Lapar Perhatian Allah Bukan Perhatian Manusia

 Ahad, pagi 19 Disember tiba-tiba cucu ibu bernama Musthofa Mishary mengingatkan:

 "Tok ibu tahu tak hari ini birthday Abang Ayi". 

Ibu sempat doakan Allahumma faqeehu Fideen...semoga Abang Ayi dimuliakan Allah seperti  Abdullah Ibn Abbas ra  berkat doa hebat dari Rasulullah sallalahu alaihi wassalam ketika  beliau masih kecil lagi.

Musthofa Mishary  kini 9 tahun

Alhamdulillah  hadiahnya istimewa buku hafazan, ibu beli melalui Lazada sudah sampai dulu sempena cucu-cucu menulis karangan seerah tentang Usamah bin Zaid. Usamah terkenal sebagai panglima termuda memimpin  tentera Islam ketika usianya 17 tahun. 

Mishary dan Maher menulis karangan selepas ibu ceritakan siapa Usamah bin Zaid dan kenapa beliau menjadi insan kesayangan Rasulullah. Beliau adalah anak dua insan kesayangan Rasulullah, iaitu  Ummu Aiman dan Zaid bin Haritsah. Tercetus idea kisah itu selepas ibu ulang kaji membaca seerah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam. 





Kenapa kebanyakan manusia di dunia  tidak bahagia atau menderita? Puncanya kerana kejahilan dan tidak berusaha mencari ilmu. Tanpa ilmu, pasti  visinya  akan menyimpang dari hakikat seorang pengabdi atau ibadurRahman. Asyik dengan dunia dan terlalu harapkan puja puji manusia. Mengapa depa perlukan nama? Sentiasa tidak puas walaupun dah ada gelaran Dr, Phd, Dato' dan sebagainya. Nak glamour, nak banyak like dan seumpamanya

Alhamdulillah, Allah gerakkan qalbu ini ikuti perkembangan perkongsian ilmu terkini daripada Buya Dr Ar Razy. Sudah lama ibu ikuti ceramah anak muda seusia Mubarak yang lahir tahun 1986, sebelum datang ke Melaka lagi. Lebih-lebih lagi beliau adalah pakar hadis  dan mengajar Tauheed

Ketika cucu ingatkan tarikh lahirnya ibu sedang sibuk mengemas sebagai persiapan untuk musafir pulang ke Perlis. Alhamdulillah sempat ibu buat nasi goreng dan sambal telur kegemarannya. Kami makan bersama ketika uminya siapkan roti naik dan kek kurma. Nasi goreng, kek kurma dan roti dibekalkan sepanjang musafir. Kami tidak berhasrat singgah mana- mana RnR pun kecuali isi petrol dan buang air. Solat pun dalam kereta untuk elak mudharat Covid-19 yang masih belum lega.

Alhamdulillah rezeki datang mencurah, menantu dari Batu Pahat bawa lontong kegemaran kami sekeluarga. Perjalanan pulang kami dipandu oleh suaminya Badari. Alhamdulillah sepanjang jalan pulang  cuaca sangat cantik, jika hujanpun renyai-renyai, sama seperti cuaca semasa kami dalam perjalanan ke Melaka pada 3 Disember lalu dipandu oleh anak ibu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Besar harapan ibu agar percutian seperti ini menjadi rutin setiap cuti panjang.

Malam sebelum  itu hujan lebat hampir seluruh Malaysia. Selangor dan pantai timur dilanda banjir kilat. Belum hilang sedih 10 orang mati terperosok kereta di bawah treler termasuk seorang ibu dan 8 anaknya, kita diuji dengan banjir. Innalillah wainna ilaihi rojiiuun

Kisah abang Viva membantu mangsa banjir di Selangor disebut dalam Khutbah Jumaat, Masha Allah, Tabarakallah. Keikhlasan berbakti kerana Allah sangat menyentuh qalbu. Keikhlasannya merupakan sindiran tajam kepada pihak berkuasa atau kerajaan yang terlalu lambat membantu mangsa banjir. Entah bagaimana Allah kurniakan rasa sebak dan menitis air mata mendengar  berita ini. Humble orangnya, ibarat burung ciak ingin menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kebakaran hanya berbekalkan air mengunakan paruhnya. Semoga Allah terima segala baktinya sebagai amal soleh. Insha Allah.



Ahli politik hendak  berkhidmat tunggu kotak ada gambarnya siap dulu, ada rakaman TV dan viral media sosial. Berleluasa kezaliman di kalangan mereka. Nauzubillahi min zalik.





Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil