika kita memohon  sesuatu hendaklah kita memohon kepada Allah yang 
Maha Dekat (Qarib) lagi Maha Pemberi  (Wahhab), bukan kepada yang lain.



Permohonan manusia kepada Allah ada dua cara:


Melalui lisan. Mengungkapkan isi kandungan hati melalui lidah dengan penuh khusyuk 
dan merendah  diri (tawadhu') dihadapan Allah yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.

Melalui amalan. Apa saja amalan yang dilakukan, apakah sebagai pedagang, doktor,
 pekerja kilang, menuntut ilmu, hendaklah mereka sentiasa ingat kepada hukum hakam 
Allah ketika melaksanakan  tugas masing masing sambil mengharap kiranya pekerjaan 
tersebut dapat membawa kebaikan  baginya pada masa hadapan.


Dan jika kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah.


Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:Mengingatkan umat manusia 
bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka 
tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang 
lain.

Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. 
Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah 
maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal 
biasa yang termampu dikerjakan oleh  manusia, seperti mengangkat suatu barang, 
meminjam sesuatu dan lain-lain. Namun demikian kita  juga mesti memohon kepada Allah 
agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya.Selain itu juga wajib diketahui bahawa 
memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung 
secara terus menerus kepada-Nya, tidak melalui sembarang perantaraan atau wasitah dari 
manusia atau lainnya.



Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:

Rasul saw. menerangkan kepada Ibnu Abbas RA bahawa sekiranya sekalian umat atau 
makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya 
mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu 
tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz 
sejak azali.



Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang 
dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah 
di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan 
sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun  seluruh 
makhluk  bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa
ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.


Allah berfirman: Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat 
melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak 
ada yang  dapat menolak kurnianya itu. (Yunus: 107)


KESIMPULAN:


1. Walaupun pada asalnya nasihat ini untuk Ibnu Abbas yang ketika itu masih muda remaja, 
namun prinsip pengajaran yang dikandung hadis ini adalah umum yang juga berguna untuk
orang yang telah  dewasa atau tua.



2. Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi 
orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat 
dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi 
larangan-Nya.



3. Para remaja hari ini terdedah dengan bermacaam pengaruh negatif. Sungguh banyak 
di kalangan mereka yang jatuh kelembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat
 pemeliharaan Allah. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau 
mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah?


4. Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang
 terkandung dalam hadis ini kepada anak-anak mereka. Jika mereka dapat memahami
 dan engamalkan konsep  ini, selain tugas orang tua akan menjadi lebih ringan dan juga 
insya Allah para remaja  mereka akan selamat di dunia dan di akhirat.

Rujukan: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/11/jagalah-allah-nescaya-allah-akan.html#ixzz4vdEIF9iq


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil