Santunilah Orang Tuamu

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT ibu berpeluang menyaksi sendiri  dua orang anak muda menyantuni suami ibu yang kelihatannya semakin uzur fizikalnya. 31 Ogos yang lalu adalah hari terakhir kedua-dua nya berkhidmat sebagai pembantu warden di asrama putera Matri juga hari terakhir menyantuni ayah angkatnya bagaikan ayah sendiri.

Pesanan akhir ibu buat mereka berdua, " pengalaman baru ini merupakan pengalaman yang cukup berharga buat antum, tidak ramai anak muda yang sanggup berkorban menyantuni ayah ibu sendiri sepertimana  mulianya Uwais Al Qarni menyantuni ibunya yang telah tua bahkan lumpuh dan buta. Pengalaman baru ini manfaatkanlah untuk beri kesedaran kepada anak muda yang lain, berkorbanlah apa sahaja menyantuni ibu bapa walaupun kalian akan hilang kerjaya"

Ibu ceritakan seorang sahabat Rasulullah saw yang ingin ikut berjihad Fi sabilillah. Rasulullah saw tanya " kamu masih ada orang tua"

Jawab lelaki itu "ya ada"

Jawab Rasulullah saw, "jagalah orangtuamu kerana di sanalah pahala jihadmu"

Subhanallah, besar pahala anak-anak menyantuni orang tuanya seolah-olah turut pergi berjihad. Besarnya harapan ibu agar anak-anak sentiàsa mencari keredhaan Allah melalui keredhaan kedua ibu bapanya.

Pesan ibu lagi, " Ustaz Omar ni semasa sihatnya sentiàsa fokus kepada kerja dakwah dan tarbiyah sebagai kerjaya utamanya. Sampai sambung belajar peringkat ijazah, Allah izin dapat 1st class, harap kalian juga akan berusaha semaksimanya dengan lebih baik" 

Kedua-dua anak muda itu faham maksud ibu sebab berapa hari sebelum itu ibu pernah bertanya keputusan peperiksaannya di IPT masing-masing. Mungkin sama seperti anak muda lain, kurang fokus resultnya kurang terserlah.

Ibu ceritakan kisah ini dengan penuh harapan agar di hari tua ibu Allah aturkan anak ibu dapat ganjaran jihad fisabilillah. Mata ibu semakin kabur memerlukan ibu tukar cermin mata. Ikut power agak tinggi, Dan cerminnya tebal jika nak harga yang murah. Sekali sekala beri peluang anak sponsor sebagai latihan menyantuni keperluan orang tua, sumbangkanlah yang terbaik. 



Sepetang Jumaat penuh barokah dengan kunjungan tetamu soleh dan solehah 

Kisah di bawah ini sungguh memberi pengajaran


ALLAH BAYAR SECARA TUNAI


Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..


Satu hari saya pergi ke sebuah *Rumah Orang Tua-Tua*. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.


Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.


Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.


"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."


Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.


Orang tua tu kata..


"Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."


Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..


"Makcik..'


Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..


"Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.."


Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..


"Mak.. Maafkan saya mak ye.."


Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.


Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?


Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, _Subhana Allah_.. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.


Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..


"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."


Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia *ada anak 5 orang*. Anak dia yang sulung bergelar *Tan Sri*, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.


Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.


Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi *Imam* dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..


"Mak.. Maafkan saya mak yeee.."


Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.


Duduk *hari ketiga* di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.


Saya kata..


"Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"


Dia kata..


"Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye.."_


SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya *"Ustaz"*. Saya kata..


"Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak.."


Dia kata..


"Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi *imam* saya, kalau anak saya dia *tak akan suap* saya makan.."


Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..


"Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..".


Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu *hati dia rindu sangat dekat anak dia*, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..


_"Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini.."_.


Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia,

saya tanya..


_"Kenapa mak?"_


Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.


Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..


_"Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan.."_.


Saya pegang dia saya kata..


_"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak.."_.


Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..


_"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak.."_


Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.


Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan *Makcik Hajjah khalijah* ini rohnya mudah-mudahan bersama _Salafusoleh_.


Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah *taat* pada mak, *jangan derhaka* pada mak kita, *jangan tinggal dia* di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita *jaga* dia, *picit kepala* mak kita..


Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..


_"Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?"_.


Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat *suapkanlah makanan* pada mak kita..


Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..


Apa anaknya kata pada saya..


_"I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you *bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua*"_..


3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu *tak boleh beza saya dan anaknya*..


Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di *Masjid di Gombak*, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.


Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..


_"Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?"_.


Dia berkata dalam keadaan menangis..


_"Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?"_..


Saya kata..


_"Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?"_..


Dia kata..


_"Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar *Tan Sri* yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni *papa kedana* ustaz, *isteri saya mati* kemalangan, *rumah banglo* saya bank dah tarik, *kereta mewah* saya *semua bank dah tarik*, tinggal satu ja, kereta kancil.."_.

Saya berkata..


_"Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan *satu syarat*, kamu *jangan pegang batu nisan* mak kamu.."_.


Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, *saya tengok depan mata saya sendiri* dia _*jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah*_ yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..


_"Ibu.. Ibuuu... Ibuuuu.."_.


Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya _*belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir*_ berhampiran kubur ibunya.. 


_Allahuakbarrrrrrrrrrrrr..._


Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi *balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah*.


Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah *iktibar* dari kisah di atas.


_"Dan apabila *mata ibumu sudah tertutup* maka *hilanglah satu keberkatan di sisi Allah*, iaitu doa seorang ibu'






Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil