Posts

Showing posts from September, 2022

Akar Umbi Kaunseling Rabbani

Image
Alhamdulillah, syukur sangat Allah atur serta permudahkan ibu 'takmil Wal istikmal ' bersama team kak Ngah dalam program 'Gema Fajar ' setiap pagi , Fajar bergema' menghidupkan  aktiviti Taddabur Al Qur'an, sehari satu halaman. Mulai minggu lepas, sempat selitkan 1 perenggan sehari pengisian dari buku 'Raih Kembali Kekuatan Al Qur'anmu (Gurbatul Qur'an) Dalam terhibur dapat berkerjasama dengan warga Gema Fajar,  tiba -tiba teringat buku Kaunseling Rabbani, sebak rasanya kerana masih belum dapat membumikan Kaunseling Rabbani. Selepas taddabur Qur'an dan dipadankan dengan buku Gurbatul Qur'an baharu ibu sedar apa yang Allah aturkan untuk ibu itulah teknik membumikan Kaunseling Rabbani. Akar Umbi Kaunseling Rabbani adalah Taddabur Al Qur'an sebagai teras membina ummah terbaik. Insha'Allah

Santunilah Orang Tuamu

Image
 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT ibu berpeluang menyaksi sendiri  dua orang anak muda menyantuni suami ibu yang kelihatannya semakin uzur fizikalnya. 31 Ogos yang lalu adalah hari terakhir kedua-dua nya berkhidmat sebagai pembantu warden di asrama putera Matri juga hari terakhir menyantuni ayah angkatnya bagaikan ayah sendiri. Pesanan akhir ibu buat mereka berdua, " pengalaman baru ini merupakan pengalaman yang cukup berharga buat antum, tidak ramai anak muda yang sanggup berkorban menyantuni ayah ibu sendiri sepertimana  mulianya Uwais Al Qarni menyantuni ibunya yang telah tua bahkan lumpuh dan buta. Pengalaman baru ini manfaatkanlah untuk beri kesedaran kepada anak muda yang lain, berkorbanlah apa sahaja menyantuni ibu bapa walaupun kalian akan hilang kerjaya" Ibu ceritakan seorang sahabat Rasulullah saw yang ingin ikut berjihad Fi sabilillah. Rasulullah saw tanya " kamu masih ada orang tua" Jawab lelaki itu "ya ada" Jawab Rasulullah saw, "