Posts

Showing posts from 2021

Muhasabah Diri

Image
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA MILIK ALLAH Allah Yang Maha Mendengar  setiap  bisikan di qalbu para hamba-Nya Selawat dan salam buat Rasul junjungan dan kaum  keluarga baginda. Alhamdulillah, tahun 2021 sudah melabuhkan  tirainya. Banyak kenangan sedih yang menginsafkan di mana ramai sahabat dan sahibah telah mendahului kami kembali ke Rahmatullah. Insha Allah giliran kami pasti akan menyusul, hanya Allah yang Maha Mengetahui  waktu yang paling tepat. Borang Mutabaah amal yang  sudah  diisi sangat mengetuk  qalbu ini, banyak lagi rutin amal soleh yang perlu ibu perbaiki demi khidmat terhadap Deen-Nya, Namun ibu akur tidak dapat membantu  banyak aktiviti amal melainkan jika dibuat secara online. Tenaga ibu sepenuhnya amat diperlukan untuk menyantuni keuzuran suami dan semua sudah faham keadaan dan perkembangannya. Ibu perlu stabilkan  kesihatan fizikal dan emosi berpaksikan kepada roh yang sentiasa  rindu ingin mengenal dan mencintai Allah. Roh yang ingin sentiasa rindu ingin bersama rombonga

Lapar Perhatian Allah Bukan Perhatian Manusia

Image
 Ahad, pagi 19 Disember tiba-tiba cucu ibu bernama Musthofa Mishary mengingatkan:  "Tok ibu tahu tak hari ini birthday Abang Ayi".  Ibu sempat doakan Allahumma faqeehu Fideen...semoga Abang Ayi dimuliakan Allah seperti  Abdullah Ibn Abbas ra  berkat doa hebat dari Rasulullah sallalahu alaihi wassalam ketika  beliau masih kecil lagi. Musthofa Mishary  kini 9 tahun Alhamdulillah  hadiahnya istimewa buku hafazan, ibu beli melalui Lazada sudah sampai dulu sempena cucu-cucu menulis karangan seerah tentang Usamah bin Zaid. Usamah terkenal sebagai panglima termuda memimpin  tentera Islam ketika usianya 17 tahun.  Mishary dan Maher menulis karangan selepas ibu ceritakan siapa Usamah bin Zaid dan kenapa beliau menjadi insan kesayangan Rasulullah. Beliau adalah anak dua insan kesayangan Rasulullah, iaitu  Ummu Aiman dan Zaid bin Haritsah. Tercetus idea kisah itu selepas ibu ulang kaji membaca seerah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam.  Ibu doakan agar cucu-cucu ibu sentiasa lapar

Rindumu Akan Terubat Jua...Insha Allah

Image
Dengan nama Allah Rabb Yang Maha Pengasih  Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah yang Maha Mengaturkan Yang Terbaik untuk kita semua agar menjadi pengabdi yang taat dan khalifah-Nya di bumi. Semoga Allah ampuni segala kelemahan dan ketidakmampuan kita melaksanakan amanah ini sebaik Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat awal. 'Asabiqqun al awwalun'. Namun inilah satu-satunya qudwah ikutan kita yang sebenarnya. Selawat dan salam ditujukan khusus buat baginda, ahli keluarga,  para sahabat, para tabiin, para salafus soleh , ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT sampai hari Kiamat. Insha Allah , semoga Allah pilih kita semua akan bersama kafilah@rombongan roh para anbia, siddiqin, syuhada dan para solehin. Aamin ya Rabbal Alamin Semalam, Khamis 16 Disember 2021, tidak terbendung air mata rindukan kota Nabi SAW, Madinah Al Munawarah. Keberangkatan anak ibu dan 28 jemaah termasuk abang ibu dengan

