Posts

Showing posts from February, 2022

Doakan Orang Lain Tanpa Pengetahuannya

Image
  ِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اَلْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعالَمِينَ  Hebatnya Allah, pemilik segala sifat kesempurnaan. Allah terpuji pada seluruh sifat dan seluruh perbuatan-Nya. Allah dipuji dalam segenap keadaan. Syukur Alhamdulillah di atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan kepada kita yang sewajarnya kita sebarkan nikmat terbesar ini kepada mereka yang belum merasainya sekurang-kurangnya melalui doa kita. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiieen, tabiut tabieen, para salafus soleh serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya untuk Allah Rabbul Jallil. Hari ini bertarikh 21 Rejab 1443 Hijrah ( 40 hari lagi Ramadhan)  bersamaan  dengan tarikh y ang agak cantik 22.02.2022. Sudah pasti tarikh ini menjadi rebutan ibu bapa melahirkan anaknya melalui pembedahan dan pasangan kekasih bernikah. Termasuklah salah seorang anak saudara  ibu bernikah pada hari ini di Pu

REJAB: اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَارَمَض...

Image

Waliku

Image
Dengan  Nama Allah RABB Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah,  Tuhan pemilik segala yang ada di langit dan bumi termasuk diri kita dan seluruh nikmat yang kita kecapi sekarang. RABB yang berhak menghidupkan dan mematikan kita bila-bila masa sahaja. Selawat dan salam dirafakkan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT. Hari Jumaat yang penuh barokah, kami dikunjungi oleh ahli keluarga ibu di mana suami ibu amat hormatinya sebagai wali . Mana tidaknya wali , abang ibu inilah yang menikahkan ibu pada 20 Mac 2015 yang lalu. Beliau menjadi tuan rumah meraikan kehadiran keluarga baharu dari Perlis.  Walau hanya seketika namun mengundang senyuman terukir di bibir pesakit  yang dikunjungi. Banyak pesanan-pesanan wali ibu lafazkan ibarat 'marah anak sindir menantu'. Sep

Mohon Allah Sucikan Qalbu

Image
Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang menguasai segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam khusus ditujukan murabbi agung, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya untuk Allah SWT.   Rabu 02.02.2022 bersamaan dengan 1 Rejab 1443 Hijrah, 60 hari lagi kita dikunjungi oleh tetamu agung iaitu Ramadhan al Mubarak.Sama-sama kita perbanyakkan doa berikut:  أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان  “Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami hingga bulan Ramadhan.”    Amat wajar menjelang Ramadhan tahun ini, kita berusaha semaksima mungkin untuk mensucikan qalbu dari sebarang penyakit jiwa yang boleh merosakkan amal. Mujahadah Nafs merupakan jihad sepanjang hayat menundukkan hawa nafsu mengikut segala syariat Allah dan jauhi segala larangan-Nya.  Alhamdulillah sesi Halaqah pertam