Awas, Istidraj
Syukur , Alhamdulillah, 1 Julai 'SmarTop Kids' masih dapat bernafas dengan selesa walaupun terdapat suara yang menakutkan bahawa "ibu bapa akan keluarkan anak-anak jika yuran dinaikkan" bagi menampung gaji guru-guru. Syukur... ibu bapa terpelajar amat memahami masalah kami.. yang tarik diri kerana ikut ibu bapa berpindah, bukan kerana yuran dinaikkan..
Anak-anak di Taska semakin bertambah dan akan bertambah lagi bulan hadapan..In Sha Allah. Datin dan Datuk tidak runsingpun walaupun murabiyah bertukar ganti. Rupa-rupanya Allah hantar yang lebih jelas fikrah Islam. Ibu rasa amat selesa kerana Allah swt permudahkan dengan kehadiran dua ansor yang berjiwa lembut dan menyayangi anak-anak. Persediaan ini memudahkan kami untuk berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada untuk mendidik ahli syurga..
Allah izin ibu amat tertarik dengan anak kecil yang menangis hiba pada hari pertama ketika ibunya pergi kerja. Suraya..anak berusia satu tahun 10 bulan menjadi buah hati dan keletahnya yang mudah dipujuk menceriakan hati ibu setiap hari. Ketika dia mulai tenang..ibu bisik ke telinganya "Suraya solehah girl, good girl..Allah love Suraya, teacher ibu love Suraya..nanti Suraya jangan nangis lagi ye..kesian teacher lain nak 'work'.. Dia terus senyum dan ceriakan dirinya, ada respon dia memahami apa yang ibu nak fahamkan... Sayang ibu terlepas pandang, rupa-rupanya ada seorang lagi baru daftar tidak dimaklumkan asyik menangis. Hari ke-3 ibunya keluarkan kerana anaknya tidak biasa dengan suasana nursery.

![]() |
Semoga jiwanya lembut selembut wajahnya |

Dalam proses mengekalkan keceriaan, tiba-tiba dapat berita sedih dari Mesir. Madiha, anak saudara di Mesir SMS ibunya menceritakan perkembangan sedih di sana.
Ramai orang soleh bersedih dan 'sakit hati' geram dengan pengkhianatan tentera Mesir. Tangisan tidak akan memberi jalan keluar..Bangkit dan bangun tahajjud setiap malam..doakan mereka.. Jika menonton perlawanan bola, semua peringkat umur boleh berjaga sampai pagi beri sokongan sepenuhnya kepada team yang diminati. Sekarang pemimpin yang soleh dan diminati dizalimi dan dikhianati oleh tali barut Amerika, Kenapa susah sangat kita nak bangkit tahajjud??
Tahajjud adalah sumber kekuatan diri, keluarga dan ummah.Tahajjud adalah bukti kecintaan kita kepada Allah. Allah swt akan makbulkan doa semua hamba yang dicintai-NYA. Hanya dari-NYA kita harapkan segala sumber kezaliman dan kebatilan dihancurkan dan dibinasakan apabila sudah sampai masanya yang hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.
Ingatlah pesanan Presiden PKS "jangan izinkan walau sedetik kita kehilangan kegembiraan... jangan izinkan orang lain melakar sejarah hidup kita.."
Amat menarik frasa Pak Anis Matta. Maksudnya selagi matlamat kita mencari redha Allah, usah dilayan kesedihan. Kukuhkan jiwa dengan sabar dan solat Qiamulail. Segera dan segarkan jiwa kita. Berusahalah beri kesedaran tanpa jemu, berdoa dan tawakkal setiap detik kehidupan walau di mana kita berada. Kebahagiaan penuh semangat inilah yang akan memicu kemenangan dengan bergantung harap sepenuhnya kepada Allah swt.
Belum berakhir tragedi kezaliman regim Basyr yang berlaku di Syria, muncul pula keserakahan dan kejakunan puak-puak sekular di Mesir berkonspirasi meracau bagai orang 'gila' merampas kuasa daripada presiden yang sah. Presiden Mohammed Morsi bersabar, solat, berterusan berdoa dalam sujud dan menangis demi Islam.. Moga Allah mengampuninya dan meredhai usaha-usaha beliau setakat ini.
Tidak boleh dinafikan bahawa semua konspirasi adalah kerja syaitan laknatullah.. Konspirasi akan terus wujud di mana-mana, selagi ada Islam..di situlah jahiliyah akan berkonspirasi sebagai agen syaitan..Agen-agen syaitan ini akan meracau cuba meng'ugut' dan menakut-nakutkan kita. Perlu cerdik hadapi puak yang meracau ini..diam dan perhatikan saja agenda mereka seterusnya untuk terus meracau bagai orang gila menumbuk angin
Jangan berputus asa dari rahmat Allah, kita semua terus bersabar dan berdoa seikhlas hati meringankan beban yang ditanggung oleh saudara-saudara kita yang dizalimi di seluruh dunia termasuk di Mesir..
Doa ini diajar oleh Sheikh Abdul Kadir Jailani dalam bukunya 'Lautan Hikmah Kekasih Allah;
"Ya Allah selamatkan para mukmin itu dari tawanan syaitan dan selamatkanlah kami semua daripadanya"
Rasullulah
s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka ia akan beroperasi membinasakan sarangnya di bawah batu, papan atau merayap di celah-celah daun. Tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan sayap. Lalu, bila sudah ada sayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) ia akan meracau, pantang nampak lampu akan terus menerpa melawan haba lampu.
Begitulah analogi manusia yang sombong meracau, apabila mendapat nikmat bukan hendak bersyukur, sebaliknya cuba melawan hukum Allah swt.

Apa yang berlaku di Mesir?
Sebahagian rakyatnya tertipu dan diperbodohkan dengan provokasi regim tentera.. Mereka keluar dari 'Nur' Allah kepada 'zulumat'~ kegelapan zaman Firaun.
Firaun ni, Allah kurniakan nikmat kepadanya berlimpah-limpah, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan limpahan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Begitu juga kezaliman Namrud,
yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya bila Allah utus
seekor nyamuk saja masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja perlukan 40 ekor unta untuk mengangkatnya. Akhirnya Qarun ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lebih kaya, akhirnya binasa juga.
Mohon kepada Allah kurniakan kepada kita kecerdasan hati dan akal. Kaji dan fikir sedalam-dalamnya, In sha Allah akan terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita tentang isu konspirasi dalam diri, dalam keluarga, dalam masyarakat, negara bahkan di dunia..khususnya dunia Islam.

Kemenangan mereka yang zalim adalah kemenangan yang palsu...bak kata orang cerdik 'plastik!!' 'Kemenangan palsu ke atau plastik..' itu merupakan istidraj... Istidraj khusus untuk mereka yang khianat, tidak rasa berdosa menzalimi orang lain, merampas hak orang lain dengan membelakangkan syariat Allah bahkan sanggup menentang syariat yang telah Allah tetapkan..
Bagi mereka yang masih bersedih melihat orang kesayangan mereka dizalimi, usah risau.. kemenangan insan kesayangan kalian di sisi Allah amat dekat.. sepertimana Allah selamatkan nabi Musa, akhirnya Firaun ditenggelamkan.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Firaun
dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan
yang dibenarkan, dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan kembali
kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami
menenggelamkan mereka di dalam laut”
(Al-Qisas: 33)
(Al-Qisas: 33)
Orang zalim seperti Firaun 'menang' sementara saja. Kemenangan itu sebenarnya adalah 'istidraj'
Apakah dia istidraj itu?
Istidraj adalah
pemberian nikmat Allah kepada manusia yang tidak
diredhai-Nya bahkan dimurkai kerana penipuan dan kebohongan dengan mengemukakan berbagai dalil
untuk menguatkan lagi kejahatannya.
Rasullulah
s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan
nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah
bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan
oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai:
i. Allah makbulkan segala permintaan orang zalim agar ia semakin ingkar dan sesat, tetapi pada akhirnya ia akan dimatikan dalam
keadaan kafir.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Nanti
Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan )
dengan cara yang tidak mereka ketahui”. (Al-Qalam :44)
ii. Makar:
Renungilah firman Allah yang bermaksud:
“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. (Al-‘Araf: 99)
Allah berfirman:
“Dan
mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya
yang serupa dan DIA adalah sebaik-baik yang memberi balasan” (Ali ‘Imran: 54)
iii. 'Al Kaid' artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka” (An-Nisaa’:142)
Allah berfirman:
“Mereka
akan menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu
dirinya sendiri, tetapi mereka tidak merasakannya”. (Al-Baqarah: 9)
iv. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:
Firman Allah:
“Dan
janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa pemberian tangguh bagi
mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi hal itu terjadi agar
mereka makin bertambah dosa-dosanya” (Ali ‘Imran: 178)
v. Al Ihlak mempunyai arti kebinasaan:
Allah berfirman:
“Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak” (Al-‘An'am: 44)
Allah berfirman:
“Firaun
dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan
yang dibenarkan, dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan kembali
kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami
menenggelamkan mereka di dalam laut” (Al-Qisas: 33)
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang
berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh
Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
bertujuan untuk menghancurkannya kembali. Apalah maknnya kehidupan ini tanpa
keredhaan Allah SWT?
Tujuan hidup kita adalah
mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang
diredhai Allah? Kita akan sedar hakikat yang sebenarnya
tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur dianugerahkan
nikmat-Nya dengan jalan yang BERSIH. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa
redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah
kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah
kita di dunia dan akhirat. In Sha Allah.
Comments
Post a Comment