Posts

Showing posts from May, 2020

Anugerah Istimewa Syawal 1441 Hijrah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan RAHMAT Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah di atas nikmat Iman dan Islam  yang dikurniakan kepada kita. Semoga Allah tetapkan jiwa ini sentiasa istiqomah  di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.  Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan SAW, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta  jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-NYA hingga hari Kiamat.      Alhamdulillah, masuk 2 syawal ramai umat Islam berpuasa  6 hari berturut-turut. Suami juga mengajak ibu mulakannya pada 2 Syawal. Hari ini dalam sejarah.   Ulang tahun kelahiran ibu ke-

Terima Kasih Ramadhan, Jumpa Lagi Di Tahun 1442 Hijrah. Insha Allah

Image
Sabtu, 16 Mei bersamaan dengan 23 Ramadhan 1441 Hijrah, Allah izin  ibu dapat peluang belajar dengan ikuti seminar  secara online. 'Doa 1st class, Doa tanpa hijab' memang telah lama ibu cuba amalkan apabila terjumpa di dalam Al-Qur'an. Doa ini sewajarnya  dimanfaatkan sepanjang masa khususnya  di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Doa 1st class  adalah doa  yang dilantun dan diamalkan  oleh para anbia dan orang-orang yang soleh di sepanjang zaman di mana doa tersebut terkandung  di dalam Al-Qur'an. Memang kita sering baca doa-doa tersebut, namun kurang  merasai kemanisannya ketika berdoa. Jika  kita dapat rasakan manisnya doa tersebut, Insha Allah, kehidupan ini sungguh membahagiakan seolah-olah  baharu lepas bernikah. Kemanisan ini yang perlu kita suburkan dari masa ke masa hingga segalanya  menjadi  indah kerana Allah bukan kerana manusia (suami, anak-anak dsb) Hari Jumaat lepas, setelah confirm buat bayaran sekian jumlah yang ditetapkan ibu niat untuk inf

Lailatul Qadr ~ VVIP yang dinantikan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, segala puji--pujian  hanya  milik Allah yang Maha Pengasih  telah mengizinkan kita semua  menikmati Tarbiyah  Madrasah Ramadhan 1441 Hijrah.. Uniknya Ramadhan  tahun ini bukanlah kerana  Covid-19 atau  PKP tetapi kerana  Allah kurniakan  ibu peluang  menikmati Ramadhan  bersama  anak cucu  hingga   14 Ramadhan.  Kelainan yang  ibu rasakan seiring dengan perubahan  selera suami, makan  hanya satu lauk sahaja  walaupun ibu hidangkan  banyak lauk di hadapannya.  Anak cucu ibu juga demikian  hanya  makan nasi dengan satu lauk.  Ibu dapati hari terakhir kami iftar bersama, meja tidak berserabut dengan lauk pauk  yang kadang kala  agak  melemaskan dan  boleh menghilangkan  nikmat  dan hikmahnya  kita  berpuasa. .   Jazakumullahu khayran kathira kepada suami dan anak menantu dan cucu-cucu yang telah mentarbiyah  ibu@ tok ibu membuat  perubahan rutin berpuasa, tidak lagi sibuk di dapur membuat  persiapan iftar. Puasa sememangnya wajar kita rehatka

Nikmatilah Harumanis Ramadhan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم    الحمدلله  والصلاة  والسلام على رسولالله  وعلى  اله  وصحبه  ومن  اتبع  هداه          Segala puji-pujian dirafakkan hanya kepada Allah SWT di atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita semua. Selawat dan Salam khusus untuk Rasul junjungan SAW dan para pewaris baginda hingga ke  akhir zaman.  Alhamdulillah, hari ini hari Jumaat penuh barokah 8 Ramadhan 1441 Hijrah, genap seminggu kita umat Islam  dapat menikmati  harum dan manisnya Ramadhan bersama  keluarga  masing-masing. Tanpa sedar rupa-rupanya  sudah masuk 1 Mei 2020, cuti  hari Buruh sedunia. Ramai pekerja masih bercuti PKP dan ada juga yang diberhentikan kerja  kerana majikan  tidak mampu membayar gaji mereka. Semoga mereka  tidak berputus  asa  dari rahmat Allah. Rahmat Allah amat besar  di bulan Ramadhan. Manfaatkanlah segala peluang Allah rehatkan kita  dari mengejar dunia. Fokus kejar akhirat dengan menjadikan dunia sebagai jambatannya. Nak dunia  mesti ada ilmu. nak akhirat