Akar Umbi Kaunseling Rabbani

Alhamdulillah, syukur sangat Allah atur serta permudahkan ibu 'takmil Wal istikmal ' bersama team kak Ngah dalam program 'Gema Fajar ' setiap pagi , Fajar bergema' menghidupkan  aktiviti Taddabur Al Qur'an, sehari satu halaman. Mulai minggu lepas, sempat selitkan 1 perenggan sehari pengisian dari buku 'Raih Kembali Kekuatan Al Qur'anmu (Gurbatul Qur'an)

Dalam terhibur dapat berkerjasama dengan warga Gema Fajar,  tiba -tiba teringat buku Kaunseling Rabbani, sebak rasanya kerana masih belum dapat membumikan Kaunseling Rabbani. Selepas taddabur Qur'an dan dipadankan dengan buku Gurbatul Qur'an baharu ibu sedar apa yang Allah aturkan untuk ibu itulah teknik membumikan Kaunseling Rabbani. Akar Umbi Kaunseling Rabbani adalah Taddabur Al Qur'an sebagai teras membina ummah terbaik. Insha'Allah


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil