Thursday, 20 March 2014

Dialog Antara Haq dan Batil


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
.

. وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.


Renungilah firman  Allah SWT  yang bermaksud:
"Dan katakanlah: Yang benar (Haq)  telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap"   (QS. Al-Isra': 81).

Pesanan Almarhum Dr Mustafha As Siba'i;
 "Janganlah engkau menunda-nunda untuk menyerukan kebenaran dengan alasan seruanmu tidak akan didengar, dan tidak ada benih yang akan tumbuh di tanah yang gersang.  Orang-orang puas dengan pendapatmu atau tidak, itu bukan urusanmu. Kerana, yang penting bagimu adalah mengatakan apa yang engkau yakini benar" (Sumber:  halaman 119-120~ dari buku  'Belajar Dari Pengalaman, Sebuah Refleksi Agar  Hidup Lebih Bernilai'  ditulis oleh  almarhum Dr Musthafa as-Siba'i) . 
Takdir MU Ya Allah  sentiasa indah dan tidak pernah salah
Jangan sampai Syaitan Mengalahkanmu !

Jangan sampai Syaitan mengalahkan  keimananmu, iaitu ketika engkau  mencari-cari pembenaran atas setiap kesalahan dan memburu fatwa-fatwa yang membenarkan kemaksiatanmu! Ingat; yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan sesungguhnya setiap  orang  yang berhasil menjaga dirinya dari hal-hal yang syubhat, maka ia telah menyucikan agama dan kehormatannya" (halaman 14)


Beliau bercerita, pada suatu hari, kebatilan berjalan bersama kebenaran. lalu terjadilah dialog di antara keduanya sebagaimana berikut;

Kebatilan    : Aku  lebih tinggi  darimu
Kebenaran  : Tapi  aku lebih  kukuh darimu
Kebatilan    : Aku juga lebih kuat darimu
Kebenaran  : Tapi aku lebih awet  darimu
Kebatilan    : Aku diikuti oleh banyak orang kuat dan  orang  yang kaya raya
Kebenaran  : "Dan demikianlah Kami  adakan   pada tiap-tiap  negeri penjahat-penjahat yang
                       terbesar agar  mereka  melakukan tipu daya dalam negeri itu.
                       Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri,
                       sedangkan mereka tidak  menyedarinya"
Kebatilan    :  Aku boleh  membunuhmu sekarang  juga!
Kebenaran  : "Ketahuilah anak-anakku juga akan membunuhmu, meskipun tidak  sekarang"

(halaman 18-19)

 Pengalaman almarhum  dalam dakwah dan tarbiyah  mengingatkan kita agar sentiasa  mohon pertolongan Allah khususnya di akhir zaman ini, yang batil dianggap hak sebaliknya  yang hak dianggap batil. Antara hak dan batil bukan sahaja berperang dalam dunia, negara, dalam keluarga bahkan dalam diri sendiri.
"Kebatilan itu bagaikan serigala yang cerdik, sedangkan kebenaran seperti seekor kambing yang jinak. Maka, tanpa  pertolongan  dari  Allah, nescaya  kebenaran itu akan sulit  mengalahkan kebatilan" (halaman 20)

Hanya  Allah  sahaja  yang Maha Mengetahui  dan dengan pertolongan-NYA sahaja akhirnya  kebenaran dan menghancurkan kebatilan;

"Ya Allah! Tunjukkanlah kepada Kami Al-Haq (kebenaran) itu jelas nampak sebagai Kebenaran, dan kurniakanlah kepada Kami (kemampuan) mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada Kami yang batil itu jelas kelihatan sebagai satu kebatilan, dan kurniakanlah pula kepada kami (kekuatan moral) menjauhinya. Janganlah jadikan hati kami bimbang-bimbang dikuasainya, supaya kami jangan tersesat. Jadikanlah Kami menjadi Pemimpin orang-orang yang taqwa."
(Al-Hadis).

Kenali Siapa Dr Musthafa as-Siba'i?

Semoga Allah mencucuri rahmat-NYA  ke atas roh almarhum Dr Musthafa as-Siba'i yang  meninggal dunia pada  03 Oktober 1964 setelah mengalami sakit teruk selama 7 tahun di mana beliau mengalami lumpuh separuh daripada  tubuhnya. Semoga Allah mencucurkan rahmat dan  maghfirah ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama Roh  para Anbia, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin.

Ibu kagum dengan perjuangannya  terus menulis walaupun dalam keadaan lumpuh dan Doktor  yang merawatnya berulang kali minta dia beristirehat.  29 April tahun 1962 terbitlah bukunya bertajuk 'Belajar Dari Pengalaman, Sebuah Refleksi Agar  Hidup Lebih Bernilai'. Menurutnya "Sakit itu laksana sebuah lembaga pendidikan" Artinya, bila orang yang sakit itu dapat mengambil pelajaran darinya, maka penyakitnya itu adalah sebuah kenikmatan, bukan suatu bencana.

  
Beliau dilahirkan pada tahun 1915M di bandar Hims, Syria dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mulia dan beragama. Keturunannya turun-temurun mewarisi jawatan imam dan khatib di Masjid Besar Hims. Bapanya, Syeikh Hussaini adalah tokoh agama yang disegani.

Sejak kecil beliau menghafal al-Qur’an dan mempelajari asas-asas ilmu agama dari bapanya sendiri. Setelah tamat sekolah rendah dengan cemerlang, beliau dimasukkan ke Ma’ahad Sya’ie di Hims pada tahun 1930. Beliau amat berminat dalam medan dakwah hingga  menubuhkan Ikatan Agama Hims. Kehebatan beliau terserlah  apabila sebelum mencapai umur 18 tahun, beliau telah diberi kepercayaan untuk berkhutbah menggantikan tempat bapanya.
Almarhum Dr Musthafa
  berusaha
menulis dan menyediakan maqalah-maqalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran rakyat supaya menolak penjajah dan membongkar niat buruk mereka. Tidak cukup dengan itu, beliau bertindak berani membuat perhimpunan rakyat, berpidato di atas pentas dan seterusnya memimpin demostrasi menentang penjajah. Akibatnya, beliau dipenjara pada tahun 1931, kejadian ini berulang lagi pada tahun 1932 dan sekali lagi beliau ditangkap.
Setelah dibebaskan, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah pada tahun 1933 dalam bidang Syariah, kemudian Usuluddin. Ketika berada di Kaherah  beliau berkenalan dengan as-Syahid Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwan Muslimin. Dr. Mustafa menjadi pendakwah Ikhwan yang aktif sama ada di kampus atau di kampung pedalaman. Bencinya kepada penjajah tidak pernah hilang.
Kisah Selanjutnya  bacalah di sesawang http://ibnurrahmat.blogspot.com/2008/08/dr-mustafa-sibaie.html.

No comments:

Post a Comment

Best Friend Forever Fillah ~ BF3 untill Jannah

Ketika mana diamanahkan buat penyampaian bertajuk " Ukhuwwah" untuk tamrin Puteri Matri yang sudah selesai peperiksaan akhir tahun...