Posts

Showing posts from March, 2022

Latihan Meraikan Roh Menjelang Ramadhan

Image
  Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Rabb Yang Menguasai  dan memiliki sekelian alam.  Syukur Alhamdulillah, diam tak diam terasa begitu cepat masa berlalu, hari ini 20 Mac, 7 tahun lalu ibu terjebak dalam majlis pernikahan  di hari Jumaat yang penuh barokah di Jalan Badek, Shah Alam. Move on!  Terkenang hari bersejarah itu, terhibur rasa hati kerana memang ibu tidak menyangka sama sekali Allah aturkan ibu berhijrah ke Perlis. Syukur Alhamdulillah seronoknya ibu di sini  kerana berpeluang menemani suami menyubur dan memperkasakan dakwah dan tarbiyah semampu  mungkin.  Tanpa dakwah dan tarbiyah tidak mungkin ibu dapat bertahan lama berada di sini. Hazamin fadhli rabbi Subhanallahi wabihamdhi, subhanallah al Azim.  Cukuplah sekadar terkenang dan masih ada insan yang ingat dan mendoakan kesejahteraan jodoh kami. Ada yang sediakan kek kegemaran suami, namun kerana keadaan kesihatannya kurang selesa untuk raikan majlis makan, ibu raika

Rutinkan Story Telling

Image
Dengan Nama Allah Rabb yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah syukur Alhamdulillah hari ini,  Jumaat, 11 Mac seawal pagi dapat video call, cucu-cucu di Melaka on the way hendak berkhatan. Masing-masing senyum. Bila ditanya nak baca doa apa?.  Mereka terus baca doa nabi Yunus. Semoga Allah berkati dan permudahkan. Mula-mula senyum, hilang ubat bius mula menangis rasa sakit. Alhamdulillah gagah-gagahkan juga solat fardhu.  Hari ini juga, team  Usrah Amal Aisyah gagah-gagahkan diri cuba menjayakan program 'Story Telling by aunty Nally'  untuk  warga syurga (kanak-kanak). Projek Story telling ini  telah lama kami rancang sejak tahun lepas cadang hendak mulakan di masjid tetapi sering tertangguh.  Pelbagai faktor penghalang yang kami hadapi, lebih-lebih lagi SOP jauhi jangkitan Covid-19. Syukur, Alhamdulillah ibu sudah dapat kebenaran dari suami  hendak mulakan di halaman rumah Tunjung. Subhanallah, cantiknya Allah aturkan kami mendapat kerjasama daripada para pemudi Pe

Alhamdulillah Kurniaan Dari Allah jua.

Image
Segala Puji-Pujian Hanya Milik Allah yang telah mengatur dan mengurus tadbir segala kehidupan di langit dan bumi tanpa rehat dan tidak pernah tidur...Apabila fikirkan kehebatan Allah sejak dulu, kini dan selamanya, terasa amat kerdil diri ini hidup hanya mengharapkan rahmat-Nya. Tanpa rahmat-Nya, alangkah hinanya diri ini di dunia, apa lagi di akhirat. APABILA WUJUD RASA HINA, PASTI KITA AMAT TAKUT KEHILANGAN HIDAYAH DAN TAUFIQ DARI Allah. Rasa hiba dan hendak menangis sahaja... Allah izin pagi hari Isnin, 28 Febuari ibu dikunjungi oleh seorang ibu muda, dengsn linangan air mata meluahkan dirinya rasa tersisih dalam pandangan ahli keluarga dan rakan seperjuangan. Membanding-bandingkan diri hanya suri rumah tangga dan kerja sendiri berbanding mereka yang makan gaji. Kelihatan dirinya amat letih kerana kurang rehat mencari nafkah. Ibu yakin sangkaan rasa tersisih itu hanyalah mainan perasaan apabila seseorang itu rasa 'stress'. Ibu dengar dan layankan sahaja kerana diapun sudah l