Posts

Showing posts from October, 2022

HAKIKAT SYUKUR YANG SEBENARNYA...

Image
Dengan Nama Allah RABB Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, puji-pujian hanya milik Allah,  Rabb yang memiliki dan mengurus dengan sempurna sekelian alam ini. Dalam taddabur surah Al An'am banyak mengetuk pintu hati agar sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan, tanda betapa cinta-Nya kepada semua hamba-Nya. Tetapi bagaimanakah respon kita terhadap cinta-Nya yang tidak berbelah bagi hanya dengan 1 rahmat-Nya di dunia yang fana ini? 99 Rahmat-Nya menanti di syurga bagi mereka yang bertaqwa. Allahuma hassibni hisaban yasirra... Ya Allah hisablah  aku dengan hisab yang  mudah... Selawat dan salam kita tujukan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak- ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-Nya sampailah hari kiamat. Semoga Allah pilih kita dan anak cucu kita semua dari generasi ke generasi munyambhng mata rantai tarbiya

Ada Gangguan?

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah, Rabb Yang Mengetahui Segala yang Ghaib. Hanya kepada-Nya sahaja ibu bergantung segala harapan dan Allah sahaja sebaik-baik Pengurus yang menyelesaikan segala masalah yang merumitkan. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa  yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT.   Benarlah pengalaman amat penting dalam mengenal pasti hujung pangkal segala permasalahan di samping doa yang tidak putus mengharapkan pertolongan Allah. Syukur Alhamdulillah, kami saling takmil Wal istikmal dalam menelusuri satu persatu punca permasalahan 'sepi' yang tak pernah ibu ceritakan kepada sesiapapun sebelum ini, hanya harapkan Allah selesaikan satu persatu. Pertolongan Allah amat dekat melalui ziarah orang jauh. Benarlah tetam

Masha Allah, La haulawala quwatta Illa Billah

Image
 Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah Allah berikan kesempatan menaip lagi setelah sekian lama tertangguh dan tergendala kerana ada urusan yang aula atau lebih utama yang perlu didahulukan.  Masha Allah, la haulawala quwwata illa Billah,  Segala kesibukan yang Allah hantar kepada ibu merupakan proses merawat diri  dan sedikit sebanyak membantu merawat keuzuran suami. Alhamdulillah kesan ziarah saudara mara dan sahabat handai yang tidak putus dari jauh dan dekat merupakan salah satu proses terapi meransang diri rasa bahagia menyantuni tetamu dan Alhamdulillah kelihatannya kini suami beransur pulih walaupun belum sihat seperti dahulu. Makan minum semakin berselera. Seorang sahibah Doktor dari Johor menelefon menceritakan pengalaman ibu mertuanya yang sakit masuk ICU, tiba-tiba sihat seperti biasa seminggu dua, tidak kemudian masuk ICU semula dan akhirnya meninggal dunia. Beliau berpesan agar jangan tinggalkan ustaz bersendirian. Alhamdulillah, hingga hari ini Allah beri kekuatan menemanin