Posts

Showing posts from December, 2019

Vitamin Jiwa: Masuk Syurga Secara Berjemaah

Image
Segala puji-pujian  hanya milik Allah yang telah mengatur kehidupan segala isi langit dan bumi  dengan sempurna sejak zaman Nabi Adam  hingga kini dan seterusnya  hingga  hari Kiamat. DIAlah sebaik-baik pengatur kehidupan para hamba-Nya dan sewajarnya kita suburkan sangkaan baik ('husnu zhon') kepada-NYA dalam setiap detik, masa dan ketika walau di mana kita berada. Husnu zhon ini hanya akan bertakhta  dalam jiwa apabila kita sentiasa tingkatkan kualiti ubudiyyah dengan mengenal-Nya  (Makrifatullah). Selawat dan salam sama-sama kita tujukan kepada Rasulullah SAW  dan para pejuang dakwah dan tarbiyah hingga akhir zaman. Hari Rabu malam Khamis, anak ibu hantar  gambar sedang meraikan ulang tahun ke-7 cucu ibu, Musthofa Mishary. Baharu sambut ulang tahun ke-7, tahun hadapan tak lama lagi, 2020 akan masuk Tahun 2. Nikmat kegembiraan menyambut  cucu pertama  masih terasa hingga  kini. Semoga Musthofa  Mishary dan adik-adiknya membesar dalam keadaan fikiran dan jiwa  cepat matan

Alhamdulillah Kini Tenang Dengan Rutin Baharu

Image
Innalillah wa inna ilaihi rojiiuun, berita mutakhir yang tersebar di media sosial amat menduka citakan kerana berturut-turut 'ustaz' glamour seolah-olah mengikut arus jahiliyah perdana seperti artis yang tidak terdidik. Masalahnya  ustaz-ustaz glamour itu menceraikan isteri pertama yang sedang hamil setelah berkahwin lain. Macam-macam persepsi negatif menular di sana sini, memburukkan lagi imej diri dan nama Islam yang suci. Astaghfirullah lil mukminin na wal mukminat. Inilah akibat  daripada sikap  memperlekehkan dakwah dan tarbiah dan tidak memahami kesyumulan Islam yang sebenarnya.  Awal Disember baru-baru ini, memang tak menyangka ustaz glamour  dari negara seberang menceraikan  isterinya setelah tidak sebumbung lagi sejak tahun 2016. Ibu cuba kenalpasti apakah puncanya isteri itu diceraikan, bukan isteri itu yang minta  cerai. Di media sosial bertubi-tubi pihak 'bekas isteri' menyalahkannya. Dalam dua artikel ibu menegur wartawan supaya menghentikan sebaran tudu

Tidak Ada Satupun Nikmat-Mu Yang Kami Dustakan Ya Rabb

Image
Alhamdulillah, sungguh, memang berkahnya  kita bekerja untuk Deen Allah secara berjemaah. Nikmat kemanisannya  sungguh terasa sepanjang percutian kami mulai 26 November hingga 5 Disember. Sungguh besar hikmah di sebalik kita serahkan segala urusan kepada Allah. Segalanya ibu rasakan bagai mimpi. Memang pernah ibu impikan ingin membawa suami istirehat di tempat istimewa  jauh di luar Perlis.  Alhamdulillah, lanjutan dari lintasan niat itu, Allah kurniakan tempat yang lebih istimewa dari apa yang ibu bayangkan dalam fikiran.  Inilah nilai kepuasan Allah kurniakan jika kita penuh yakin menyerahkan segala-galanya hanya kepada  Allah Yang  Maha Mengatur  kehidupan kita dengan sebaik-baiknya. Tergenang  air matanya ketika  anak didiknya menjawab "Ustaz tetamu saya..." (maksudnya tidak perlu bayar apa-apa) Jawapan ikhlas ini tidak mungkin akan keluar dari lisan anak didik yang tidak menjalani proses tarbiyah Islamiyah Harakiyah. Murabbi  yang merindui  anak didiknya mendapat