Wednesday, 19 June 2013

Kearifan @ Hikmah oleh Presiden PKS~ Anis Matta


Sejak pulang dari Jakarta - Belitong pada 10-15hb  Mei lalu, minat untuk mendengar  talk dan motivasi presiden PKS sentiasa berkobar-kobar. Ibu tertarik  dengan kebijaksanaan  pemimpin muda ini yang  cepat matang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan PKS (Partai Keadilan Sejahtera)  dari konspirasi fitnah yang berusaha untuk menguburkan masa depan PKS dalam peta sejarah politik Indonesia.

Di merata dunia, di mana ada Islam, di situlah Jahiliyah berkonspirasi untuk menghancurkannya. Konspirasi Fitnah oleh agen-agen syaitan  berlaku di mana-mana.. samada  dalam diri sendiri, dalam keluarga, dalam masyarakat apa lagi dalam negara...

Saya berdoa agar para  syabab  Muslim di mana saja mereka berada sentiasa diselamatkan oleh Allah SWT daripada tawanan syaitan, semoga kita semua selamat teruskan perjuangan mendaulatkan Deen Islam di muka bumi. Suburkan cita-cita kita semua  untuk hidup mulia di sisi Allah atau mati syahid..

Sama-sama kita muhasabah untuk terus istiqomah perkuatkan diri, bangkit dan terus bangkit  demi mendidik generasi pewaris kita  menjadi  pemimpin  yang minat dan banyak membaca, sentiasa berfikir (bertafakur), suka berbincang (bermusyawarah) sebelum beristikharah mohon Allah tentukan  keputusan yang terbaik dalam semua  urusan kehidupan, supaya kita  semua tidak tergolong atau memihak golongan orang yang zalim.. Jika semua ini dilaksanakan, In Sha Allah banyak masalah dapat ditangani  dengan mudah.

Kecerdasan  hati, akal, emosi dan sosial perlu  sentiasa disuburkan oleh IMAN dan Ukhuwwah. Dua kekuatan ini  tidak akan  sekali-kali  memberi peluang kepada  'agen-agen syaitan' meracuni dan menawan fikiran dan tindak tanduk kita. Keracunan jiwa dan akal menyebabkan kita  mudah dipukau,  diarah atau di 'remote control'  dari jauh, apa lagi dari dekat oleh mereka  yang  berkepentingan.

Talk show  ini  adalah hasil Kerjasama  Jakarta Islamic Book Fair  dan Majalah Tarbawi
Pengerusi majlis sebut  Hikmah sebagai Kearifan. Kearifan  adalah sebuah proses yang tidak berhenti..

Menurut Ustaz Anis Matta, Kearifan kita cari kata Arabnya  lebih tepat  guna  kata  ‘Hikmah’
Walaupun kata 'Irfan' juga boleh. 'Al arifu'  atau 'al hakim'  maknanya sama.
Hikmah Kebijaksanaan Kurniaan Allah untuk Ummah

Dalam kitab usul disebut .. 

Definisi  hikmah itu adalah  kesan  (dampak) yang timbul dari  mengerjakan sesuatu atau meninggalkan sesuatu
Ulamak-ulamak   membezakan  antara kata hikmah.
Ilad  adalah sebab atau alasan kita lakukan sesuatu. Sesuatu itu dikatakan halal atau haram
Jika solat  secara benar, kesannya  akan mencegah kita melakukan kemungkaran atau sesuatu yang keji

Penjelasan mengapa  hukum jatuh halal atau haram.
Dalam Qur'an, kenapa  babi diharamkan? Tiada alasan.. Allah uji sejauhmana kita nak patuh tanpa alasan.

Kenapa zakat diwajibkan ~   ada  alasannya  ``  ini ada hikmah..perkataan, perbuatan kita ada kesan
Seseorang yang disebut  arif atau bijak adalah kesan dari kata dan perbuatannya.

Dampak (Kesan) ada dua, iaitu   kesan jangka pendek dan  kesan  jangka panjang..

Orang yang berakal adalah orang yang paling jauh pandangannya,  tahu kesan  jangka panjang
Kearifan atau keber'akal'an  adalah mengawal setiap  fikiran  dan tindakan. 
Segala  tindakan difikirkan dulu sebelum benar-benar  dilakukan.

