Posts

Showing posts from 2023

Takdir Allah Sentiasa Indah

Image
 Alhamdulillahi Rabbil alamin. Puji-pujian sepenuhnya hanya milik Allah penguasa sekelian alam. Ya Allah, terima kasih Engkau pilihkan keputusan yang lebih daripada apa yang kuharapkan. Adalah lebih mulia kita hidup dalam perancangan Allah, bukan dalam perancangan kita sendiri. Allahu Akbar. Rindu nak travel macam ninil Inilah keajaiban yang ibu perhati setelah pegawai Perkeso memberi alternatif lain atas faktor umur dan sakit jantungnya tidak sesuai menjadi calon pusat rehab Perkeso Melaka . Ukhti Nasitah, pengetua Matri menemani ibu ketika pegawai Perkeso itu melihat keadaan suami. Pegawai itu permudahkan urusan ibu dan akan berbincang sendiri dengan anak-anak. Indahnya penyusunan Allah ditakdirkan insan cemerlang bersama ibu. Cikgu Nasitah berikan saranan " Bagi terus no hp Dr Bahijah, lebih mudah sebab dia Doktor dan tahulah dia uruskan keperluan kesihatan ayahnya". Dari saranan indah pengetua cemerlang itu terdetik di hati ibu indahnya perancangan Allah. Subhanallah. Ras

Hadiah Ulang Tahun ke-79

Image
 Alhamdulillah, puji-pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan Maha Baik -Nya, Allah aturkan agenda terbaik untuk suami dengan harapan kesembuhannya dipermudahkan.  Suami amat memahami ibu sangat rindukan kampung halaman tempat ibu dibesarkan. Sudah sampai masanya tangki emosi ibu perlu dipenuhkan kembali melalui jaulah atau travel merentasi negeri. Lebih 58 tahun hidup ibu diwarnai dengan travel, musafir dan melancong. , Allah izin kini sudah 2 tahun ibu tidak berpeluang keluar dari Perlis. Suami ibu faham ibu manusia biasa dan bukan robot, perlu diceriakan emosi agar sentiasa stabil. Plan A untuk jaulah hujung tahun telahpun dibuat, hampir menjadi kenyataan kerana ada seorang sahabat RA menawarkan Toyota Noahnya untuk menghantar kami ke Tangkak. Anak ibu ketika itu masih bertugas di Mekah. Allah izin hati tidak selesa menyebabkan ibu tangguhkan dulu ke tahun depan sempena hadiah ulang tahun suami buat Kali ke 79 dan cadangan jaulah selepas suami selesai ambik da

Utamakan Santuni Ayah Bonda

Image
  Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekalian alam dengan ucapan Alhamdulillahi Rabbil alamin. Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta, Rasullullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah menolong agama Allah. Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua kini Gema Fajar telah selesai taddabur semua keenam-enam surah hawawmim. Yang ramai kaum ibu tersentuh apabila ibu bacakan tafsir Al Azhar dan fizilal Al Qur'an berkaitan Surah Al Ahqaf ayat 14-18, sampai ramai yang minta rakaman untuk dikongsi dengan anak masing-masing. Allah izin rakaman ada masalah, terhilang yang ibu rasa pasti ada hikmahnya.  Perlu ulang baca dan taip di sini agar anak-anak serta cucu-cucu muhasabah diri masing-masing memilih untuk menjadi anak yang menyantuni ibu bapa atau sebaliknya. Bacalah tafsir surah Al Ahqaf ayat 15-18. Ramai anak-anak termasuk di kalangan ramai anak walaupun ada title 'Asatizah' juga terlepas pandang dan tid

Jauhi hasad dengki..

Image
 Di mana kita berada, tidak boleh lari dari ujian dan tribulasi. Inilah hakikat kehidupan, kebenaran pasti digugat dengan kebatilan gara-gara kejahilan dan jauh dari Al Qur'an.

Nikmatnya Taman-Taman Syurga

Image
Gaza dibedil bertub-tubi oleh Regim Zionist laknatullah. Anak-anak, kaum wanita dan warga emas yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jika ibu tidak istiqomah teruskan program taddabur Gema Fajar, kemungkinan besar persepsi ibu sama seperti ibu-ibu lain "kenapa Allah tidak binasakan sahaja puak Zionist itu!!!" Syukur Alhamdulillah, berbekal dengan sedikit kefahaman hasil menjadi juru baca buku-buku taddabur, terbayang masa depan para mangsa sangat membahagiakan di sisi Allah SWT. Mereka berombongan berbondong-bondong masuk syurga tanpa hisab. Subhanallah, ibu bayangkan bedilan bom bertub-tubi itu seperti sebuah pesta mereka dijemput oleh malaikat rahmat menghadap Allah tanpa sebarang penderitaan lagi. Mereka semua sudah siap menunggu kematian yang merupakan satu perjalanan menuju alam abadi menuju Kekasih yang sedang merindui mereka. Allah izin sepanjang minggu ini kami bertadabur surah Zumar yang bermaksud berombongan samada menuju ke destinasi Syurga bagi orang-orang yang berta

Subhanallah Taufan Al Aqsa

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji dan puja hanya milik Allah dan memang tidak layak untuk kita makhluk ciptaan-Nya. Tugas kita hanya jadi khadam atau hamba-Nya dan sentiasa menjunjung titah perintah-Nya secara sukarela sebelum dipaksa. Minggu ini merupakan minggu paling membahagiakan ibu kerana Allah menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran dan lubuk hati setelah sekian lama bertadabur Al Qur'an kini sudah masuk juzuk 23. Esok akan selesai taddabur surah Sod, surah terakhir yang membahas tentang Istislam iaitu perintah penyerahan diri secara total kepada Allah SWT.  1. Surah Al Ahzab menjelaskan perintah berserah diri kepada Allah pada keadaan yang sulit. 2. Surah Sabaa' menjelaskan bahawa berserah diri kepada Allah adalah jalan menuju keabadian peradaban@ hadharah 3. Surah Fathir menjelaskan bahawa berserah diri kepada Allah adalah jalan kemuliaan. 4. Surah Yassin menjelaskan perintah berserah diri kepada Allah dengan terus komitmen dala

Surah Yassin & Maulidur Rasul

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, Semalam sudah masuk juzuk 23 menyambung taddabur surah Yassin. Kali ini ibu rasa sangat terhibur membacakan pandangan-pandangan ulamak muktabar tentang kisah Habib An Najjar pemuda dari hujung kota berkorban nyawa berdakwah kepada kaumnya agar ikut nasihat 3 utusan dari Allah agar mentauhidkan-Nya dan jauhi kesyirikan.  Malangnya kesombongan dan rasa diri sudah sempurna menyebabkan mereka tergamak membunuh pemuda itu agar kesyirikan yang mereka lakukan itu tidak dihambat dengan nasihat-nasihat yang mengajak agar selamat di dunia dan akhirat. Ikut pepatah Melayu, pulang paku buah keras. Pembunuhan itu telah mengundang kemurkaan Allah, Allah utus suara yang menyiksa pendengaran mereka hingga semuanya mati dan  tidak sempat bertaubat. Mereka tidak memanfaat kedua -dua telinga mereka untuk mendengar ayat-ayat Allah. Ini yang menakutkan ibu hendak berdakwah dalam rumah sendiri. Takut ajakan ibu ditolak seolah-olah merek

Air Mata Taqwa

Image
 "Sudah lama aku tidak menangis Ya Allah, jangan dibiarkan hatiku menjadi keras!" Rintihanku di suatu hari menjelang Rabiul Awal, merupakan hari ke-500 program Gema Fajar berjalan lancar dengan pertolongan Allah SWT jua. Suamiku diuji cirit birit, melimpah najis dari pampersnya. Ibu sudah biasa dengan rutin itu, tapi pagi itu tiba-tiba hati terasa sayu!  Anaknda Rahimi menjadi saksi perhatikan ketabahan ibu hadapi situasi itu. Beliau  tolong angkat ustaz memudahkan  ibu bersihkan dan ambilkan wudhu. Selesai ibu urus diri dan angkat takbir solat sunat Fajar terus berjurai air Mata berterima kasih kepada Allah  yang Maha mendengar bisikan hatiku serta telah permudahkan semua urusan ibu, dan bekalkan sabar yang indah. Sebelum ini ibu selalu menangis sendiri kerana terlalu penat dan letih. Mungkin berpunca dari  kurang sabar. Rupanya itulah proses yang perlu dilalui untuk mendapat Sobrun Jamil . Alhamdulillah, terima kasih ya Allah hadiahi aku air Mata Taqwa. Semoga air Mata itu

