Muhasabah Diri

SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA MILIK ALLAH

Allah Yang Maha Mendengar  setiap  bisikan di qalbu para hamba-Nya

Selawat dan salam buat Rasul junjungan dan kaum  keluarga baginda.

Alhamdulillah, tahun 2021 sudah melabuhkan  tirainya. Banyak kenangan sedih yang menginsafkan di mana ramai sahabat dan sahibah telah mendahului kami kembali ke Rahmatullah. Insha Allah giliran kami pasti akan menyusul, hanya Allah yang Maha Mengetahui  waktu yang paling tepat.

Borang Mutabaah amal yang  sudah  diisi sangat mengetuk  qalbu ini, banyak lagi rutin amal soleh yang perlu ibu perbaiki demi khidmat terhadap Deen-Nya, Namun ibu akur tidak dapat membantu  banyak aktiviti amal melainkan jika dibuat secara online. Tenaga ibu sepenuhnya amat diperlukan untuk menyantuni keuzuran suami dan semua sudah faham keadaan dan perkembangannya. Ibu perlu stabilkan  kesihatan fizikal dan emosi berpaksikan kepada roh yang sentiasa  rindu ingin mengenal dan mencintai Allah. Roh yang ingin sentiasa rindu ingin bersama rombongan roh para anbia, roh para siddiqin, syuhada dan para solehin yang ingin sentiasa bersujud hanya kepada Allah di Arasy-Nya. Semua impian ini hanya tercapai mlalui latihan. Ibu amat perlukan latihan berterusan dengan bimbingan murabbi.

 Alhamdulillah, ibu ingin ucapkan jutaan terima kasih bagi mereka yang memahami dan tidak berharap apa-apa yang di luar kemampuan  ibu. Hakikatnya memang ibu tidak mampu nak ambik hati atau menjaga hati sesiapa. Itu urusan masing-masing perbaiki hubungan dengan Allah.  Berbaik sangka dengan Allah. Insha Allah semua urusan akan Allah satukan dan bahagiakan kita.  



Alhamdulillah, di mana sahaja ibu berada samada di Johor, Shah Alam,  Melaka , Perlis , Mekkah dan madinah sekalipun, yang membahagiakan ibu adalah Allah bukan sesiapapun. Ibupun tak mampu hendak membahagiakan sesiapapun walaupun anak kandung ibu sendiri. Dia bahagiapun kerana  berbaik sangka kepada Allah. 

Pentingnya ilmu dan hikmahnya  hidup berjemaah. Kita saling takmil wal istikmal sentiasa mengambil berat dan mengikuti perkembangan semasa para sahabat khususnya suami ibu. Bagi ibu itu sudah memadai, Allah kurniakan kekuatan iman dan ukhuwwah semoga  ikatan ini kekal hingga ke jannah. Insha Allah

Tahun 2022 fokus ibu  masih kekal menyantuni suami sahaja dan aktiviti harian  cuba perbaiki dan penuhi mutabaah amal menghayati keseharian sunnah Rasulullah SAW yang lebih berfokus kepada qalbu dan pengisian roh. Bab makan minum hanya seperlunya sahaja dan tidak jadi agenda utama lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil