Posts

Showing posts from March, 2020

Covit-19 Doa Tolak Bala Bencana

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanya milik Allah Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, kaum keluarga  dan para sahabat baginda Syukur Alhamdulillah di atas nikmat kurniaan Allah SWT, kini ibu berpeluang  menikmati sejarah perjuangan pahlawan Turki  bernama Eutugrul. Beliau  adalah moyang  kepada Sultan Muhammad Al Fateh yang telah  berjaya menawan kota Contantinople. Bekas guru sejarah,  baru kali ini dapat peluang menikmati sejarah tersebut. mudah-mudahan  dapat membantu  kerja-kerja  dakwah  dan tarbiyah untuk diwarisi  oleh generasi muda hari ini.  Pentingnya niat dalam setiap aktiviti kita hingga  menonton video juga  menjadi ibadah  jika niat kerana  Allah. Di sini  ibu ingin berkongsi  hasil muhasabah  diri kesan  dunia  dilanda  bencana  Covit-19. Dalam bab teguran Allah betapa  ramainya  manusia  yang dilanda  'virus  syirik' termasuk  umat Islam  seluruh dunia  khususnya di Nusantara  dan di Tanah Arab. Para pemimpin Islam tidak bersatu hati  mena

COVIT-19~ Peluang Muhasabah Diri

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang telah mengatur kehidupan segala makhluk-Nya  di langit  dan di bumi  sejak  sebelum Nabi Adam AS  diciptakan  lagi hinggalah hari kiamat.  Segala apa yang Allah urus tadbir itu  menunjukkan Maha Sempurnanya Allah yang Maha Mengetahui segala keperluan para hamba-Nya.  Apapun ujian yang melanda kita, perlu kita syukuri kerana Alhamdulillah kita dihidupkan bersama Iman dan Islam. Insya Allah kita tidak akan sesat selagimana kita berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Selawat dan salam  ditujukan khusus untuk murabbi agung kita  iaitu Nabi Muhammad  Sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat,  para tabieen, para salafus soleh,ulamak-ulamak Muktabar  serta jiwa-jiwa  yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah Rabbul Jallil sampailah  pada hari Kiamat. Kek Pandan Gula Melaka~ Sumbangan anak menantu Syukur Alhamdulillah, hari ini, Jumaat, 2

Bagaimana Mempelajari Iman Sebelum Al-Qur'an?

Image
Hingga hari ini, krisis politik di Malaysia masih belum reda lagi. Pihak yang 'tumbang' mulai menyalak bukit berbekalkan prinsip-prinsip Rukun negara. Tanpa kita sedar semasa mereka berkuasa, sempat mereka membela 'komunis' hingga dalam buku Teks sejarah pun mengagungkan Komunis sebagai pejuang negara.  Ibu masih ingat salah seorang daripada mereka pernah mengkhianati  murabbi kami (Dato' Kaya Bakti  Ustaz Dahlan Bin Md.Zain) sekitar tahun 1992-1993. Sebelum penubuhan Parti barunya (serpihan dari PAS), team mereka  mengkhianati presiden PAS. Peribahasa Melayu menyebut apa yang mereka rasai ini seperti 'pulang paku buah keras'. Pengkhianatan mereka demi mengejar 'takhta' akhirnya dia sendiri dapat rasakan betapa pedihnya dirinya kononnya di'khianati' oleh team yang ingin menyelamatkan masa hadapan Islam dan negara.  Tajuk 'bagaimana Mempelajari Iman Sebelum Al-Qur'an sangat perlu diulangkaji selalu sebagai peringatan pada diri sen