Posts

Showing posts from July, 2018

Wariskan Kegembiraan Buat Anak Cucu

Image
Cadangan  untuk mengikuti kursus kaunseling  di Nilai Seremban dan adakan bengkel untuk pendidik Taska dan Tadika  Subur Fitrah  di Tangkak terpaksa ditangguhkan demi meraikan anak menantu ibu akan berlepas menunaikan  Haji pada 2 Ogos, tidak lama lagi. Cadangan untuk mendapatkan pengasuh dari Indonesia tergendala di Jakarta  lantaran umur bibik itu sudah 48 tahun dianggap sudah tua oleh pihak imigresen. Bibik yang diharapkan tidak dapat datang, maka sebulat suara kami kembali ke plan A.  Menunggu ketibaan cucu-cucu dari Johor, meransang  ibu buat persiapan melontarkan idea  bahan-bahan tarbiyah pelbagai rupa dan kongsikan dengan pelaksananya  yang berada di Taska Ummu  Salamah. Tema bulan Ogos  adalah Al Hafiizh.Alhamdulillah dalam bengkel, tidak sangka sungguh, para  pengasuh sangat  suka ibu ajak  mereka bermain permainan tradisi Musang  dengan  Ibu Ayam, demi memahamkan  konsep Allah  Al-Hafiizh. Ibu ayam sangat menjaga anak-anaknya. Allah Maha  Menjaga kita  zahir dan bati

Bagaimana Hendak Redha? (2)

Image
Jika hendak redha maka  berlapang dadalah. Bagaimana cara hendak  berlapang dada?  Proses jiwa  kita agar  tidak sekali-kali berani  berprasangka buruk kepada Allah SWT. Pada hari Khamis 19 Julai, ibu terpaksa menunda waktu halaqah kerana  diamanahkan beri ceramah untuk kaum ibu di sebuah perkampungan.  Jika tidak silap ini merupakan kali ketiga ibu menjadi 'bidan terjun' di tempat yang sama menggantikan salah seorang ustazah Matri yang menerima banyak jemputan di masjid-masjid sejak mendapat tauliah dari Majlis Agama Perlis. Perkampungan  di pedalaman itu menjadi satu kenangan manis  buat ibu. Kali ketiga mengunjungi mereka, Allah izin dapat faham keperluan mereka. Hendak masuk kampung itu perlu  melalui kawasan bendang, ghayat rasanya  jika bertembung dua kereta di  jalan yang sekecil itu, mujurlah ada yang hantar dan menemani ketika pulang. Selesai sahaja memberi pengisian  tentang  'Hakikat Sabar' puan rumah mengemukakan pandangan, "Bukan senang hendak

Pengajian Islam: Tawadhu' Sejati - Ustadz Muhammad Nuzul Dzikri, Lc.

Image

Menusuk Qalbu

Image
Alhamdulillah, respon dari pendidik Tadika dan Taska Korahmah amat positif setelah mendengar tazkirah ringkas  tentang  pentingnya  'Proses Tarbiyah' untuk melahirkan anak-anak soleh  atau solehah. Ramai ibu bapa dan guru kecewa kerana gagal melahirkan produk anak soleh, sedangkan dirinya sendiri  tidak pernah melalui pengalaman menjalani proses tarbiyah. Anak soleh atau solehah adalah hasil  atau produk (natijah) dari proses tarbiyah... Ibu  tidak mahu SS (syok sendiri) dan beri peluang kepada pendengar  merespon samada negatif atau positif apa yang ibu sampaikan pada pagi Sabtu, 14 Julai 2018. Proses Muhasabah, yang buruk jadikan sempadan manakala yang baik dijadikan tauladan. Respon pertama : Pengisian ini  mudah, simple dan dah lama kita tak dengar. Dulu pernah dengar                               tetapi  kita lupa kerana  'stress'.... Respon kedua    : Baru hari ini saya tahu di sebalik kerjaya sebagai guru tadika ini ada proses                         

SUCIkan QALBUku....

Image
"Ya Allah sucikanlah hati ini yang selalu melakukan dosa pada-Mu Ya  Allah ampunilah dosa ini, sesungguhnya  Kau Maha mengampuni kami..." Berkenan sungguh hati ibu  mendengar  senikata dan lirik lagu  yang diulang-ulang oleh cucu ibu bernama Maher ketika bermain di rumah Tunjung Perlis pada malam  2 Syawal lalu. "betul ke senikata  lagu tu...sedap pulak ibu dengarnya..." Ibu dapatkan kepastian dari kedua ibu bapanya. "betul ibu, Maher selalu dengar masa Aciknya buka laptop..." Menantu ibu menjelaskannya Masya Allah, terima kasih  ya Allah, cucuku menjadi  sumber inspirasi.. Lekatkanlah senikata  lagu ini menjadi doa sepanjang  hayat di hati Maher, Mishary, ummi dan abinya..." terdetik  di hati ibu. Allah izin berkat doa tulus itu, Allah lekatkan senikata lagu itu  di hati ibu juga. Setiap kali  bangun tidur dan sebelum tidur sentiasa terngiang-ngiang  di hati ini, melodi indah menjadi doa sepanjang hayat. Insya Allah... Lebih berkat