Ingatan 1st Class

Image
 Bismillahi Rahmani Rahim Segala puji-pujian milik Allah yang memiliki sekalian alam bermula dari alam roh, alam Rahim, alam dunia, alam barzakh dan akhirat , malah memiliki Syurga untuk dikurniakan kepada hamba-Nya yang taat serta patuh. Manakala neraka untuk mereka yang mensyirikkan Allah, mendustakan Rasul,  membelakangkan wahyu Allah serta tidak percaya dengan hari kebangkitan. Hari ini hari Rabu ibu dapat istirehat beberapa hari Memberi laluan kepada sahabat ibu dari Johor (ukhti Asnah) mentaddabur rumusan tentang labah-labah ( surah Al Ankabut) di samping taddaburi surah Abasa. Ibu cuma mempengerusikannya di samping mengulas di hujung program. Ibu rasa sangat lega apabila ada yang sudi membantu, kalau boleh lebih ramai, lebih baik. Syukur ukhti Asnah menawarkan diri, mudah-mudahan tidak lama lagi ada asatizah berumur 30-40 an bakal ambil alih tugas ibu apabila sudah sampai masanya kelak. Masalah kebanyakan asatizah terlalu sibuk dengan agenda masing-masing hingga tidak ada masa l

10 Muharam 1445 Hijrah

Image
 Alhamdulillah, syukur Allah beri kekuatan kpd suami dapat berpuasa 9 dan 10 Muharam seperti tahun-tahun sudah menyahut Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam . Minggu lepas, pasangan suami isteri dari Medan Indonesia datang mengejut ziarah kami bersama seorang pemuda dari kampungnya untuk masuk tingkatan 6@ Khassah. Si suami rupa2nya bekas anak murid Ustaz Omar. Ibu bersembang dengan isterinya, terkeluarlah cerita bekas pembantu rumah ibu yang pertama semasa ibu di Johor Baharu Dan kemudian berhijrah ke Shah Alam sekitar tahun 1989-1992. Erna Sari bte Elias namanya. Bacaan Qur'annya amat merdu. Oleh kerana adik bungsu ibu amat perlukan pembantu rumah ( anak2 nya masih kecil), ibu pujuk Erna bekerja dengan adik kerana anak ibu dah besar darjah 2 dan 4 (Zubir anak abang duduk sekali). Walaupun pada awalnya Erna keberkatan, akhirnya dia seronok sebab rumah adik Penuh dengan bunga dari Cameron Highland untuk dibuat gubahan bunga untuk dijual. Pandai Erna gubah bunga dan akan pul

Daurah Murabbiyah

Image
Seronok diapit oleh pemudi Haluan@Haluanita. Anak ukhti Zaiton@cikgu Azmi dan anak Ukhti Marfuah. Kenangan berdaurah bersama pada 7-8 Julai  Alhamdulillah, pujian hanya milik Allah Raja segala Raja berkuasa atas segala yang di langit dan bumi, sentiàsa sibuk mengurus atur keperluan setiap hamba-Nya di langit dan si bumi. Bagi kita yang beriman dengan Nama Allah Al Malik, hendaklah berusaha semaksima mungkin mendekatkan diri kepada-Nya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan agar dipermudahkan proses mendapat keredhaan - Nya. Hari ini merupakan Jumaat terakhir dlm tahun 1444 Hijrah, memang bànyak perkara  yang  ingin ibu kongsikan, tapi ruang dan masa  untuk menaip amat terhad.  Syukur Alhamdulillah, permintaan nak korban unta di Makkah Allah makbulkan. Semoga Allah terima ibadah korban kami, Insha'Allah. Ampuni segala dosa kami Ya Allah. Ibu tergerak nak korban unta selepas taddabur Qur'an surah Al Hajj, kuat keyakinan nak korban unta walaupun mustahil nak lakukan di Malaysia. Syuk

Hamasah Dan Pengorbanan

Image
 Alhamdulillah , sebesar-besar kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah SWT dengan rahmat dan kasih sayangnya ibu diberikan kesempatan berkongsi input di bulan Zulhijjah yang penuh Barokah. Semoga perkongsian ini merupakan 'turning point' kebangkitan anak muda dalam medan dakwah dan tarbiyah. Allah yang aturkan, ibu tidak pernah minta, tapi inilah anugerah Allah kepada ibu sempena bulan mulia Zulhijjah. Allahu Akbar, Maha Baiknya Allah.  Linangan air mata merayu anak muda bangkit demi kegemilangan Islam di masa depan. 

Usah Tertipu Dengan Nilai Dunia

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang  Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus hidup sedangkan ramai insan seusia, bahkan lebih muda telah dijemput kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah ampuni segala dosa mereka dan himpunkannya bersama roh para solehin dan solehah.  ya Allah, jadikanlah yang paling baik dari umurku adalah akhirnya, yang paling baik amal-amalku adalah penutupnya, dan yang paling baik hari-hari yang kulalui adalah hari berjumpa dengan Engkau" Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Allahuma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad... Juga ahli keluarga baginda,  para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya kepada-Nya hingga hari Kiamat. Dua minggu mutakhir ini macam -macam rasa melanda. Ada masa rasa sebak, terharu, rindu dan 1001 rasa menerpa, namun masih dalam bingkai ketenangan. Alham

61 Tahun Kini berbaki 2 tahun ikut umur Rasulullah sallallahu alaihi wassalam

Image
 Alhamdulillah, Segala Puji-pujian hanya milik Allah tempat kita bersandar dan berpaut sepanjang masa, sejak dulu kini dan selamanya. Selawat buat junjungan tercinta Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.  Menjelang usia 61 tahun pada 27 Mei hari ini terpanggil hati ibu untuk berkongsi perasan semakin lanjut usia ini dalam persiapan untuk transit di alam barzakh tak lama lagi. Sentiàsa 'get ready' menyusul roh ayah bonda tercinta dan juga kekanda serta insan-insan soleh yang mendahului kami menuju ar rafiqul a'la. Paling terkesan di hati hari Khamis malam Jumaat, ketika mati seketika (tidur) sebelum dibangkitkan kembali pada jam 3.00 pagi, Roh ibu bertemu Almarhumah bonda Hjh Salamah bte Salim. Allahu Akbar, terlepas rindu dan sempat Almarhumah sapu rata minyak wangi di leher ibu. Subhanallah, petanda apakah ini? Adakah tidak lama lagi ibu akan menyusulnya? Ibu tertanya kakak dan adik bungsu, meruntun jiwa membaca respon mereka. Mimpi minyak wangi petanda mimpi yang baik. A

Festival Ibadah Di Bulan Ramadhan

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang  Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah syukur ke hadrat sempat ibu seketika merakamkan kesyukuran yang amat sangat sempena hari ini 15 Ramadhan. Tetamu agung kami, Ramadhan terus berlari bakal meninggalkan kita 15 hari lagi. Allahu Akbar, bagaikan tercungap-cungap kami mengejarnya. Subhanallah, rasa tak cukup masa Dan pasti kami ketinggalan mengejarnya jika tidak ada mind set untuk bangkit seawal pagi. Menanti 10 akhir Ramadhan kami 4 beradik sedang berlatih dan melatih warga Gema Fajar istiqomah bangkit seawal jam 2.30 pagi dengan rutin taddarus terlebih dahulu. Jam 3

Marhaban Ya Ramadhan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, lama benar ibu tidak sempat hendak post apa- apa input dan perkongsian dalam Subur Fitrah. Bànyak masa ibu buat persiapan menyambut Ramadhan tetamu agung, kini sudah masuk hari ke-4 di samping menyambut tetamu jauh dari Johor dan Shah Alam. Ibu tulis blog ini sejak 22 Mac, tapi tak sempat nak siapkan. Mencelah di tengah persiapan rutin harian mencari bahan untuk Asmaul Husna Dan taddabur   Alhamdulillah Allah Al Bari' aturkan sepanjang minggu ini dikunjungi oleh ahli keluarga terdekat khususnya kakak dan adik dari Johor dan Shah Alam, mengendurkan tegangnya  rasa rindu ingin memeluk mereka. Tidak sama bertemu secara online setiap hari dengan pertemuan fizikal walaupun seketika cuma.  Meriahnya Jumaat penuh Barokah minggu ini sempat ibu tempah juadah nasi kuning, ayam goreng, buatkan sambal udang dan ikan percik.  Selepas solat Jumaat rombongan satu van  dan satu kereta melawat Matri. Kami dijamu juadah mi goren

Wanita Bugis Santuni Suami Penyabar

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan tercinta Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga dan para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT. Alhamdulillah, selepas Subuh tadi tamat kami warga Gema Fajar taddabur surah Yusuf. Beberapa Kali menitiskan air mata dapat menjiwai watak Nabi Yusuf terpisah dari ayah yang mencintainya lebih 40 tahun. Allahu Akbar, benar-benar terhibur 'happy ending' kisah Nabi Yusuf yang sangat meruntun jiwa.  Alhamdulillah Allah ilhamkan sejak sekian lama  tergerak lisan ibu mengamalkan doa Nabi Yusuf,  "... Ya Allah, Engkaulah Penguasa dan pelindungku di dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam keadaan menyerah diri kepada-Mu, hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh." Subhanallah, kesannya memang hebat, Allah sentiàsa hubungkan ibu denga