Friday, 19 July 2013

AL MUMTAHANAH ~ WANITA YANG DIUJI



Surah 60  AL MUMTAHANAH

WANITA  YANG DIUJI : 13 AYAT : MADANIYYAH
بسم الله الرحمن الرحيم


60:1

1
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-KU dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah engkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-KU dan mencari keredhaan-KU (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.
 60:2

2
Jika mereka menangkap kamu, niscaya mereka bertindak sebagai musuh bagimu dan melepaskan tangan dan lidah mereka kepadamu dengan menyakiti(mu). Dan mereka ingin supaya kamu (kembali) kafir. 60:3
3
Karib kerabat dan anak-anakmu sekali-kali tiada bermanfaat bagimu pada hari kiamat. Dia akan memisahkan antara kamu. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
 60:4
4
Sesungguhnya telah ada suri teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia. Ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami engkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja, kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya: "sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah". (Ibrahim berkata): "ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah Kami kembali",
Perkataan Ibrahim kepada bapaknya; Nabi Ibrahim pernah memintakan ampunan bagi bapaknya yang musyrik kepada Allah : ini tidak boleh ditiru, kerana Allah tidak membenarkan orang Mu'min memintakan ampunan untuk orang-orang kafir.
Surat An Nisaa ayat 48:
‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar’
 60:5
5
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".60:6
6
Sesungguhnya pada mereka itu (Ibrahim dan umatnya) ada teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (pahala) Allah dan (keselamatan pada) hari kemudian. Dan barangsiapa yang berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Kaya lagi Terpuji.
 60:7
7
Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 60:8
8
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. 60:9
9
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
 60:10
10
Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka maka jika kamu telah mengetahui bahawa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada (suami-suami) mereka mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atasmu mengahwini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkahwinan) dengan perempuan-perempuan kafir. Dan hendaklah kamu minta mahar yang telah kamu bayar. Dan hendaklah mereka meminta mahar yang telah mereka bayar. Demikianlah hukum Allah yang ditetapkan-Nya di antara kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
 60:11
11
Dan jika seseorang dari isteri-isterimu lari kepada orang-orang kafir, lalu kamu mengalahkan mereka maka bayarkanlah kepada orang-orang yang lari isterinya itu mahar sebanyak yang telah mereka bayar. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu beriman.
Isteri-isterimu lari; Sebelum ghanimah dibagikan kepada lima golongan yang berhak, dibayar lebih dulu mahar-mahar kepada suami-suami yang isteri-isteri mereka lari ke daerah kafir.

 60:12
12
Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki  mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Tangan dan kaki; Perbuatan yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka itu maksudnya ialah mengadakan pengakuan-pengakuan palsu mengenai hubungan antara lelaki  dan wanita seperti tuduhan berzina, tuduhan bahawa anak si Fulan bukan anak suaminya dan sebagainya.

 60:13
13
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah. Sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa.

Saturday, 13 July 2013

'Kisah Ghulam' Berulang Di Mesir?


Sejak berlaku rampasan kuasa di Mesir, sering teringat kisah Ghulam yang pernah ibu baca lebih sepuluh tahun lalu... Lintasan kisah itu ingin ibu kaitkan dengan jumlah syuhada yang terkorban pada 1 Ramadhan lalu..
Pada zaman Saidina Umar r.a. telah ditemui mayat Ghulam dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU  AKBAR!  Ghulam yang kukuh akidahnya ini mati syahid dipanah oleh raja.
Kisahnya terhimpun dalam sebuah hadis panjang, boleh baca dalam http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-ghulam-dakwah/
اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت
Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.

Inilah doa yang menjadi darah daging  Ghulam yang  tidak mahu sama sekali berkompromi dengan kebatilan. bahkan dia amat dimurkai oleh rajanya ketika itu kerana menyebut  "Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.”  Bila raja itu tahu Ghulam ini  bertuhankan Allah, dicari Rahib yang menjadi 'master mind'   mendidiknya beriman hanya kepada Allah,  bukan memperhambakan diri kepada raja. Rahib itu dibunuh dan badannya dibelah dua semata-mata hendak menakutkan Ghulam itu agar kembali bertuhankan raja.  

Pelbagai ancaman  dan  cubaan  membunuhnya di gunung dan di laut tetapi sia-sia. Ghulam tetap selamat dan hidup sihat  seperti biasa. Raja menjadi pelik dan bertanya, bagaimana budak ini boleh selamat?. Jawab ghulam: "Allah telah menolongku menghadapi mereka"
Raja itu 'mati akal' untuk membunuhnya. Perhatikan dialog mereka seperti berikut;
Ghulam : Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. 
Raja      : Bagaimana caranya?
Ghulam : Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma.             Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian               engkau baca: " Dengan nama Allah, tuhan budak ini". Kemudian engkau panahlah aku. Kalau                engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu rajapun ikut semua arahan Ghulam.Ghulam itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: "Dengan nama Allah, tuhan budak ini" dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus syahid.
Tiba-tiba semua rakyat yang berhimpun di padang itu berkata: “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.

Beginilah  harapan saya semoga umat manusia seluruh dunia berfikir dan mengkaji keajaiban tarbiyah madrasah Rasulullah SAW mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Hari ini dunia  menyaksikan apa yang berlaku di Mesir. Dalam edisi terbarunya, majalah Times menyebutkan bahawa apa yang terjadi di Mesir adalah sebuah rampasan kuasa, semua syarat kezaliman terdapat dalam tindakan tentera tersebut.

Menurut  editornya, ketika ini Mesir sedang mengalami demokrasi yang paling buruk di dunia. Bahkan rampasan kuasa di Mesir dijadikan sebagai gambar kulit  majalah  tersebut.
Di hadapan kulit majalah itu , gambar dibahagi dua. Sebelah  kanan berwarna latar merah yang melambangkan darah dan bertuliskan “WORLD'S WORST DEMOCRATS" (demokrasi terburuk di dunia). Maksudnya  adalah tindakan tentera  yang mengkhianati  presiden yang  sah  dipilih oleh rakyat iaitu Muhammad Mursi. Dalam konspirasi itu, lebih seratus  yang syahid dan ramai yang cedera parah. Mereka inilah yang ibu maksudkan sebagai ghulam era siber... Mungkin juga Presiden Mursi  (bersedia untuk mati , demi  menegakkan kebenaran)..

Perhatikan gambar sebelah kirinya, berlatar belakang putih bersih  dan bertuliskan “WORLD'S BEST PROTESTERS" (demonstrasi terbaik di dunia). Maksudnya demonstrasi yang dilakukan oleh para penyokong Presiden Mursi. Mereka memprotes kuasa tentera yang  telah  menggulingkan Mursi, dan mematikan kehidupan berdemokrasi dengan membekukan konstitusi, membubarkan majlis permusyawaratan, menangkap  para pemimpin FJP, dan menangkap para pemimpin  Ikhwan dan melantik mereka yang sama sekali tidak dipilih oleh rakyat.

Alhamdulillah, hasil tarbiyah  madrasah Rasulullah saw ke atas anggota ikhwanul Muslimin oleh Imam As Syahid  Hasan al-Bana selepas 80 tahun prosesnya  telah menampakkan keindahan akhlak anggota Ikhwan yang menghayati Islam secara syamil dan kamil di mata dunia.. Mungkinkah telah tiba masanya Khilafah Islamiyah ditegakkan kembali? Sama-sama kita doakan sepanjang Ramadhan ini agar impian suci kita menjadi kenyataan. Amin.


Thursday, 4 July 2013

Awas, Istidraj

Syukur , Alhamdulillah, 1 Julai 'SmarTop Kids' masih dapat bernafas dengan selesa walaupun terdapat suara yang menakutkan bahawa "ibu bapa akan keluarkan anak-anak jika yuran dinaikkan"  bagi menampung gaji guru-guru. Syukur... ibu bapa terpelajar amat memahami masalah kami.. yang tarik diri kerana ikut ibu bapa berpindah, bukan kerana  yuran dinaikkan..

Anak-anak di Taska semakin bertambah  dan akan bertambah lagi bulan hadapan..In Sha Allah. Datin  dan Datuk tidak runsingpun walaupun murabiyah bertukar ganti. Rupa-rupanya Allah hantar yang lebih jelas fikrah Islam. Ibu rasa amat selesa kerana  Allah swt permudahkan dengan kehadiran dua  ansor yang  berjiwa lembut dan menyayangi  anak-anak. Persediaan ini memudahkan kami untuk berkongsi ilmu  dan kemahiran  yang ada untuk mendidik ahli syurga..
Semoga jiwanya  lembut  selembut  wajahnya

Allah izin ibu amat  tertarik  dengan anak kecil yang menangis hiba pada hari pertama ketika ibunya pergi kerja. Suraya..anak berusia satu tahun 10 bulan menjadi buah hati dan keletahnya  yang mudah dipujuk menceriakan hati ibu setiap hari. Ketika dia mulai tenang..ibu bisik ke telinganya "Suraya solehah girl, good girl..Allah love Suraya, teacher ibu love Suraya..nanti Suraya jangan nangis lagi ye..kesian teacher lain nak 'work'.. Dia terus senyum dan ceriakan dirinya, ada  respon dia memahami apa yang ibu  nak fahamkan... Sayang ibu terlepas pandang, rupa-rupanya  ada seorang lagi baru daftar tidak dimaklumkan asyik menangis. Hari ke-3 ibunya keluarkan kerana  anaknya tidak biasa dengan suasana nursery.

Dalam proses mengekalkan  keceriaan, tiba-tiba dapat berita sedih dari  Mesir. Madiha, anak saudara di Mesir SMS ibunya  menceritakan perkembangan sedih di sana.

Ramai orang soleh bersedih dan 'sakit hati' geram dengan pengkhianatan tentera Mesir. Tangisan tidak akan memberi jalan keluar..Bangkit dan bangun tahajjud setiap malam..doakan mereka.. Jika menonton perlawanan bola, semua peringkat umur boleh berjaga sampai pagi beri sokongan sepenuhnya kepada team yang diminati. Sekarang pemimpin yang soleh dan diminati dizalimi dan dikhianati oleh tali barut Amerika, Kenapa susah sangat kita nak bangkit tahajjud??

Tahajjud  adalah sumber kekuatan diri, keluarga dan ummah.Tahajjud adalah bukti kecintaan kita kepada Allah. Allah swt akan makbulkan doa  semua hamba yang dicintai-NYA. Hanya  dari-NYA kita harapkan segala sumber kezaliman dan kebatilan  dihancurkan dan dibinasakan apabila  sudah sampai masanya  yang hanya Allah  yang Maha Mengetahuinya.

Ingatlah pesanan  Presiden PKS "jangan izinkan walau sedetik kita  kehilangan kegembiraan... jangan izinkan orang lain melakar sejarah hidup kita.."

Amat menarik frasa Pak Anis Matta. Maksudnya selagi matlamat kita mencari  redha Allah, usah dilayan kesedihan. Kukuhkan jiwa dengan sabar dan solat Qiamulail. Segera dan segarkan jiwa kita. Berusahalah  beri kesedaran tanpa jemu, berdoa dan tawakkal setiap detik kehidupan walau di mana kita  berada. Kebahagiaan penuh semangat inilah yang akan  memicu kemenangan dengan bergantung  harap sepenuhnya kepada Allah swt.


Belum berakhir tragedi kezaliman regim Basyr yang berlaku di Syria, muncul pula  keserakahan dan kejakunan puak-puak sekular di Mesir  berkonspirasi meracau bagai orang 'gila' merampas  kuasa daripada  presiden yang sah. Presiden Mohammed  Morsi  bersabar, solat, berterusan  berdoa dalam sujud dan menangis demi Islam.. Moga Allah mengampuninya  dan meredhai usaha-usaha beliau  setakat ini.

Tidak boleh dinafikan  bahawa semua konspirasi adalah kerja syaitan laknatullah.. Konspirasi akan terus wujud  di mana-mana, selagi ada Islam..di situlah jahiliyah akan berkonspirasi sebagai agen syaitan..Agen-agen syaitan ini akan meracau cuba meng'ugut' dan menakut-nakutkan kita. Perlu cerdik hadapi puak yang meracau ini..diam dan perhatikan saja agenda mereka  seterusnya untuk terus meracau bagai  orang gila menumbuk angin

Jangan berputus asa  dari rahmat Allah, kita semua terus bersabar dan berdoa seikhlas  hati  meringankan beban yang ditanggung oleh saudara-saudara kita  yang dizalimi di seluruh dunia termasuk  di Mesir..
Doa ini diajar oleh Sheikh Abdul Kadir Jailani dalam bukunya 'Lautan Hikmah Kekasih Allah;
"Ya Allah selamatkan para mukmin itu dari tawanan syaitan  dan selamatkanlah kami  semua  daripadanya"

Rasullulah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut,  Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka ia akan beroperasi membinasakan sarangnya di bawah batu, papan atau merayap di celah-celah daun. Tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan sayap. Lalu, bila sudah  ada sayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) ia akan meracau, pantang nampak lampu akan terus menerpa  melawan haba lampu.
Begitulah analogi manusia yang sombong meracau, apabila mendapat nikmat bukan hendak bersyukur, sebaliknya  cuba  melawan hukum Allah swt.

Apa yang berlaku di Mesir?
Sebahagian rakyatnya tertipu dan diperbodohkan dengan provokasi  regim tentera.. Mereka keluar dari 'Nur' Allah kepada 'zulumat'~ kegelapan zaman Firaun.

Firaun ni,  Allah kurniakan nikmat kepadanya berlimpah-limpah, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan limpahan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Begitu juga kezaliman Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya bila Allah utus seekor nyamuk saja  masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja perlukan 40 ekor unta untuk mengangkatnya. Akhirnya Qarun ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun  lebih  kaya, akhirnya binasa juga.

Mohon kepada  Allah kurniakan kepada kita kecerdasan hati dan akal. Kaji dan fikir sedalam-dalamnya, In sha Allah akan  terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita tentang isu konspirasi dalam diri, dalam keluarga, dalam masyarakat, negara  bahkan di dunia..khususnya  dunia Islam.

Kemenangan mereka yang zalim adalah kemenangan yang palsu...bak kata orang cerdik 'plastik!!' 'Kemenangan palsu ke atau plastik..' itu  merupakan istidraj... Istidraj khusus  untuk mereka yang khianat, tidak rasa berdosa menzalimi orang lain, merampas hak orang lain dengan  membelakangkan syariat Allah bahkan  sanggup menentang syariat yang telah Allah tetapkan..

Bagi mereka  yang masih bersedih melihat orang kesayangan mereka dizalimi, usah risau.. kemenangan insan kesayangan kalian  di sisi Allah amat dekat.. sepertimana  Allah selamatkan nabi Musa, akhirnya  Firaun ditenggelamkan.
Firman Allah swt  yang  bermaksud:
“Firaun dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut”
                                                                                                                              (Al-Qisas: 33)
Orang zalim  seperti Firaun 'menang' sementara saja. Kemenangan itu sebenarnya adalah 'istidraj'

Apakah dia istidraj itu?

Istidraj   adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang tidak diredhai-Nya bahkan dimurkai kerana penipuan dan kebohongan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan  lagi kejahatannya.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."   (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) 


Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai:

i. Allah makbulkan segala permintaan orang zalim agar ia semakin ingkar dan sesat, tetapi pada akhirnya ia akan dimatikan dalam keadaan kafir. 
Firman Allah swt  yang bermaksud:
“Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”. (Al-Qalam :44)

ii. Makar:
Renungilah firman Allah yang bermaksud:

“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. (Al-‘Araf: 99)

Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan DIA  adalah sebaik-baik yang memberi  balasan”    (Ali ‘Imran: 54)

iii. 'Al Kaid' artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka” (An-Nisaa’:142)
Allah berfirman:
“Mereka akan menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi mereka tidak merasakannya”. (Al-Baqarah: 9)

iv. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:

Firman Allah:
“Dan janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya” (Ali ‘Imran: 178)

v. Al Ihlak  mempunyai arti kebinasaan:

Allah berfirman:

“Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak” (Al-‘An'am: 44)

Allah berfirman:
“Firaun dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut” (Al-Qisas: 33)


Di antara dalang (agen syaitan) yang  mengadu domba  umat Islam agar berpecah belah;  CIA dan pasukan operasi khas Amerika Syarikat melatih pemberontak Syria menggunakan senjata anti kereta kebal dan anti pesawat yang dijalankan di pangkalan Amerika di Jordan dan Turki sejak tahun lalu. - AFP
Kursus dua minggu bagi kira-kira 20 hingga 45 anggota pemberontak pada satu-satu masa telah bermula pada November lalu di pangkalan terbaharu AS di kawasan padang pasir di barat daya Jordan.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah.  Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya kembali. Apalah maknnya kehidupan  ini tanpa keredhaan Allah SWT?

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Kita akan sedar hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur dianugerahkan  nikmat-Nya dengan jalan yang BERSIH. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. In Sha Allah.