Posts

Showing posts from January, 2021

Syurga Buatmu Almarhum Zubaidi Amir Qusyairi

Image
Menonton video ini menitis air mata ibu mengenangkan betapa rindunya anak ini yang baharu berusia 7 tahun dipisahkan dari keluarga yang mendidik dan mengasuhnya dengan penuh kasih sayang sejak berusia 2 bulan. Allahu Akbar, pasti ada hikmah yang terselit di sebalik peristiwa kematian anak yang masih suci  dari dosa di tangan  ibu kandung dan ayah tirinya. Pihak polis  dimaklumkan anak ini meninggal kerana lemas di dalam bilik air. Apabila siasatan dibuat, ada banyak kesan lebam membuktikan dia mengalami penderaan fizikal, mental  dan jiwa. Allah, kesiannya  anak ini. Syurga sudah pasti untuknya, menanti keluarga  yang telah berikan nilai kasih sayang walaupun dia tidak lahir  dari rahim ibu angkatnya.  Semoga ibu kandung  dan ayah tirinya menyesal  dan bertaubat...

Uzlah Menangani Covid-19

Image
Dengan Nama Allah  Rabb Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Pengasih  Selawat dan salam ditujukan kepada Rasul junjungan sallalahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada-NYA.  Hakikat cinta sebenarnya tidak pernah mengenal usia. Inilah pengalaman yang Allah anugerahkan kepada pasangan yang memahami bahawa rezeki, jodoh dan ajal telah ditetapkan oleh Allah. Soal rezeki, jodoh dan ajal adalah hak Allah menentukan yang terbaik sesuai dengan niat dan keperluan para hamba-Nya. Alhamdulilah dalam serba kekurangan dan kelemahan masih ada banyak kelebihan  yang ibu amat hargai kehadiran suami hingga kini bukanlah suatu yang membebankan. Perkataan "I love you" di akhir kalimah ikhtitam (penangguhan) sebelum tidurnya "Alhamdulillah, syukran kerana..., minta maaf kerana....Tolong doakan..." amat perlu dijadikan contoh kepada para suami yang sihat walafiat supaya  menghargai jasa  isteri yang  sentiasa  mel

اللَّهُمَّ حَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيرًا Impian Masuk Syurga Tanpa Hisab

Image
Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Rabb yang Maha Mengetahui segala isi qalbu kita semua... Selawat dan salam ditujukan khas buat junjungan Rasullullah sallallahu alahi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah hinggalah hari Kiamat. Alhamdulillah, ibu amat bersyukur sangat  di atas nikmat bahagia yang Allah kurniakan bersama keluarga besar sempena meraikan ulang tahun ke 76 suamiku. Sebenarnya rancangan awal memang nak adakan sambutan kecil-kecilan sahaja sebab itu UOHS tidak pakai baju cantik walaupun  baju kurung itu sudah disediakan. Padanya sembang santai bersama keluarga di tengah hari  pakai T.Shirt Pagoda sahaja sudah cukup. Mungkin dalam keadaan uzur dia penat dan rimas rasanya jika hendak melawa. Sekadar meraikan bersama besan Cikgu Nordin (mertua  Mubarak) kerana tarikh lahirnya sama iaitu 2 Januari. Tidak sangka pula Dr Bahijah turut pulang kampung, suaminya Sukri dilahirkan pada 1 Januari. Kami raikan sekali  

Azam 2021

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian  hanya  milik Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Selawat  dan salam kepada junjungan Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat serta jiwa-jiwa  yang sentiasa diproses  keimanan mereka untuk mengabdikan diri  hanya sanya  kepada Allah SWT.  Hakikat manusia  memang  banyak kelemahan. Justeru itu perlunya kita  mohon keampunan selalu. Ada ketika rasa bosan mula menyapa kerana  sudah lama  tidak mengembara. Sewajarnya kita bersyukur adanya Covid-19 agar kita didik diri  melupakan  kembara balik kampung di Johor demi membuat persiapan rapi  untuk  balik ke kampung Akhirat. Azam ini Allah ilhamkan sejak tahun baharu 1442  Hijrah lagi dan perbaharui azam pada tahun 2021 Masihi.  Semalam (Khamis) ini genap sebulan abang saya Almarhum Hj Mohd Hairudin. Kakak-kakak dan abang-abang saya masih merindui dan sangat  rasakan kehilangannya. Ibu berpeluang menonton video anak tirinya