Apakah kesan  daripada  perbuatannya itu baik atau buruk
Manusia  ketika seorang diri  selalu  fikirkan unsur   yang subjektif ikut kehendak nafsu..
Fikirkan kecantikan seseorang..Fikirkan  kesan kahwin  dengan wanita  ini akan jadi problem atau solusi..
Bila tertarik secara zahir, maka  akan berlaku  'bias' (berat sebelah) ..
Dalam jangka pendek, 'bias'  dendam tetap ada  bila  kita dizalimi

Waktu pilihan  tindakan  itu ada banyak.  Kita pasti akan  ‘bias’ ~ Ini  masalah subjektif
Pilihan atas tindakan-tindakan sering kali tidak tepat. Kerana  ketidak tepatan itu, kesan buruknya  akan muncul kemudian. Sebab itu Allah SWT beri makna  arif itu dalam implimentasinya

Orang yang  banyak  mendengar  perkataan lalu mengikuti yang terbaik dari perkataan itu adalah ulul albab –orang berakal;. Lahir dari kebiasaan  mendengar bukan  kebiasaan bicara. Telinga ada  dua  petanda  kita perlu banyak mendengar.

Diam itu adalah kearifan tetapi sedikit sekali orang yang melakukan. 
Nak arif..control mulut..pastikan yang keluar itu kata-kata  bernilai seperti  emas atau perak atau paling kurang tembaga.... tapi yang pasti jangan racun.

Makna dari diam itu  adalah kebenaran yang abadi
Kalau  dilanjutkan lagi, arti mendengar apa? 
Anda minta  pendapat orang lain tentang sesuatu.
Bahasa  agamanya  adalah minta Musyawarah  dari seseorang..
Sabda Rasulullah SAW "tidak akan gagal orang yang musyawarah."

Tanya  dulu pendapat orang  lain agar tidak 'bias'.

Contoh...saya dipengaruhi oleh guru saya  seorang wartawan 40 tahun  tapi belum menikah. Akhirnya menikah juga..Menguasai beberapa  bahasa..Beliau  ajar  saya  sastera dan ajar tulis puisi.. puisi saya  keluar dalam  akhbar Harian Fajar.
Saya kagum luar biasa  pada  guru saya  yang ‘gila baca’  impiannya ada  perpustakaan besar dan tinggal di desa.  Dapat gaji, banyak beli buku..bila tanya apapun dia boleh jawab. 
Pensyarah saya  juga  gila baca, tahu serba serbi....
Saya berkeinginan jumpa  orang-orang di Universiti sekitar Makasar.  Kenapa mereka  pergi kuliah ?.
Kalau intinya  adalah belajar , saya boleh capai apa yang orang  lain capai tanpa kuliah..'baca aje terus'.
Tetapi  ini persoalan  jalan hidup..

Keinginan untuk belajar  amat kuat  ketika itu dan saya  minta dulu  pandangan ustaz..
"Ustaz tolong  solat istikharah  untuk saya  nak pergi ke mana selepas  tamat pasentren ini" Ketika itu saya kurang yakin nak istikhorah sendiri. Sebulan kemudian saya dipanggil  agar pergi ke Jakarta dan belajar. Jakarta itu  persekitarannya  adalah neraka  tetapi  ustaz kata  ada  juga syurga iaitu  majlis ilmu, tempat  orang-orang soleh berkumpul...

Saya sedar,,tak berkeinginan ambil syariah kerana lebih minat kepada seni..barangkali  saya ni  seniman yang gagal
Istikharah  untuk pilih  buat  S2 di Saudi  .. Ketika haji tahun 1996, solat istikharah di Masjidil Haram. Hasrat  nak keluar negeri menggebu-gebu, lepas  istikharah niat itu  terus hilang.. tidak pergi.. saya tidak tahu apa hikmahnya.

Tahun 1998 dapat  tawaran ke Amerika walaupun ada hasrat nak keluar negeri mengebu-gebu dapat  kumpulkan ilmu dari timur dan barat. , . 
Lepas istikharah, hilang lagi niat itu. . Wal hal  saya sudah lihat di Los Angeles. Tak tahu apa hikmah di sebalik istikharah.

Selepas pulang dari Los Angeles, tahun 1998 terdirilah Parti Keadilan.

Cuba perhatikan teks  doa  dalam solat istikhorah;
"Ya Allah  aku memohon  pilihan dengan ilmu-MU
Dan aku memohon kemampuan  dari kemampuan MU
Kerana  KAMU maha  mampu dan aku tidak mampu
Kamu tahu dan  aku tidak tahu
Engkaulah yang  lebih tahu perkara yang ghaib.."

Persoalan menyambut  masa depan, semuanya kita tidak tahu.
Islam beri kita 'tool' . Sebelum itu apa saja  kita  buat  adalah meraba-raba..perlu belajar, dengar lebih banyak, mesyuwarah lebih  banyak dan kemudian  baru  bawa dalam solat istikhorah.

Cerita  karun dalam Qur’an. Karun keluar dengan pakaian kebesarannya..saksikan penampilan orang terhadap Karun..orang-orang yang mengejar  dunia  berharap-harap  untuk memiliki apa yang dimiliki oleh Karun yang dianggap luar biasa..

Kecondongan kepada  dunia –membenarkan mimpi, imaginasinya  agar dapat apa  yang ada pada Karun.. alangkah  bagusnya  kaya seperti dia..walhal itu belum tentu terbaik kepada kita..
Firman Allah yang bermaksud ;
"Celakalah kalian semuanya kerana  apa yang ada di sisi Allah jauh lebih baik dengan apa yang ada di sisi Karun.."
Reaksi  berbeza-beza..  satu mengharap, satu lagi  tidak mengharap...
Bila Karun ditenggelamkan barulah mereka sedar "untung  kita tidak seperti karun". Mereka melaknat kembali imaginasinya..

Melawan subjektif  dalam diri kita bukan kerja yang mudah..lebih lagi jika kesan jangka pendek itu menyenangkan.
Kearifan itu sering kali mengajak kita menunda..tangguh keinginan subjektif kita melawan tergesa-gesaan.. 

Puncak  Hikmah   ~ selama  apa  anda  mampu  menunda... 
Tidak ada yang diberikan kebijakkan seperti ini kecuali orang-orang yang sabar.
Itulah negeri akhirat yang hanya kami berikan kepada orang yang tidak inginkan dunia  atau orang yang tidak mahu buat kerosakan. Iaitu  orang yang sabar. Kemenangan itu akhirnya  adalah milik orang yang bertaqwa .

Cari  buku Yusof Qardhawi..sabar itu dihubungkan dengan kepimpinan
Waktu Nabi Yusof  dibuang dalam perigi akibat  konspirasi abang-abangnya
Kami wahyukan kepada Yusof  "nanti Insha Allah  kamu akan menceritakan kembali tentang  kisah ini dan mereka tidak sedar.. "

Sebab itu  nabi Yusof  sentiasa  tenang..Allah  punya  rencana.
Dalam  hal ini terkait  dengan  konteks takdir, supaya kita tahu sehebat  manapun konspirasi  itu, tidak akan dapat  menandingi kehebatan Allah yang mencipta langit  dan bumi.. Ciptaan manusia  amat kecil berbanding  ciptaan langit dan bumi..
Zoom diri kita berbanding  bumi..kita  amat kerdil

Jarak  antara janji Allah dengan Nabi Yusof 40 tahun. Ada  riwayat sebut  selama 80 tahun baru  diceritakan kembali kepada  rakyatnya.
Bersabar dalam 40 tahun itu gampang ( mudah)?
Kami jadikan mereka sebagai pemimpin-pemimpin  yang memberi petunjuk kerana mereka  bersabar. 

Sabar adalah karakter penentu  menjadikan kita bijak.. tuntutan kebijaksanaan  selalunya begitu..
Tanam pokok jati perlu sabar kerana waktu memetiknya panjang. 
Nak  hasil dalam jangka pendek tanam jagung.

Pilihan-pilihan itu menentukan  kebijaksanaan.
Kebijaksanaan itu  yang menentukan  warna masa hadapan  yang kita pilih..
Al Hilm, al anan~ santun dan tidak tergesa-gesa
'Tool' Nak jadi arif –perlu rasional  dan perlu  ada  karakter  sabar
Sabar ada 3 –
1. Sabar memikul beban, 
2. Sabar  ketika menghadapi musuh,
3. Sabar  menghadapi  bencana.

Waktu hadapi situasi itu,  bila  waktunya kita mudah marah?..
Waktu kita gagal sedangkan orang lain berhasil
Kesabaran masuk dalam semua situasi-situasi ini.. Kita gabungkan semua ini maka  kita mempunyai kearifan ini
Masalahnya bergantung juga  kepada struktur  kejiwaan kita berdasarkan umur.
Situasi  biologis umur muda memang tergesa-gesa..kesan umur

Manusia  didominasi oleh umur
bawah 20 tahun memang  ikut nafsu
Lebih 20 tahun ---dikawal oleh akal
Lebih 40 tahun dikawal oleh kerohanian..sampai puncak di berikan hikmah
Inilah jalan menuju kearifan kehidupan seharian
Fikirkan 2 ..adakah benar atau tidak? Kalau benar, kesannya  bagus  atau tidak? 
Bagusnya panjang atau pendek?

Mahukan Populariti— Populqriti  sedang mengharu birukan dunia. Semua mahu terkenal  dan nak jadi selebriti, dapat banyak wang..termasuk anak-anak..tidak fikirkan kesan negative
Berapa banyak orang yang muncul kemudian gagal?
Berapa banyak  orang  yang muncul kemudian hilang?
Dalam apa saja bidang, jika anda  bermanfaat pada orang, anda akses. Jika anda tidak bermanfaat, maka anda akan hilang.

Betapa banyak orang yang muncul kemudian hilang, kerana seperti apapun situasinya, kaedah yang berlaku dalam beragam kehidupan ini tetap sama : "apabila anda bermanfaat bagi orang lain maka anda eksist sebaliknya apabila anda tidak bermanfaat bagi orang lain, maka siaplah anda  akan hilang terlupakan sejarah". 

Dengan kearifan inilah maka anda akan terus belajar menata hidup agar terus lebih baik pada kondisi sekarang dan yang akan datang.

Pertanyaan 1
Tampilan  orang yang bijak itu  selalu  nampak seperti lambat kerana  mereka  banyak  berfikir.
Amal  itu  yang harus kita  nilai.  Masalahnya  amal itu  diterima atau tidak?
 Jangan sampai  bekerja banyak tetapi amalnya tidak diterima
Sebab amal  diterima  kerana ikhlas, dan benar pada cara yang diinginkan oleh Allah SWT..
Benar pada cara perlukan pemikiran..berkaitan  kepada waktu, tempat dan orang..dengannya tindakan ini tertuju.
Benar pada kontentnya  dalam implementasinya  juga  perlu benar  dan tepat
Diterima dulu amal itu..niat dengan cara (perlu  dikontrol).
Niat juga pelu dikontrol...tidak sedar kerana bias..
Faktor  penerimaan, perlu sedikit berhati-hati  dalam tindakan. Pertimbangannya perlu banyak. Berfikir sendiri adalah pekerjaan dan  juga ibadah..tidak  tertolak  dan tidak sia-sia.
Waktu bekerja  kita tidak  berfikir  waktu itu.

Dari penjelasan  kata  Imam Ghazali
Tahap pengetahuan ada 3
1.       Teori
2.       Implementasi
3.       Pengalaman
Kadang-kadang  ilmu  sudah salah...
Ada kala teori benar tetapi disalah guna
Ada  debat  dalam situasi ..penerapan adalah  fasa... terus menerus akan melahirkan pengalaman  menjadikan dia bijak. Sebodoh-bodoh orang  bila dah tua akan jadi bijak.