Pahit Manis Tarikh 12.12.21

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alamdulillahi Robbil Alamin Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan dan kaum keluarga baginda Syukur ke hadrat Allah Rabbul Jalil kini adalah hari ke-9 kami mendiami rumah anak di Melaka sebelum ke Tangkak dan Insha Allah akan kembali ke Perlis sebelum 20 Disember. Ibarat hari raya meriahnya suasana  diziarahi dan ibu amat berbesar hati dapat kerjasama ikhlas dan padu daripada anak menantu dan cucu-cucu menyambut tetamu seadanya. Walaupun dalam keadaan batuk dan selsema, masih gagah-gagahkan diri menyantuni tetamu. Buat test covid-19, Alhamdulillah nrgatif. Insha Allah semoga sentiasa di dalam peliharaan dan perlindungan Allah di samping menjaga SOP.  Meriahnya kami di sini kerana tetamu membawa rezeki menyuburkan iman dan ukhuwwah serta mahabbah di samping membawa buah tangan termasuk ikan fresh, kuih muih, pisang tanduk, pisang nipah, pelbagai jenis kerepek, lontong bahkan ada yang bawa nasi Baryani dan Nasi Arab untuk

Country Villas Resort Melaka

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-Pujian hanya Milik Allah yang Maha berkuasa lagi Maha Perkasa Allah Al Jabbar Yang berkuasa menundukkan segala kedegilan dan keangkuhan insan bernama manusia. Syukur Alhamdulillah, Allah aturkan musafir kami amat mudah diiringi awan mendung dan cuaca yang amat indah sekali. Dua tahun terperap di rumah gara-gara PKP kerana Covid-19 yang belum berpenghujung lagi tidak menghalang impian ibu ingin bercuti bersama keluarga di Melaka. Diam seribu bahasa sangat banyak membantu ibu menjayakan impian ini dengan pertolongan dari Allah jua. Ibu tidak peduli dengan apapun àncaman atau halangan yang cuba menggaggàlkan  musafir kami di saat àkhir.Kalau Allah takdirkan kami akan bermusafir, InshaAllah pemusafiran kami pasti Allah yang jayakan dan lindungi kami dari sebarang fitnah. Alhamdulillah, rumah yang amat mesra untuk warga emas seperti kami menyebabkan ibu jatuh cinta dengan ketenangan di sini, lebih-lebih lagi pokok-pokok bu

Mental Illness

Image
Minggu ni ibu berkabung. Sedih amat sedih mendapat berita  seorang lagi anak muda kami  meninggal dunia di usia 31 tahun. Ayahnya Pak Id adalah  sahabat karib suami dan menggunting rambut setiap kali diperlukan. Sedih, ujian  sungguh untuknya, isteri tidak sihat, anak lelaki bungsu OKU. Semoga Allah anugerahkan kesabaran tanpa batas untuk mereka sekeluarga. Ibu  bayangkan jika ibu duduk di tempatnya, pasti air mata tidak kering memohon pertolongan Allah dalam setiap urusan.  Dua hari ini  sentiasa sebak rasa hati, asyik tergenang air mata merindui macam-macam.Rindu nak balik kampung pun ya juga. Melihat saudara mara dan sahabat taulan buat umrah, rasa rindu semakin mencengkam.  Adakah ibu  mangsa 'mental illness'? Ibu pujuk hati mendengar macam-macam jenis selawat dan  nasyid tentang Rasulullah mutakhir ini buka apa ceramah sekalipun, cerita kisah Rasulullah menjentik hati ibu.  Alangkah baiknya sejak dahulu lagi ibu mencintai Rasulullah, nikmat amat kemanisan jika cinta itu mu

Hakikatnya Kita Faqir

Image
 اِنِّىۡ لِمَاۤ اَنۡزَلۡتَ اِلَىَّ مِنۡ خَيۡرٍ فَقِيۡرٌ "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Rabb yang Maha Teliti Mengaturkan segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung, junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas menyerahkan diri hanya kepada Allah.  Ahad, 14 November ibu berpeluang dapat bersemuka dengan veteran- veteran dalam halaqah merancang aktiviti bersama masyarakat. Kami buat pot luck, ada  yang bawa mee hoon Singapura,  kuih muih dan macam-macam. Bersemuka  jaga SOP.  Ibu kemukakan isu semasa merujuk kes kaunseling keluarga terkini. Dua minggu lalu  seorang ibu menelefon mengadu masalah anak gadisnya ( ahli halaqah ibu) sudah mula menyimpang dan kemaruk dengan 'game' hingga tidak tidur malam.  Ibu akur dah lama tak buat halaqah, mungkin mereka mula tawar hat

Perbaharuilah Iman Kamu

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Segala puji bagi Allahyang masih memanjangkan umur kita untuk terus bertaubat  membetulkan  niat beribadah hanya untuk-Nya. Selawat dan salam sama-samakita tujukan kepada  junjungan Rasulullah Sallallahu alahi wassalam.  Cuti sempena Deepavali pembantu rumah kami ambil cuti agak lama kerana  menziarahi keluarga uzur di Segamat, Johor.  Memang ibu sudah biasa ada pembantu rumah sejak sebelum berhijrah lagi,lebih-lebih lagi apabila ramai hero menghuni rumah ibu di Batu Pahat Johor ( Tahun 1994-2013). Fokus ibu dengan tugas utama  tidak terganggu kerana  pembantu rumah boleh bantu  urus dan bereskan kerja-kerja mengemas, mencuci, melipat  dan mengosok pakaian, siram pokok, buang sampah  dan sebagainya. Hari Sabtu, ,6 November  agak kalut juga ibu nak urus  macam-macam  hingga tak sedar jari telunjuk kiri tergunting. Allahu Akbar, laju darah memancut keluar bagai nak pitam takut tengoknya.  Cepat-cepat ibu balut dengan bandage tebal

Jom Bersiap-siap Kita Balik Kampung

Image
Di mana-mana sejak boleh merentas negeri, di sana sini  sedang kemaruk orang ramai balik kampung lebih-lebih lagi bercuti panjang sempena Deepavali. Sejak suami mula kurang upaya mengurus diri, ibu beralah dan tidak pernah menaruh harapan untuk balik kampung lagi. Hati ini lebih cenderung untuk  buat persiapan rapi untuk balik  ke kampung abadi. Malam tadi, sebelum tidur tiba-tiba  suami berpesan "doalah Allah permudahkan kita boleh pi Johor cuti sekolah nanti" Mungkin  suami juga rindu hendak bercuti di tempat lain. Rasa berbunga  di hati namun ibu tidak berharap  sangat kerana bimbangkan diri  ibu sendiri  tidak larat tanpa  bantuan  anak muda ketika travel. Pilihan yang ada, anak ibu di Melaka  turun Perlis  bawa kami  bersama bercuti di Melaka dan Johor. Insha Allah semoga  Allah permudahkan.  kemanisan  berusrah  dapat makanan roh Sementara itu ibu hibur hati ajak ahli halaqah sama-sama buat persiapan balik ke kampung akhirat. Buat kali pertama setelah lebih 10 bul

Sayang, aku akan memuliakanmu

Image

Muliakan Ayahmu

Image
 Rabu, 27 Oktober di bumi Perlis hujan mungkin menangisi pemergian sepupu suami bernama Ustaz Dr Mohd Arshad ke Rahmatullah setelah lebih seminggu berjuang melawan Covid-19 dan tidak cukup Oksigen tambahan pula menghidap kencing manis, Teman sepermainan memiliki atok yang sama di Kg Petal, Perlis (ibu kepada almarhum bernama Hjh Aishah adalah adik perempuan  Tok Guru Hj Salleh). Mereka sama-sama belajar sejak sekolah rendah hingga ambil bidang Deeniyah di Kolej Islam Kelang pada tahun 1960an. Ketika suami di Wad hospital, Almarhum di antara yang paling  awal dan kerap datang melawat. Beliau lebih kerap menziarahi  berbanding suami  yang zahirnya kelihatan uzur. Selasa semalam suami tanya perkembangan berita kesihatan sepupunya. Ibu jawab nanti kita call anaknya. Belum sempat kami call, anak sulungnya  sudah maklumkan ayahnya sudah meninggal dunia jam 10.50 malam tadi. Bunyi wassapnya "Assalamualaikum Pak Su Ayahanda Mohd Arshad Hj Taib tlh kembali ke rahmatullah sekitar jam 10.50

Suburkan Sabarmu

Image
Dengan nama Allah Rabb yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi kita peluang hidup untuk meningkatkan kualiti ubudiyyah kita hanya untuk Allah SWT. Selawat dan salam kita tujukan junjungan Rasulullah SAW, kaum keluarga dan semua jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya untuk Allah demi pengorbanan mereka  memenangkan Deen Allah di muka bumi ini. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang membahagiakan kita menanti giliran menemui-MU di kampung akhirat.Suburkan cintaku kepada-Mu dan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam serta jihadku untuk Islam hingga akhir hayatku "  Meriah rasanya dapat bersama anak cucu yang pulang ke kampung menyebabkan ibu teringat dan sangat rindukan  meriahnya susana keluarga  ibu di Tangkak dan Shah Alam. Jauh ibu merantau memang tidak sama dengan manisnya kenangan bersama keluarga kandung sendiri. Seringkali apabila bertemu, diprogramkan ada pengisian roh selepas sol

