Posts

Showing posts from March, 2019

Jalan Pintas Ke Syurga

Image
Tanah kubur 50 mangsa keganasan 'pejuang perang Salib' di New Zealand masih basah, kini berita serangan bom  Zionis terhadap  Gaza sejak 23  Mac, 2019 mengundang kemaraan Briged Al-Qassam. Inilah gambaran skala besar kebencian musuh-musuh Islam dunia kini yang  diketuai  oleh Firaun alaf Cyber bernama Donald Trump dan Nentanyahu dan mereka sedang  mencabar tentera-tentera Allah. Janji  Allah itu PASTI. Kemenangan umat Islam sudah dekat dan akan sampai masanya tidak lama lagi...Insha Allah https://www.cnnindonesia.com/internasional/20190325132157-120-380415/tel-aviv-diserang-roket-dari-gaza-sirene-menggema-di-kota Di samping  bekalan Iman dan Taqwa perlu juga dibekalkan kesabaran  yang indah hasil dari proses keimanan madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Merujuk sesi soal jawab seminar parenting  16 Mac yang lalu, memang  timbul persoalan 'susah nak sabar'. Cikgu Azmi ada sebut  bahawa  sabar itu adalah buah atau hasil daripada  proses tarbiyah.

Keislaman Umat Di New Zealand...

Image
Mutakhir  ini, sebelum15 Mac Allah izin ibu terbaca kajian salah seorang cendekiawan  Muslim bernama  Prof. Hussain Askari dari George Washington University  yang berjudul "How Islamic are the Islamic  Countries?" . Kebanyakan negara di Eropah  mengamalkan  'Prinsip' Islam dalam kehidupan mereka walaupun  mereka bukan dilahirkan dalam masyarakat Muslim. New Zealand  adalah contoh negara  teratas  dalam ranking  di dunia dalam mengamalkan 'akhlak umat Islam.' Luxembourg tempat kedua,  Ireland ketiga, Iceland keempat, Findland kelima, Denmark keenam,  Canada ke-7. Malaysia menduduki tempat ke-38 , Kuwait ke-48, Baharain ke-64. Manakala Arab Saudi  menduduki tempat 131. Cuba fikir-fikirkan mengapa agaknya  ye??? Sila rujuk laman web . http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/ireland/10888707/Ireland-leads-the-world-in-Islamic-values-as-Muslim-states-lag.html Kajian ini  merujuk moral atau akhlak penduduknya . Terdetik di benak ibu, "alangka

Hakikat Kursus Kepimpinan Ansor Untuk SEMUA

Image
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ  Wahai orang-orang mukmin, jika kamu menolong Deen (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Alhamdulillah pada hari Sabtu 9 Mac, Allah aturkan tanpa dipinta, ibu dilibatkan  dalam memberi input  dan sesi simulasi untuk para ansor Matri di Bukit Ayer Perlis. Alhamdulillah suka sangat apabila melihat remaja-remaja dan pra dewasa Matri 'enjoy' menjalani latihan atau simulasi  'sesi kaunseling' sebagai persiapan menjadi pembimbing rakan sebaya  di asrama dan di sekolah. Hanya mengamalkan 'body language' seperti eye contact, dengan mengulang-ulang hujung ayat dan menjadi  pendengar yang memahami masalah rakan sebaya. Kemahiran  ini semakin pupus kini kerana majoriti  ibu bapa  sentiasa  disibukkan dengan kerjaya  hingga  anak-anak terabai dan terperangkap dalam  syndrome   'BLASTED' (boring. lonely, angry, tired, stress ). P

Allah mengasihimu Intan Baizura.

Image
Alhamdulillah, syukur sangat ke hadrat Allah SWT  di atas nikmat  Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita semua. Selawat dan salam ditujukan khas untuk murabbi agong, Rasulullah SAW, para sahabat, kaum keluarga baginda, para  tabiin, tabiut taabiin, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar  serta  jiwa-jiwa yang ikhlas  memperhambakan diri hanya sanya kepada Allah  hinggalah ke hari kiamat.  Pertama  sekali ibu mengucapkan terima kasih teramat sangat  kepada suami, semua anak menantu serta adik beradik  ibu  yang sentiasa mendoakan agar segala aktiviti  yang ibu lakukan untuk menolong Deen Allah sentiasa Allah permudahkan laluannya. Selalu ibu mengadu kepada Allah, ibu tak mampu , ibu lemah dan tak terdaya. La hau la wala quwatta illa billah. Apabila ada  pengakuan dan kerendahan ini memang terlalu sangat mengharapkan pertolongan Allah melengkapkan segala kekurangan  yang ada. Tanpa pertolongan Allah, rasanya memang tak terdaya nak perkatakan  apapun ketika ceramah-ceramah