SUCIkan QALBUku....

"Ya Allah sucikanlah hati ini yang selalu melakukan dosa pada-Mu
Ya  Allah ampunilah dosa ini, sesungguhnya  Kau Maha mengampuni kami..."
Berkenan sungguh hati ibu  mendengar  senikata dan lirik lagu  yang diulang-ulang oleh cucu ibu bernama Maher ketika bermain di rumah Tunjung Perlis pada malam  2 Syawal lalu.
"betul ke senikata  lagu tu...sedap pulak ibu dengarnya..." Ibu dapatkan kepastian dari kedua ibu bapanya.
"betul ibu, Maher selalu dengar masa Aciknya buka laptop..." Menantu ibu menjelaskannya
Masya Allah, terima kasih  ya Allah, cucuku menjadi  sumber inspirasi..
Lekatkanlah senikata  lagu ini menjadi doa sepanjang  hayat di hati Maher, Mishary, ummi dan abinya..." terdetik  di hati ibu. Allah izin berkat doa tulus itu, Allah lekatkan senikata lagu itu  di hati ibu juga. Setiap kali  bangun tidur dan sebelum tidur sentiasa terngiang-ngiang  di hati ini, melodi indah menjadi doa sepanjang hayat. Insya Allah...

Lebih berkat turut mengulang-ulang doa berikut;
"Ya  Allah berikanlah ketaqwaan kepada jiwa kami.
sucikanlah jiwa kami...
Kerana Engkaulah sebaik-baik yang menyucikan jiwa.
Engkaulah yang menguasai dan melindungi jiwa"

"Ya  Allah jadikanlah aku antara orang yang bertaubat
dan jadikanlah aku orang yang suci  di sisi-MU"

Minggu  ini merupakan minggu paling bahagia bagi ibu kerana  Haluan Perlis mengadakan  Hari keluarga melibatkan semua  Matri, Sraati dan IPTIP. Cucu-cucu puteri ibu mulai seronok ikut  ber'jogging' di Tasik Melati dan gotong royong pada  hari keluarga. Di antaranya  baru berusia 6 tahun  tetapi 'matured' (matang) berbicara  seperti orang dewasa. Rajin menolong dan bercerita kisah-kisah  yang didengarnya dari guru Tadika. Putera-putera kembar (3 putera adik) dari Bintulu juga sering berkunjung  di rumah, tumpang  cuci baju. Alhamdulillah  ibu tidak kesunyian, sentiasa dikunjungi oleh putera puteri syurga. Paling seronok  ketiga-tiganya berusaha  untuk puasa 6 dengan jayanya.

Dalam bahagia, ibu agak terkilan kerana belum berjaya membantu salah seorang klien kaunseling (remaja 13 tahun) yang sudah 7 bulan  tak mahu pergi ke sekoah kesan trauma yang dialami sejak  awal tahun. Simptom pendaman 'sampah-sampah emosi' yang terpendam sejak  kecil ( kesan ayah ibunya bergaduh). Di sinilah  ujian kesabaran. Ibu dapat  belajar untuk terus bersabar  membimbing dan memproses, natijah serahkan kepada Allah... Mungkin lebih setahun atau selamanya, wallahu alam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui bila remaja itu akan sembuh.  Mohon doa semua, mungkin perlukan  kerendahan hati  ayah dan ibunya untuk bertaubat dan terus bertaubat menundukkan ego masing-masing...

Semalam pengurus  sebuah Tadika  di Kangar minta  pandangan ibu tentang sikap seorang murid tadika  yang 'panas baran' wal hal umurnya  baru 4 tahun. Menjaganya seperti mengasuh 15-20orang  anak. Keluh guru-gurunya. Punca utamanya dari  ibu bapa, kanak-kanak lelaki itu memendam perasaan yang tidak sihat ketika di rumah dan mengamuk  di sekolah.   Ketika ini  akal kita  'jemp' amat perlu rujuk  kepada Allah cara menagni kes-kes seperti ini, lebih-lebih lagi ibu bapanya  tidak mengaku anaknya  bermasalah. Sebaliknya melabel  guru-guru yang bermasalah. Allahu Akbar, bantulah kami Ya Allah.


Senikata lagu  'Sucikan Hati' sentiasa  memujuk  jiwa agar sentiasa online dengan Rabb... Semoga Allah kurniakan  ilham terus membantu orang lain. Kasihan melihat  anak-anak menjadi mangsa kejahilan  ibu bapa...Allah

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil