Posts

Showing posts from April, 2022

Sebak Di Bulan Ramadhan

Image
Sentiasa paling awal menanti dua beradik lagi Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan tercinta... Jumaat 27 Ramadhan, penantian yang amat ditunggu... Seawal sebelum 4.00 pagi, Iiu  cuba setkan google meet seperti biasa menunggu taddabur dan taddarus Quran empat beradik perempuan setiap pagi sejak 10 akhir Ramadhan. Innalillah wainna ilaihi rojiiun... dapat berita amat sedih bertulisan jawi dari kak ngah,  suaminya telah kembali ke Rahmatullah. Allahu Akbar untungnya abang iparku terpilih dijemput Allah pada hari termulia... Sebak rasa,betapa Maha Baiknya Allah kurniakan kepada abang iparku. Mungkin dia tidak meminta, tetapi Allah pilihnya. Jika yang tidak meminta dapat hari kematian terbaik, apa lagi jika kita berdoa,,meminta, merayu dan merintih kepada-Nya agar dikurniakan Husnul Khotimah. Semoga Allah ampuni segala dosanya dan himpunkan rohnya bersama roh para solehin. Terdetik dalam jiwaku, Husnul khotimah ini berkat ke

Bacaan Do'a Qunut 10 Terakhir Ramadhan 😭😭

Image

Mohonlah Kepada Allah

 Dengan nama Allah  Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Maha Mengetahui segala isi hati...amat terharu rasa, lebih-lebih lagi selepas tadarus dan taddabur surah Yusuf betapa Maha Baiknya Allah sentiasa terselit banyak hikmah di sebalik setiap ujian untuk para hamba-Nya Selawat dan salam ditujukan khusus buat junjungan Rasullullah Sallallahu alaihi Wassalam kaum keluarga dan para sahabat. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah di atas nikmat Islam dan iman yang Allah kurniakan kepada kita. Ibu amat bersyukur, sangat-sangat bersyukur kerana Allah hantar mereka yang memahami ibu selesaikan satu persatu masalah ibu... Pertama, menjelang Ramadhan, ibu mencari-cari di media sosial ustaz atau ustazah yang boleh bimbing ibu tadarus  dan taddabur Quran sepanjang bulan Ramadhan. Anak ibu siap bayarkan yuran. Hari pertama dan kedua Ramadhan, cuma dapat dengar sahaja bacaan Qari dan Qariah syarikat tersebut secara bertajwid. One way sahaja, rasa tak pua

Mungkinkah ini Ramadhan Terakhir Kita Bersama?

Image
Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekelian alam Selawat dan salam khusus untuk junjungan Rasulullah sallallahu alaihi Wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat dan jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah. Minggu ini merupakan minggu terakhir menjelang Ramadhan dan ibu rasa sangat terhibur kerana dua sahibah  semasa kami sama-sama belajar di Universiti Malaya sekitar tahun 1985-1988 berkunjung dengan pelbagai berita terkini yang  luar biasa.  Ukhti Rashidah dari Kelantan bersama suami dan seorang anaknya berkunjung sebelah pagi (agak mengejut juga). Kelembutannya masih terserlah sejak dulu lagi. Ibu amat  kagumi kelembutannya dan sedikit sebanyak menjadi contoh ibu meruntuh dan mencairkan kekerasan  jahiliyah darah Bugis yang mengalir dalam diri ini. Ramai yang berbangga  lahir dalam keturunan Bugis terkenal dengan garang dan bengisnya, begitu juga ibu ketika jahiliyah suatu masa dahulu. Sebenarnya boleh diproses untuk menundukkannya ikut Iman. Untuk simpa