الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya milik Allah yang masih meminjamkan kepada  kita segala anugerah dan nikmat-Nya  yang sangat membantu  kita meneruskan amanah utama iaitu  menjadi  hamba-Nya  dan khalifah-Nya di muka bumi yang fana ini. Selawat  dan salam dirafakkan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak  muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah hingga  hari kiamat. 

Sejak hari Rabu malam Khamis, ibu tak boleh tidur seperti biasa. Melayari FB dan berikan perkongsian dalam post. Ibn Qaiyyim AlJauzi berkata: "Harapanku ini adalah Iman, cahaya dan hikmah. Sedangkan harapan mereka adalah tipu daya dan muslihat"

Nabi sallallahu alaihi wassalam memuji orang yang bercita-cita kebaikan serta berharap mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakan. Seperti orang yang berkata, "Seandainya saya memiliki harta, maka saya akan melakukan apa yang dilakukan fulan. Ia menjaga hak harta pada Tuhannya untuk mendapatkan   rahmat-Nya dan memberikan hak-hak-Nya" 

Baginda bersabda "mereka berdua (yang berharap dan yang lakukan) dapat pahala yang sama"
Pada Haji Wida' Nabi sallallahu alaihi wassalam berharap mengerjakan Haji tamattu' kemudian tahallul dan menyembelih kurban. Namun ternyata baginda berhaji qiran, maka Allah kurniakan pahala haji qiran yang dilakukan dan juga pahala haji tamattu' yang baginda harapkan. Allah kurniakan dua pahala kepada Nabi sallallahu alaihi wassalam. (Halaman 30&31 Buku Thibbul Qulub Oleh Ibn Qaiyyim Al Jauzi)

Bahan ini ibu telah kongsikan ketika  halaqah online bersama  bekas pelajar puteri Khassah tahun 2018 yang berada di UIA, di Kelantan  dan Selangor. Ibu berhajat sangat  adik beradik dan anak-anak saudara dapat  menikmati bahan tarbiyah ini. hajat  di hati  hendak memeluk  gunung  tetapi apa kan daya  tangan tak sampai.



Selesai uruskan persiapan suami bertahajjud, seawal jam 1 pagi, ibu isi masa  memasak menyiapkan sahur dan tahajjud. Paginya selepas jam 7.30 ibu terhibur  melayan cucu bernama Amani. 


Tidak sampai setengah jam kemudian  adik  bungsu hantar berita yang amat mengejutkan, abang yang bernama  Mohd Hairudin tuan punya Di Arab Cafe meninggal dunia. Laju air mata mengalir memaklumkan kepada suami. Suami dengan tenang merespon, "dia  dah lama sakit, dah sampai  ajalnya, kita doakan..." 

Ibu akur tidak ada peluang hendak melawat  memandangkan kes Covid-19 tidak berkurang dan jenazah abang juga menjadi mangsa terpaksa  menunggu hingga jam 7 malam baharu keluar keputusannya negatif Covid-19. Memang  sebak, mengenangkan  segala kebaikannya mengundang  rasa rindu sebab memang sudah lama kami tidak bertemu. 

Kami banyak bergurau dan bersembang dalam Wassap group Top-13 . Sempat  almarhum menyusun jadual ziarah adik beradik  sepanjang tahun2021. Ibu pilih bulan Mac dan tak sengaja tertaip tahun 2022. "Mak cik Norli  tersilap taip ni, lama lagi tahun 2022 tu" tegurnya  dalam nada bergurau. 

Menjelang bulan Mac 2015 yang lalu almarhum pernah memujuk ibu "Jangan toleh belakang lagi, move on, mana tahu di sana  nanti kau jadi ustazah".  Berbekas  dalam jiwa  ibu menerima pujukan itu dan harapannya  hampir  menjadi kenyataan setelah  ibu diamanahkan mengendalikan  beberapa  halaqah  di sini. Malah  halaqah merentas negeri secara online menyeberang Kelantan dan Selangor juga  di Bintulu Sarawak. Segalanya berkat  doa insan kesayangan ibu, dari anugerah Allah jua.


Hari Khamis malam Jumaat  juga  ibu tak dapat  tidur, terkesan sangat kehilangan Almarhum abang ini...

Allahu Akbar..., pasti  ibu  rindu teman sepermainan  sejak kecil, selalu jadi mangsa buli ketika  kami membesar  bersama, tapi  beliau sabar dan sangat pemaaf. Tidak membalas kerana  sayangkan adiknya. Malah sanggup tinggalkan 'girl friend' semasa  beliau masih belajar di UPM Sarawak kerana  ibu tak suka. Rasanya  tak berdosa ketika itu sebab bukan isterinya...Wallahu alam

Malam itu ibu berdoa  dengan penuh harap agar semua  insan kesayangan ibu  dikumpulkan  bersama الرَّفِيقَ الأَعْلَى 

Rupa-rupanya semua adik beradik ibu juga merasai kesedihan kehilangan  yang sama terutama  kakak-kakak ibu. Semasa  kecil dahulu  kami selalu menyanyi lagu 10 budak hitam, satu jatuh tangga kini tinggal  sembilan... terngiang-ngiang kemeriahan kami bergurau. Kami benar-benar  merasai nikmat persaudaraan, bagai air, dicincang  tidak akan putus. Justeru itu perlu sama-sama  kita  berdoa agar roh kita sentiasa  bersama roh para rafiqul a'la.

Inilah  mutiara doa junjungan Rasulullah  , insan yang wajib kita cintai di mana  ketika  akhir  hayat  baginda berdoa الرَّفِيقَ الأَعْلَى  maksudnya  teman sejati di langit

Allah SWT  berfirman  tentang orang-orang yang diberi nikmat sejati seperti berikut; 

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا

Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: 

i. Para nabi, 

ii. Para siddiiqiin, 

iii. Para syuhada (mati syahid), dan 

iv. Para solehin (orang-orang soleh) Dan mereka itulah teman yang paling baik. (QS. an-Nisa: 69)

Ar-Rafiq  maksudnya teman. Al-A’la artinya yang paling tinggi, (paling mulia.) 

 Hadis daripada  Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau menceritakan,

سَمِعْتُ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم وَهْوَ مُسْتَنِدٌ إِلَىَّ يَقُولُ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى

Ketika Nabi ﷺ bersandar di pangkuanku, aku dengar sabda baginda;

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, dan kumpulkanlah aku bersama ar-Rafiq al-A’la. (HR. Bukhari 5674 & Muslim 2191).

Satu lagi hadis juga daripada A’isyah radhiyallahu ‘anha, beliau menceritakan,

نَزَلَ بِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِى غُشِىَ عَلَيْهِ سَاعَةً ثُمَّ أَفَاقَ فَأَشْخَصَ بَصَرَهُ إِلَى السَّقْفِ ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى

Ketika Rasulullah ﷺ mendekati ajal, kepala baginda  berada di pehaku, baginda  pengsan seketika. Kemudian baginda sedar kembali, dan menatapkan wajahnya ke atap rumah. Kemudian beliau mengucapkan, ‘Allahumma ar-Rafiq al-A’la.” (HR. Bukhari 6509 & Muslim 6450)

Aisyah radhiyallahu ‘anha menceritakan,

كُنْتُ أَسْمَعُ أَنَّهُ لَنْ يَمُوتَ نَبِيّ حَتَّى يُخَيَّرَ بَيْنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، قَالَتْ : فَسَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فِي مَرَضِهِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ وَأَخَذَتْهُ بُحَّةٌ يَقُولُ : ( مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ) قَالَتْ : فَظَنَنْتُهُ خُيِّرَ حِينَئِذٍ

Dulu aku pernah mendengar hadis, bahawa seorang nabi itu tidak akan mati, sampai dia diminta untuk memilih antara dunia atau akhirat. Hingga ketika Nabi ﷺ sakit menjelang kematiannya, aku mendengar suara bisikannya,

مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا

Bersama para nabi, para siddiqin, para syuhada, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang paling baik.

Kata Aisyah, ‘Akupun sedar bahawa ketika itu beliau sedang diminta untuk memilih.’ (HR. Bukhari 4435 & Muslim 6448).

Ibnu Abdil Bar menjelaskan,

” وأما قوله : ( وألحقني بالرفيق الأعلى ) فمأخوذ عندهم من قول الله عز وجل : ( مع الذين أنعم الله عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا )

Sabda Nabi ﷺ, ‘kumpulkanlah aku bersama ar-Rafiq al-A’la.’ Menurut para ulama diambil dari firman Allah azza wa jalla yang bermaksud; “Bersama para nabi, para siddiqin, para syuhada, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang paling baik.” (al-Istidzkar, 3/85).

Kemudian Ibnu Abdil Bar menyebutkan pendapat lain,

وقيل الرفيق الأعلى ما على فوق السماوات السبع وهي الجنة

Ada juga yang mengatakan, ar-Rafiq al-A’la adalah sesuatu yang ada di atas langit yang tujuh, iaitu syurga. (al-Istidzkar, 3/85).

