Posts

Showing posts from November, 2019

Law Of Attraction Cara Rasulullah SAW

Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanyalah milik Allah. Kita semua  insan kerdil  yang tidak layak dipuji kerana dalam  kehidupan ini kita sangat  bergantung  kepada  Allah SWT. Selawat dan salam buat  Rasul junjungan Muhammad  SAW, kaum  keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus  soleh serta jiwa-jiwa yang  mengabdikan diri kepada Allah SWT  hingga akhirat.  Alhamdulillahi Rabbil Alamin,  sepanjang  perjalanan  penuh risiko membawa suami ke Sungai Buluh, ibu yakin diiringi doa anak menantu  dan sahabat-sahabat. Kami bertolak hari Selasa, jam  6.30 pagi dari Tunjung. Dalam perjalanan  kami mendapat berita  salah seorang  bekas pelajar Matri  yang datang melawat murabbinya hujung September lalu di Tunjung telah meninggal dunia dalam tidur. Almarhum Luqman berusia 35 tahun masih belajar sambil bekerja, isterinya Dr Fatimah (ayah bondanya) juga  pernah menziarahi  kami di Tunjung, Perlis. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa Almarhum Lukman, dan himpunkan rohnya  bers

Nikmatnya Dalam Dakapan Tarbiah

Image
الحمدلله  والصلاة  والسلام على رسولالله  وعلى  اله  وصحبه  ومن  اتبع  هداه Alhamdulillah, syukur  Alhamdulillah, Allah aturkan pada hari Jumaat malam Sabtu, ibu berpeluang  menemani  dua kaunselor  muda ke mesyuarat Kluster Pendidikan di Pejabat Haluan Bangi. Objektif utama ibu menemaninya  agar mereka dapat memainkan peranan penting membangunkan ummah  melalui program yang diaturkan di seluruh negara menjelang tahun 2020. Ibu hanya sebagai mentor mereka dan tidak larat mengambil bahagian dalam menggerakkannya  kerana fokus utama ibu lebih kepada bidang penulisan.  Kini ibu sedang  berusaha keras untuk mengumpulkan bahan D n T yang terpendam dalam lubuk  jiwa UOHS untuk dibukukan mengikut trend yang difahami oleh  anak muda kini. Akrabnya  UOHS dengan Almarhum Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Bin Md.Zain, kini rahsia kemenjadian Dakwah dan Tarbiah berada di dalam dirinya seizin Allah SWT. Khazanah itu bukan boleh dibukukan melalui dokumen  bercetak, perlu dengar dan lihat sendir

Uzlah Syuuriyyah Tammah

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabiin, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar dan jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT  hingga  ke hari kiamat.  Alhamdulillah  hari ini ibu rasa lega sedikit  kerana  telah dapat tunaikan amanah  yang diberikan walaupun masih belum sempurna lagi. Dalam proses menyelesaikan amanah tersebut, memang fokus habis-habisan menjalani proses  'Uzlah Syuuriyah Tammah' . Selagi mana  tidak terdesak, ibu sentiasa berkurung di rumah. Semua program, kelas dan halaqah  ibu minta dikecualikan selama seminggu semata-mata hendak selesaikannya kerana Allah. Buat kerja  Islam. Buku itu perlu diterbitkan segera  untuk kita semua dan generasi pewaris muhasabah kembali apakah peranan kita untuk Islam sudah tertunai atau sebaliknya?. Fikir masa hadapan ummah, generasi anak cucu kita  bersama. Kesan uzlah ini sangat menenangkan

Cerita Dapur VS Prinsip Mengukuhkan Akidah

Image
الحمدلله  والصلاة  والسلام على رسولالله  وعلى  اله  وصحبه  ومن  اتبع  هداه                      Alhamdulillah, ibu amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana banyak urusan ibu dipermudahkan tanpa memikir urusan di dapur lagi. Teringat tazkirah Ustaz Budi Ashari, realiti masyarakat sekarang terlalu menekankan aspek 'makan' mengisi perut ikut nafsu berbanding mencari makanan 'roh' meningkatkan iman. Sejak remaja, memang berada di dapur adalah agenda paling ibu tidak suka, namun ter'paksa' kerana kasihan melihat emak terlalu penat sampai migrain. Semoga Allah himpunkan roh mak dan abah bersama roh para sidiqqin  dan solehin Sejak berumah tangga tahun 1985, jika berlama-lamaan di dapur ibu akan menangis keletihan, terasa banyak masa buat kerja yang tidak aula, sedangkan banyak lagi kerjaya yang lebih utama perlu ibu lakukan. Mujur Allah hantar beberapa pembantu rumah (Erna@sebelum 1990, Siti Ruqayyah@sebelum 1992 dan Ikem Safitri hingga tahun 2009 dan hingga se