Pahit Manis Tarikh 12.12.21

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Alamdulillahi Robbil Alamin

Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan dan kaum keluarga baginda

Syukur ke hadrat Allah Rabbul Jalil kini adalah hari ke-9 kami mendiami rumah anak di Melaka sebelum ke Tangkak dan Insha Allah akan kembali ke Perlis sebelum 20 Disember. Ibarat hari raya meriahnya suasana  diziarahi dan ibu amat berbesar hati dapat kerjasama ikhlas dan padu daripada anak menantu dan cucu-cucu menyambut tetamu seadanya. Walaupun dalam keadaan batuk dan selsema, masih gagah-gagahkan diri menyantuni tetamu. Buat test covid-19, Alhamdulillah nrgatif. Insha Allah semoga sentiasa di dalam peliharaan dan perlindungan Allah di samping menjaga SOP.

 Meriahnya kami di sini kerana tetamu membawa rezeki menyuburkan iman dan ukhuwwah serta mahabbah di samping membawa buah tangan termasuk ikan fresh, kuih muih, pisang tanduk, pisang nipah, pelbagai jenis kerepek, lontong bahkan ada yang bawa nasi Baryani dan Nasi Arab untuk kami sekeluarga. Beginilah lumrahnya sahabat handai dan saudara mara di Selatan, tuan rumah cuma disaran sediakan pinggan mangkuk sahaja. Syukur, Alhamdulillah menantu ibu buat juga tambahan juadah seperti kek kurma Ajwa kesukaan tetamu kami. Setiap hari Allah  izin murahnya rezeki, Alhamdulillah. Esok lusa dengar khabar taukey nasi kandar Tangkak (bekas pelajar Matri) akan berkunjung. Insha Allah

Pada tarikh istimewa 12.12.21 kami menerima banyak jemputan kahwin di Utara. Di media sosial dipaparkan banyak majlis kahwin dan pelbagai khenduri sempena tarikh yang cantik ini, apa tah lagi hujung minggu dalam cuti sekolah pasti tarikh ini menjadi rebutan untuk mencipta hari bersejarah. Hanya ucapan tahniah dan semoga Allah berkati pasangan yang berkahwin hingga ke syurga.

Tempat yang jatuh lagi dikenang, apa lagi pernah menikmati bahagia bersama. Memang tipulah jika ibu lupa. Ibu masih ingat dan ingin ucapkan Sanah Helwah kepada hamba Allah yang lahir pada tarikh ini pada tahun 1961 walaupun beliau tidak penting lagi dalam hidup ibu. Ingatan dan doa tetap dititipkan sebagai tanda terima kasih di atas segala kenangan indah sejak tahun 1985 hingga tahun 2013. Alhamdulillah, setakat menjadi kenangan Allah kurniakan ketenangan apabila kita redha dengan qada dan qadar-Nya.

Kenangan paling indah yang tersemat dalam fikiran ketika kita sama-sama bersusah payah, ketawa dan menagis dalam jihad fi sabilillah memartabatkan Deen Allah dalam dakwah dan tarbiyah. Indahnya hidup ketika kita  memiliki visi dan misi yang sama sentiasa istiqomah di atas jalan dakwah dan tarbiyah bersama sahabat-sahabat awal. Semoga  kita semua terus istiqomah hingga akhir hayat. Insha Allah.  

Pagi kelmarin kakak kesayangan ibu berkunjung. Dalam keuzuran, digagah-gagahkan diri menziarahi kami di Perlis bersama Hjh Ngasobah dan Hj Baharom di Perlis ketika kami bertolak ke Selatan, Jumaat, 3 Disember. Ketika  di Padang Besar beliau telefon tetapi HP ibu tidak berfungsi di sepanjang perjalanan. Call anak ibu ketika kami telah sampai di RN R Sg Buluh. 

Nak suprise ibu, namun perancangan Allah ingin menguji keredhaan tak dapat berjumpa di Utara. Alhamdulillah dapat jumpa di Selatan. Jazakumullahu khyran kathira khususnya Hjh Ngasobah, ganjaran pahala Allah dah kurniakan mudah-mudahan sama seperti kita berjumpa. Aamiin semoga kita dipertemukan di syurga nanti. Insha Allah.

Siang tadi sembang santai bersama cucu-cucu tentang kunci syurga. Kami main teka teki, apakah kunci syurga? Alhamdulillah mereka masih ingat lagi. Pentingnya sesi ulang kaji sekali sekala. Ibu rakam kenangan cucu bernama Nufays main kompang melayani lagu kegemarannya Maulana oleh Sami Yusuf.

Lepas Zohor tadi kami dikunjungi oleh sahabat karib seorang pensyarah kanan di Seremban, kami rapat ketika belajar di UM. Beliau datang bersama suaminya jurutera berpengalaman juga rakan sekelas ibu sejak tingkatan 1 lagi. Kunjungan dengan pelbagai buah tangan termasuk madu kelulut dan nasi Arab. Alhamdulillah

Lepas Asar tadi kami dikunjungi oleh  ustaz dan isterinya yang merupakan rakan kongsi Tadika 'Country Kids'. Ibu memang suka sangat mereka berjiran bersama 3 lagi keluarga sahabat membangunkan ummah di resort indah ini.


"Mak cik ingat tak mak cik ada call ana sebelum Mubarak pindah Melaka?" Allah memang ibu tak ingat. Seingat ibu, kami pernah berkomunikasi bincang tentang sponsor yuran sahabat- sahabat Kuching Sarawak untuk kembar Bintulu yang mengaji di Matri. Mereka berhijrah ke Melaka pada tahun 2018.

MashaAllah bila ditanya,baharu ibu teringat, rupa-rupanya apa yang mereka rancang sekarang ini adalah  hasil lontaran idea gila-gila ibu semasa   bersembang santai dengannya tanpa ibu sedari, dengan izin Allah jua.

Dalam suka ada berita duka yang kami terima pagi tadi. Menantu sulung, Ustaz Arpan  dan cucu kedua, Asfa disahkan positif covid-19. Siayah ditahan dalam wad kerana demam, manakala Asfa, anak keduanya dikuarantin di pusat kuarantin. Semoga Allah segera sembuhkan mereka, Aamiin. 

Kami harap sama-sama kita kecilkan isu ini dan  membesarkan kuasa Allah. Hanya Allah sahaja yang akan lindungi semua umat Islam, khususnya ahli keluarga kami agar sentiasa di dalam keafiatan dan redha-Nya jua. Doa buat kalian sentiasa tersemat di hati ini. Insha Allah. 

Diam ayah@Wan dan  ibu@tok ibu hanya sekadar ingin maintain ketenangan. Dalam diam rindu pulak terkenang gambar di bawah ini. 




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil