Rindumu Akan Terubat Jua...Insha Allah

Dengan nama Allah

Rabb Yang Maha Pengasih 

Lagi Maha Penyayang

Segala Puji-pujian hanya milik Allah yang Maha Mengaturkan Yang Terbaik untuk kita semua agar menjadi pengabdi yang taat dan khalifah-Nya di bumi. Semoga Allah ampuni segala kelemahan dan ketidakmampuan kita melaksanakan amanah ini sebaik Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat awal. 'Asabiqqun al awwalun'. Namun inilah satu-satunya qudwah ikutan kita yang sebenarnya.

Selawat dan salam ditujukan khusus buat baginda, ahli keluarga,  para sahabat, para tabiin, para salafus soleh , ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT sampai hari Kiamat. Insha Allah , semoga Allah pilih kita semua akan bersama kafilah@rombongan roh para anbia, siddiqin, syuhada dan para solehin. Aamin ya Rabbal Alamin

Semalam, Khamis 16 Disember 2021, tidak terbendung air mata rindukan kota Nabi SAW, Madinah Al Munawarah. Keberangkatan anak ibu dan 28 jemaah termasuk abang ibu dengan 3 ahli keluarganya. Terdetik di sudut hati terdalam "jika tiada kewajipan terpikul di bahu ini, pasti ibu turut berangkat sekali menuju Madinah dan Makkah. Takdir Allah lebih baik untuk ibu mendapat pahala jihad fi sabilillah, menyantuni keuzuran suami yang amat memerlukan. Hanya air mata sahaja mengiringi kerinduan ini. Air mata bernilai pahala kerana rindukan kota Nabi seperti mana rindunya Uwais Al Qarni rindukan Nabi, namun tidak ada peluang dapat berjumpa... 

Ibu hanya titipkan doa melalui anak 'Doakan ibu Sabar'. Masa amat perlu untuk merawat  kerinduan ini.




Di awal pagi sebelum Subuh hari Jumaat penuh barokah ini, Allah hibur rindu ini dengan ayat-ayat cinta-Nya agar hanya bergantung harap kepada-NYA yang akan mengaturkan perjalanan yang nampak seperti buntu. Ibu belajar dari sifat diam suami, dengan diamnya Allah aturkan semua yang terbaik untuknya melalui para sahabat dengan izin Allah.

Jika ikut akal agak mustahil tetapi  apabila kita bertawwakal, tidak mustahil jika Allah yang aturkan. Rujuk surah Ghafir ayat 44.

Jadikan dirimu ibarat kayu yang terapung di lautan, tetapkan visi dan misimu dengan penuh yakin di samping doa yang tidak pernah putus. Pada waktu yang paling tepat, Insha Allah akan tercapai jua impian itu dengan izin Allah jua.

وإلى الله فاليتوكل المتوكلون وأفوض أمرى إلى الله إناالله بصير بالعباد

Aku Serahkan (Pasrahkan) seluruh urusanku hanya kepada Allah, Sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui keadaan para hamba-Nya. 


Di dalam Tafsir disebutkan : 

وأفوض أمري إلى الله  أي : وأتوكل على الله وأستعينه 

Dan aku serahkan segala urusanku ke hadrat Allah. Maksudnya  aku bertawakkal dan Mohon pertolongan hanya kepada Allah. 


Sayyid Muhammad Al-Baqir berpesan:


 “Jika engkau menginginkan suatu kenikmatan dapat terus engkau nikmati, perbanyaklah mensyukurinya. 

Jika engkau merasa rezeki lambat datang, perbanyaklah istighfar. 

Jika engkau ditimpa kesedihan, perbanyaklah membaca La haula wa la quwwata illa billah. 

Jika engkau takut, ucapkanlah Hasbunallah wa ni'mal wakil. 


Jika engkau kagum terhadap sesuatu, ucapkanlah Masya Allah, la quwwata illa billah. 


Jika engkau dikhianati, bacalah Wa ufawwidhu amri ilallah, innallaha bashirun bil ‘ibad.


Wallahu alam bisawwab

.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil