Posts

Showing posts from September, 2017

SAMBUT HIJRAH 1439 DENGAN BIG PICTURE

Image
BIG PICTURE  merupakan gambaran visi kehidupan yang perlu kita suburkan setiap detik dan ketika walaupun di mana kita berada. Visi 'Merindui 'khaira ummah' & rumah kita di Syurga akan mengundang pemikiran yang sentiasa positif dan jauh dari sebarang keluh kesah. Ada matlamat yang ingin kita gapai iaitu Redha Allah. Sepanjang hari Khamis 21 September menjelang 1 Muharram 1439 Hijrah, kalau tak silap tanah air kita dilimpahi berkah,  "Rahmat  Allah turun bersama hujan..."  terkenang, inilah  kata-kata salah seorang pensyarah yang sangat memahami  ketika ibu belajar di Universiti Malaya sebelum tahun 1988...   . Moga Allah anugerahkan keberkatannya kepadanya sudi mengetengahkan hakikat rahmat Allah turun bersama hujan. MasyaAllah.  Berita sedih, kembalinya Ustaz 'Akee mantan Mursyid 'am jamaah Ikhwanul Musliminf ke rahmatullah  dalam keadaan sakit tidak dirawat. Baculnya pemerintah Mesir, amat takut dengan pengaruh ustaz yang sakit lagi dizalimi

ROH mereka KELAPARAN

Image
Segala puja dan puji hanya milik Allah Selawat dan salam khusus  untuk Rasul junjungan... Semua di kalangan kita amat menyakini bahawa dalam sistem kerajaan Nafs (diri kita)  ada dua komponen  iaitu  jasad dan roh. Biasanya  kita makan 4-5  kali sehari untuk jasad, tetapi bagaimana dengan roh kita?  Cukupkan bekalan makanan untuk roh sekadar  solat tidak khusyu', baca Qur'an tidak faham maknanya, puasa  ikut-ikut orang tanpa faham hikmah di sebalik puasa, pergi haji ingin mendapat title Hj/ hajjah? Di mana letaknya matlamat keredhaan Allah dalam hidup kita?  Terlalu sibuk mengejar pujian manusia dan mengharapkan  redha manusia hingga terlupa  bahawa  hidup kita ini adalah untuk beribadah, perlu sentiasa memuja dan memuji Allah, bukan memuji manusia. Persoalan ini timbul kesan dari  mereka  yang rasa diri sudah sempurna sebaliknya mencemuh dan menghina golongan remaja yang bermasalah tanpa dibimbing... Roh mereka kelaparan bahkan ada yang sudah kebulur hingga  tergamak

Amalan Dahsyat Untuk Membersihkan Hati - Ust. Hanan Attaki, Lc dan Istri...

Image

Ithar ,cinta Dan Pengorbanan

Image
Tersentuh dengan persoalan yang ditimbulkan  oleh seorang sahibah tentang Ithar..Beliau tidak bersetuju  dengan pengorbanan  seorang sahabat  menceraikan isterinya untuk ddikahwwinkan dengan Abduraahman bin Auf...menurutnya mungkin sumber seerah itu tidak sahih, wallahu alam وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ “Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka   berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung ”.(Al Hasyr: 9) Semua akhlak yang baik  dan terpuji seseorang muslim itu bersumber dari mata air hikmah nabi SAW atau dari anugerah rahmat ilahi, Sabda Rasulullah saw yang bermaksud; “Salah seorang dari kalian tidak beriman, hingga mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya” Perasaan orang mukmin terhadap cinta kebaikan, dan itsar atas diri

abu ratib.~ وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْن إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Image
Ini nasyid kegemaran ibu sejak 30 tahun lalu...Masya Allah Surah Ali-Imran ayat 139 merupakan  ayat kecintaan yang mengiringi kehidupan  ibu sejak Tingkatan 4 di sekolah Teknik Melaka pada tahun 1978. Mary  Hamim, salah seorang teman karib yang amat memahami kesedihan ibu diuji dengan fitnah, tiba-tiba menghulur nota yang  bermaksud  "Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati sesungguh kamulah orang  yang PALING  TINGGI darjatnya  sekiranya  kamu  ber IMAN" Masya Allah  ajaibnya  firman Allah. Ayat  ini  ibu hafal, setiap kali kesedihan tidak diundang  menerpa, pujukan dari Allah  ini terus   menyejukkan jiwa dan menenangkan diri agar sentiasa  ISTIQOMAH menjadi orang  berIMAN.  Bagaimana caranya? Fahami sepotong  hadis yang  bermaksud;    "..ajaibnya  orang  beriman sekiranya  dikurniakan rezeki dia  bersyukur. Sekiranya diuji  dia bersabar..."  Suburkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah setiap detik dan ketika, walaupun di m

Jom Kita Berhijrah~ Kisah Kisah Menginspirasi tentang Al ...

Image
Apa saja ujian yang menyapa, samada kehilangan atau kematian, berdoalah kepada Allah  yang  Maha BAIK... اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا  Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya. Sumber Doa Dari Ummu Salamah  Radhiyallahu 'Anha , ia berkata: Aku mendengar Rasulullah  Shallallahu 'Alaihi Wasallam  bersabda: مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا إِلاَّ أَجَرَهُ اللَّهُ فِى مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا قَالَتْ فَلَمَّا تُوُفِّىَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ كَمَا أَمَرَنِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِى خَيْرًا مِنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " Tak seorang hamba (muslim) tertimpa musibah lalu ia berdoa: 'Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku

Khutbah Idul Adha Yang Menginsafkan

Image
Ujian sungguh bagi umat Islam di Rohingya...Setiap kali mendengar berita, video dan gambar di media sosial, pasti menitis air mata ini, membayangkan penderitaan saudara kita di sana. Berderai air mata menonton you tube khutbah Idul Adha dan doa Ustaz Hidayat ... Cukuplah sekadar menjadi manusia wahai pemimpin Mynmar...Ustaz ini mengulangi kata-kata Recip Taiyyib Erdogan suatu ketika dahulu Giatkan doa sepanjang masa tanpa jemu. Insya Allah; moga Allah makbulkan doa kita. Peristiwa Allah hancurkan kaum yang zalim  seperti kaum Firaun, Ad dan Thamud  serta  banyak lagi kisahnya dalam Al Quran  pasti akan berulang lagi, bakal  menimpa kaum yang zalim di Myanmar, Zionis dan seumpamanya di alaf siber ini. Mereka bakal menerima azab yang amat pedih kerana sifat kehaiwanan itu...Perhitungan  Allah  yang  Al-Hakim, tidak pernah salah. Ya Allah satukanlah jiwa para pemimpin umat Islam sedunia... Sentuh jiwanya agar sentiasa perihatin dan mengambil berat tentang penderitaan umat Islam