Islam adalah  sistem yang paling sempurna
Perlukan pergerakan  dalam semua bidang kehidupan
Dalam proses penerapan  mungkin kita salah..yang salah itu teori atau  penerapan..bila  buat salah, dalam  Islam ada mekanisme.  Iaitu  Taubat.. Taubat maknanya kembali..jangan salah lagi dalam implementasi.
Dalam perang Khandak..Malik bin Huwairah lepas  perang  terus  bersyahadah. Khalid  kata  sayahadahnya bohong..sudah kalah baru nak syahadah lalu dibunuhnya. Masalah  tak selesai di sini. Isteri Malik  jadi janda..Isteri Malik  kehilangan suami..
Para sahabat  termasuk Umar report kepada pada Abu Bakar. Umar juga  marah.
Bagaimana  Abu Bakar membaca situasi itu?.
Dipanggil Khalid. Khalid jelaskan  kefahamannya. Abu Bakar terima alasan itu dan  terus melantiknya menjadi komander.
Pernah berlaku lagi kes yang sama. Khalid menikah sebelum darah syuhadah kering. Menikah itu  tak salah, memang haknya.
Kekalahan tentera Islam  dalam perang Uhud sebab pasukan  pemanah tidak patuh dengan arahan Rasulullah kerana nak rebut  harta rampasan takut  tak dapat.. Bagaimana  Rasulullah  SAW tegur?

Tidak ada teguran..orang salah  tidak perlu ditegur sebab dia sudah tahu dia salah..

Bagaimana al-Quran mengajar kita ilmu  baru,,
Kaedah menghadapi  kemenangan dan kekalahan..
Orang yang kalah tak perlu  teguran tetapi  mereka  perlukan  sumber  keseimbangan jiwa..
Perkara sudah berlaku dan berlalu ..tugas  kamu berjalan di muka bumi lihat  akibat  orang yang zalim.
Pentingnya  melihat dan mengkaji pengalaman orang  yang lebih berpengalaman. banyakkan memerhati dan meninjau tempat  orang lain..negara  orang..
Situasi dari mana asal ususl  eksperimen  sains? Dari ayat ini
Sejarah  mengembara di muka bumi orang menjadikan kita bertindak  rasional..
Pelajari  sebaik-baiknya  akibat kekalahan itu..
Surah al Anfal.. orang  yang  menang   tak perlu sanjungan tetapi perlu  dikritik supaya sentiasa berada di dalam keseimbangan jiwa..
Belajar terus  menerus dalam semua momen.. Taubat.
Taubat, menyempurnakan kekurangan-kekurangan
Untuk  apa  istighfar... supaya  sempurnakan  kekurangan dalam ibadah
Pengakuan  dosa dan makna penyempurnaan2.
Idea,,
Manusia  diajar oleh Allah dgn 4 cara
2 cara langsung  melalui i. wahyu  dan ii. ilham
i. Wahyu diberi kepada  nabi  kita. Kita mesti baca  Qur'an nak belajar firman Allah dalam al-Qur'an.

ii. Ilham..kita berhak  dapat ilham minta pada  Allah  spt  Umar..banya berdoa mohon ilham dari Allah. "Allahuma hillmni..Ilhamkan kepadaku  ilham.. 

Dua cara  pelajar tidak langsung..
Sumber  pembelajaran paling  bagus  adalah
i. Biografi..saripati pengalaman..bukan teori dan bukan implementasi. Biografi paling bagus  adalah kisah  reformasi Umar Abd  Aziz melakukan pembalikan situasi.. Sejarawan  dan saterawan dan pendalaman  aspek psikologi..biografi yg sangat hidup. Kesan  memandu  jalan hidup.
Idea  paling berpengaruh  kata-kata  Umar  adalah “saya takut kepada neraka”
Hentikan mereka (yang bermaksiat)  kerana mereka  akan ditanya... sebelum wafat ( dua  setengah tahun) memerintah.
Tidak perlu menyesali kesalahan tetapi perbaikan demi perbaikan perlu dilakukan
Bagaimana  bermuamalat  dengan kesalahan?
Rasulullah SAW bersabda : "Ikutilah  setiap kesalahan  dengan perbaikan  supaya  kesalahan-kesalahan itu terhapus”

Silaturahim –mesti bertaqwa... kalau tak mampu bersilaturahim  tetapi doakan.. air  sifatnya  tidak pernah berhenti  mengalir  walaupun dihalangi oleh tembok sekalipun, air akan merempuh tembok itu..
Kita perlu terus  lakukan  amal, amal kita  akan tersebar ke  kiri  dan  ke kanan dan  naik ke atas seperti  air  yang disekat dengan tembok..


Best Friend Forever Fillah ~ BF3 untill Jannah

Ketika mana diamanahkan buat penyampaian bertajuk " Ukhuwwah" untuk tamrin Puteri Matri yang sudah selesai peperiksaan akhir tahun...