Posts

Showing posts from August, 2021

WANITA & KELUARGA | Emosi Wanita dalam Institusi Kekeluargaan di Era Pan...

Image
Alhamdulillah, bahagia rasanya dapat melihat perkembangan dan kebangkitan anak muda sama-sama berganding bahu mendidik ummah. pegawai psikologi ini ibu baharu taaruf tak sampai setahun, tapi ibu amat terharu kerendahan hatinya ingin belajar dan belajar lagi.. Tak sangka dia panggil 'ibu' dalam perbualan dan wassap walaupun semasa Program membina keluarga Samara dia panggil 'teacher ibu'. subhanallahi wabihamdi subhanallah al azim Benarlah takdir Allah sentiasa 8ndah dan tidak pernah salah...

Membina Keluarga SAMARA

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah yang telah mempermudahkan team pelaksana keluarga SAMARA menjayakan program hari ini. Ujian sedikit, lap top ibu asyik terputus wi fi dan slot terakhir naik angin ke kepala menyebabkan agak panik sedikit semasa membuat rumusan. Daripada borang penilaian, ramai yang minta program seperti ini dilanjutkan lagi dengan 'Bahasa Cinta' Sudah nak masuk umur 60 tahun, rasa macam tak sesuai dengan ibu. Ibu cadangkan Cikgu Azmi dibantu oleh ustazah Fatimah Syarha. Berkat doa team, sahabat dan sahibah, Alhamdulillah perjalanan program lancar. amal jamaie yang membahagiakan kami ibarat satu family. Alhamdulillah. Banyak perkara teknikal dapat ibu belajar dari anak muda. Alhamdulillah

“Kami masih dalam proses Membina Bahagia'

Image
Booklet  Samara ini  telah ibu siapkan  bersama anak menantu pada tahun 2011 menjelang pernikahan mereka   pada  tahun2012.   Setelah baitul dakwah kami diuji dengan  poligami dan perceraian, ibu terus terlupa tentangnya. Setelah beberapa kali bermesyuarat dan terpilihnyatajuk ini baharu ibu teringat tentang bookletini dan minta anak menantu cari kembali sumbernya dari e mel Kenali Keluarga SAMARA           Dalam apa jua ujian dan tekanan yang kita hadapi di Era pendemik Covid-19, sebenarnya kehidupan ini sungguh indah jika diniatkan untuk beribadah, dipandu dengan ilmu dan dibina dengan cinta .  Firman Allah SWT yang bermaksud,   “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Az-Zariyat: 56)         Cara ahli keluarga mendidik diri dan ahli keluarga, mengolah lintasan hati, mencorakkan pemikiran dan bertindak untuk tujuan ibadah akan memudahkan banyak urusan ke arah melahirkan syurga di dalam rumah tangga. Dalam proses menghidupkan