HAKIKAT SYUKUR YANG SEBENARNYA...

Dengan Nama Allah

RABB Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, puji-pujian hanya milik Allah, 

Rabb yang memiliki dan mengurus dengan sempurna sekelian alam ini. Dalam taddabur surah Al An'am banyak mengetuk pintu hati agar sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan, tanda betapa cinta-Nya kepada semua hamba-Nya. Tetapi bagaimanakah respon kita terhadap cinta-Nya yang tidak berbelah bagi hanya dengan 1 rahmat-Nya di dunia yang fana ini? 99 Rahmat-Nya menanti di syurga bagi mereka yang bertaqwa. Allahuma hassibni hisaban yasirra... Ya Allah hisablah  aku dengan hisab yang  mudah...

Selawat dan salam kita tujukan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak- ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-Nya sampailah hari kiamat. Semoga Allah pilih kita dan anak cucu kita semua dari generasi ke generasi munyambhng mata rantai tarbiyah madrasah Rasulullah Sallahu alaihi wassalam.

 Program taddabur  hari ke 142 memberi kejutan kepada warga Gema Fajar kerana ibu telah mengumumkan untuk bercuti selama sebulan. " I love You but I cannot tell you" . NOTIS  dari pihak qiyadah pusat walaupun melalui salah seorang sahibah dari Johor menegur, agar ibu segera mengambil langkah keselamatan dengan menghentikan sementara segala program online. Program ini bagaikan nyawa zikrullah ibu mengkaji pelbagai buku tafsir untuk merasakan kemanisan hasil perkongsian taddabur. Persiapan dari hati akan sampai ke hati. Insha Allah. 

Allah izin memang banyak hikmahnya keluar notis tersebut, merupakan jawapan yang ibu nantikan agar team Gema Fajar akan dapat pengganti atau 'bidan terjun' pentaddabur lain yang lebih layak terdiri daripada ustazah bertauliah dalam masyarakat, khususnya Kak Ngah sendiri, bekas guru besar sekolah agama Johor dan dihormati dalam masyarakat setempat. Ada 3-4 orang asatizah  dalam grouo Gema Fajar yang boleh teruskan walaupun ibu tidak bersama selama sebulan. 

Sebulan sebelum ibu umumkan bercuti, ibu sudah maklumkan kepada penganjur  agar ada pentaddabur lain yang akan ambil alih tugas ibu jika ditakdirkan berlaku sebarang  kecemasan. Apapun yang berlaku, Insha Allah program Gema Fajar akan tetap diteruskan walaupun tanpa ibu bersama mereka. Sepertimana Kak Ngah, ibu juga sayang sangat program Gema Fajar ini di mana  telah mendidik  kami semua memanfaatkan setiap detik masa memikirkan bagaimana hendak menyebar luaskan intipati Al Quran  kepada masyarakat? Salah satu caranya ialah perlu ada barisan pelapis yang bersedia meneruskan terdiri  dari generasi muda. 

Alhamdulillah, kak Ngah setuju untuk gantikan tempat ibu sebagai pentaddabur dan dibantu oleh adik bungsu kami, Nor Hairiah. Mudah-mudahan  3 orang anak daranya juga para asatizah akan turut membantu jika kami semua telah kembali ke Rahmatullah. 

Apapun ujian menanti di hadapan sifat syukur sentiasa menghiasi diri agar Allah tambah nikmat-Nya di dunia dan akhirat.  Ibn Qaiyyim Al Jauzi menyatakan bahawa kesyukuran termasuk tempat persinggahan yang paling tinggi daripada redha. Redha merupakan satu peringkat dalam syukur, sebab mustahil ada kesyukuran tanpa adanya redha. Allah memerintahkan kesyukuran dan melarang mengkufurinya. Memuji pelaku yang bersyukur, menyifatkannya sebagai makhluk-Nya yang istimewa dan menjanjikan kepadanya pahala yang baik.

Allah menjadikan kesyukuran untuk mendapatkan tambahan kurniaan-Nya, memelihara dan menjaga nikmat-Nya. Orang yang bersyukur adalah orang-orang yang dapat mengambil manfaat dan pelajaran daripada ayat-ayat-Nya. Mengambil salah satu daripada Asma'- Nya kerana Allah SWT adalah Asy Syakur yang bererti menghantarkan orang-orang yang bersyukur kepada Zat yang disyukurinya. Namun orang-orang yang bersyukur di antara hamba-hamba-Nya amat  sedikit. 

Firman Allah dalam surah An Nahl:78

وَاللّٰهُ اَخْرَجَكُمْ مِّنْۢ بُطُوْنِ اُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ شَيْـًٔاۙ وَّجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَالْاَفْـِٕدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ
Terjemahan
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur.
Tafsir Ringkas Kemenag RI
Allah Mahakuasa dan Maha Mengetahui; tidak ada yang luput dari pengetahuan-Nya. dan di antara bukti kekuasaan dan pengetahuan Allah adalah bahawa Dia telah mengeluarkan kamu, wahai manusia, dari perut ibumu. Kamu sebelumnya tidak ada, kemudian terjadilah suatu proses yang mewujudkanmu dalam bentuk janin yang hidup dalam kandungan ibu dalam waktu yang ditentukan-Nya. Ketika masanya telah tiba, Allah lalu mengeluarkanmu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, baik tentang dirimu sendiri mahupun tentang dunia di sekelilingmu. Dan Dia memberimu pendengaran agar dapat mendengar bunyi, penglihatan agar dapat melihat objek, dan hati nurani agar dapat merasa dan memahami. Demikianlah, Allah menganugerahkan itu semua kepadamu agar kamu bersyukur.
Dalam surah Saba'  ayat 13 Allah berfirman
وَقَلِيْلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُوْرُ
Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.

Menurut Ibn Qaiyyim lagi, bahawa kesyukuran diasaskan dengan 5 sendi
1. Tunduk kepada Yan disyukuri
2. Mencintai-Nya
3. Mengakui nikmat-Nya
4. Memuji Allah yang memberi nikmat
5. Tidak menggunskan nikmat itu untuk sesuatu yang dimurkai

Hilang salah satu sendi bermakna tidak sempurnalah kesyukuran itu. 
Matematiknya 5-1=0
Alhamdulillah syukur anak ibu balik berkampung dua malam di Tunjung. Terubat rindu, sudah lama tidak dapat bermusafir. Semoga Allah permudahkan  keadaan suami bertambah pulih, dapatlah ibu bermusafir suatu hari nanti. 



















Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil