Posts

Showing posts from December, 2022

Nilai Persahabatan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi bahkan Maha Mengetahui segala bisikan hati para hamba-Nya.  Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat Dan jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT hingga hari kiamat. Lumrah hidup memang  tidak boleh lari dari ujian susah senang dan jerih payahnya. Namun apa sumbangan yang hendak diberikan ikut kemampuan agar tidak hilang  nilai keikhlasan. Contohnya di umur 60-an, dapur bukan lagi medan jihadnya kerana tangan mulai kebas, bànyak cawan, piring  dan tutup pyrex jadi mangsa, pecah tanpa sedar terlepas dari tangan.  Menjelang  tahun 2023 ibu amat berterima kasih kepada semua anak menantu dan cucu kerana semakin memahami kudrat ibu yang semakin melemah dan sentiàsa proaktif menyiapkan juadah sarapan keluarga sebelu

Jadilah Sehebat Pemuda Sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang  Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi bahkan Maha Mengetahui segala bisikan hati para hamba-Nya yang lebih 8 billion banyaknya. Subhanallah. Alhamdulillah, diam-diam tak sangka dah 10 tahun cucu sulung ibu. Tinggi lampai meningginya.  Ketika berkomunikasi malam 19 hb Disember lalu, "Apa cita-cita Abang Ayi?" Jawabnya "nak masuk syurga" dengan Penuh yakin. Nak masuk syurga mesti faham dan laksanakan kandungan dalam Qur'an.  "Faham tak apa yang Abang Ayi baca?" Jawabnya faham. Alhamdulillah semoga istiqomah faham untuk melaksanakan kerja-kerja Islam kini dan selamanya.  "Allahumma faqeehu fiddeen wa alimhu ta'wil" Inilah doa Rasulullah sallallahu alaihi untuk Abdullah Ibn Abbas semasa kecil. Rindu sangat melihat cucu-cucu kami semua menjadi tokoh hebat sehebat  Abdullah Ibn Abbas, Mus'ab bin Umair, Usamah bin Zaid dan Muadz bin Jabal.

Kemanisan Taddabur Asmaul Husna

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi  Maha Penyayang Alhamdulillah, Salam Jumaat @ Saidul Ayyam yang penuh barokah bersamaan dengan 14 Jamadil Awwal 1444 Hijrah.  Artikel ini ibu mula taip sejak hari Jumaat lalu tetapi tergendala seketika kerana ada sedikit gangguan emosi yang perlu ibu rawat. Sebenarnya gangguan emosi ini jika dilayan memang amat meletihkan dan ibu terpaksa tidur awal agar dapat bangkit seawal jam 2.00 pagi untuk mengadu kepada Allah SWT kuatkan kembali jiwa yang terluka. Harapan ibu agar luka lama tidak berdarah kembali.  Ibu tidak mahu layan rasa sebak berlama-lamaan. Ibu hendak 'move on!', istiqomah menolong Deen Allah hingga syahid. Insha Allah.  Ibu tidak tahu hendak membenci tetapi sekadar sayu hati... Ibu hanya insan biasa yang tidak terlepas dari kekurangan dan kelemahan. Insha'Allah istiqomah  Alhamdulillah,  seronok dan terhibur pula cuba hafal doa Allahu Ya Kafi (Yang Maha Mencukupkan) yang diamalkan oleh Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sepe