Posts

Showing posts from June, 2022

Alam ini akan disinari fajar lagi

Image
 Subhanallah, Alhamdulillah,La ilahailalallah, Allahu Akbar Tiada daya dan kekuatanku melainkan hanya dengan izin Allah jua.  Telah sekian lama ibu impikan ingin ikuti kelas taddabur  Al-Quran berbayar, tetapi belum bertemu dengan murabbi yang sehati sejiwa menuju destinasi seperti As Syahid Syed Qutb yang amat ibu minat ulasannya dalm Tafsir Fi Zilal Al Quran. Ulasannya sangat tarbawi dan rasa puas dan kenyang (roh) kalau kita mendalami maksud tersiratnya. Sayangnya , ibu dimaklumkan tafsir Fi zilal tidak popular dikalangan masyarakat umum. Ibu masukkan sedutan kata-katanya yang power sekali sekala sahaja  dalam penyampaian. Tassawur fikrahnya amat jelas berpaksikan manhaj rabbani. Di antara frasa  sajak almarhum sentiasa  terngiang-ngiang dalam jiwa ini... Alam ini akan disinari fajar lagi... biarkanlah rohku terbang mendapatkan rindunya Suatu ketika dahulu sampai menangis  menjiwai sajak ini.. Namun dalam perkongsian ilmu setiap pagi bersama masyarakat (anak didik Al Quran) kakak ib

Rombongan Balik Kampung

Image
Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillahir Robbil Alamin Selawat dan salam khusus untuk junjungan tercinta, Muhammad Rasulullah  sallallahu alaihi wassalam Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah anugerahkan peluang ibu berombongan sejak kecil lagi bersama keluarga besar  Hj Md.Top balik kampung di rumah atok. Apabila berombongan memang meriah rasanya. Selagi ayah bonda masih ada, setiap hari raya Aidil fitri kami berombongan ziarahi ibu saudara dan ayah saudara, Masih terasa manisnya silaturahim kunjungsn kami secara berombongan. Jika warga emas kami kunjungi, memang kami akan bawa juadah untuk makan bersama mereka Alhamdulillah, semalam Allah aturkan kami dikunjungi oleh  dua rombongan dari Terengganu dan satu rombongan dari Johor. Ibu bersendirian menjaga suami, rasa memang tak larat lagi hendak menyediakan juadah untuk tetamu, apa lagi mereka datang secara mengejut. Mujur mereka semua memahami keupayaan warga emas memang tidak larat membuat kerja s