Berilah dia Harapan

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, hari Ahad lalu Allah kurniakan sedikit kelapangan untuk menaip. Tiba-tiba dapat panggilan mengejut memaklumkan ingin sangat hendak berjumpa kerana terlalu stress. Suami sedang menunggu fisioterapi sampai. Ibu bawa ibu muda tersebut yang ibu kenal berjiwa kental ke bilik kaunseling lama sebelah dalam. Luahan lahar diiringi tangisannya mengundang rasa sebak di hati. Begitulah perasaan ibu ketika tahun 2009 hingga 2012 yang lalu. Rasa kecewa mengundang 1001 perasaan negatif yang  ikut graf menurunnya iman yang sering menipis, lebih nipis dari kulit bawang. Ibu rasa ibu muda ini lebih tertekan lagi kerana anak-anaknya masih kecil. Suaminya  sudah mula meninggalkan  solat fardhu.  "Itu bukan dia!".Ibu cuba tenangkan dengan harapan dia akan hentikan  lisan memburuk-burukkan pasangan hidupnya yang menjadi punca dirinya semakin stress hingga sesak nafas.  Itu  QORIN syaitan yang berjaya menawan dirinya. Kena rawa

Tunaikan Amanah

Image
بسم الله  الرحمن  الرحيم  اللهم صلى على سيدنا  محمد وعلى  ال سيدنا محمد Alhamdulillah, hari ini Jumaat  penuh barokah, ibu rasa bahagia sangat dapat share  bahan tentang ' amanah' dengan  anak-anak  halaqah, tengah hari  dan lepas Asar sebentar tadi.  Program kami tertangguh, sepatutnya dibuat pada hari Rabu dan Khamis. Jika ibu dalam keadaan stress, agak sukar hendak laksanakan rutin ini. Kena tenangkan diri dan pulihkan kekuatan jiwa terlebih dahulu.   Usrah ~ talian hayat family kami Bahan penyampaian ini  sebenarnya ibu cuba siapkan  untuk kakak Ngah   di Johor. Alhamdulillah dapat dimanfaatkan  untuk diri dan  anak-anak halaqah sekali. Benarlah, jika amanah  dakwah dan tarbiyyah ditunaikan, Allah kurniakan sakinah. Rasa tenang dan puas kerana bahan penyampaian ini memang perlu disampaikan. Jika disampaikan berulang-ulang kali, akan sebati dengan diri. Insha Allah, semoga menjadi amal soleh yang berpanjangan  hingga akhirat.  Alhamdulillah syukur Allah permudahkan  dan  atu

Mihrab Tok Ibu

Image
 Dengan  Nama  Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, segala  puji-pujian  hanya  bagi Allah, Rabb  yang  menguasai segala  isi langit  dan bumi. Allah Ar Rahim yang Maha Pengasih memilih kita berada di dalam nikmat Iman dan  Islam. Alhamdulillah, "jadikanlah kami ya Allah orang yang  sentiasa  mensyukuri segala nikmat-MU dan bersabar  berhadapan  dengan ujian-MU"..  Allah, Rabb  Yang  Maha Pencinta. Allah  Al Wadud ,amat mencintai  para hamba-Nya  yang sentiasa  bertaubat dan sentiasa  berusaha semaksima mungkin berhijrah berlari dalam  dakapan cinta dan kasih-NYA.  Selawat  dan salam  ditujukan khusus untuk Rasul kecintaan Allah,nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam., kaum keluarga  baginda, para sahabat, para tabiin, salafus  soleh dan ulamak-ulamak  muktabar  yang ikhlas  berubudiyyah  hanya sanya untuk Allah SWT. Baginda SAW dan seluruh pewaris para anbia adalah  sebaik-baik golongan yang perlu dijadikan contoh sepanjang kehidupan kita demi mencari