Merujuk kalimat ar-Rafiq al-A’la, pada prinsipnya kita boleh berdoa untuk mendapatkannya ketika menjelang kematian. Kerana pada hakikatnya, kita memohon kepada Allah agar dikumpulkan bersama orang-orang soleh. 

Zaid bin Aslam menceritakan,

Suatu ketika, Al-Miswar bin Makhramah pingsan, kemudian beliau tersedar, lalu mengatakan,

أَشْهَدُ أَنَّ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَصْلُ اللَّهِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى

Saya bersaksi laa ilaaha illallah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Berhubungan dengan Allah, lebih saya sukai dibandingkan dunia dan selluruh isinya. Abdurrahman bin Auf berada di ar-Rafiq al-A’la. (HR. Ibnu Abi Dunya, Kitab al-Muhtadharin, hlm. 358).

Al-Hafidz Ibnu Hajar menjelaskan,

ومفهومه أنه إذا حَلَّ بِه لا يمنع من تمنيه رضا بلقاء الله ولا من طلبه من الله لذلك وهو كذلك ولهذه النكتة عقب البخاري حديث أبي هريرة بحديث عائشة اللهم اغفر لي وارحمني وألحقني بالرفيق الأعلى إشارة إلى أن النهي مختص بالحالة التي قبل نزول الموت

Pemahaman kebalikan dari hadis ini, bahawa ketika ajal itu sudah dekat, tidak terlarang untuk berangan-angan mati, sebagai bentuk redha untuk bertemu dengan Allah. Juga boleh meminta kepada Allah kematian. Kerana itulah, setelah mencantumkan hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu di atas, Imam al-Bukhari mencantumkan hadis Aisyah tentang permintaan Nabi untuk mendapatkan ar-Rafiq al-A’la, sebagai isyarat bahawa larangan mengharapkan kematian hanya berlaku pada keadaan sebelum datang tanda-tanda kematian. (Fathul Bari, 10/130).

Doa ini bermaksud memohon kepada Allah, jika nanti datang kematian, maka kumpulkan aku bersama ar-Rafiq al-A’la. Sepertimana  Nabi Ibrahim  alaihis salam berdoa,

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.” (QS. as-Syu’ara: 83).

Ibnu Katsir menjelaskan ayat ini,

أي: اجعلني مع الصالحين في الدنيا والآخرة ، كما قال النبي صلى الله عليه وسلم عند الاحتضار: اللهم الرفيق الأعلى

Maksudnya, jadikan aku bersama orang-orang soleh di dunia dan akhirat. Seperti yang dinyatakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelang kematian: ‘Ya Allah, ar-Rafiq al-A’la’. (Tafsir Ibnu Katsir, 6/147).

Jika kita ada impian inginkan الرَّفِيقَ الأَعْلَى hendaknya kita buktikan dengan bersungguh-sungguh dengan mendekatkan diri kepada Allah, melakukan amal soleh, sehingga Allah mudahkan roh kita dapat  berkumpul bersama roh orang-orang soleh. Al-Quran menegaskan, syarat untuk kita dikumpulkan bersama ar-Rafiq al-A’la adalah mentaati Allah dan Rasul-Nya ﷺ  seperti  yang terkandung dalam surah An-Nisa ayat 69.

Penjelasan lanjut, boleh merujuk: https://konsultasisyariah.com/34090-teman-di-langit-ar-rafiq-al-ala.html

Allah izin selepas  tahajjud  hari Khamis  malam Jumaat ibu tertidur menanti Subuh. Ibu bermimpi rumah Tunjung banjir. Puas  cari pam tak jumpa. Ibu guna  tongkat menolak semua sampah  yang berlonggok di lubang  air nak keluar. Selepas  sampah-sampah itu melepasi lubang baharulah banjir surut dan kering secepat kilat.  Lepas tu baharu rasa lega. Ibu  belum cari lagi apa tafsir  di sebalik mimpi ini. Semoga semuanya  baik-baik menuju  الرَّفِيقَ الأَعْلَى 

SubahanaRabbika Rabbil izzati amma yasifun Wassalamun alal mursalin walhamdulillahi Rabbil Alamin
Maha suci Tuhanku, Tuhan Yang  maha Mulia daripada  apa yang mereka sifatkan. Dan kesejahteraan atas  sekelian Rasul-rasul dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir  seluruh alam.

Comments

Popular posts from this blog

Dialog Antara Haq dan Batil

Pilihan Allah Lebih Baik