Subhanallah Taufan Al Aqsa

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala puji dan puja hanya milik Allah dan memang tidak layak untuk kita makhluk ciptaan-Nya. Tugas kita hanya jadi khadam atau hamba-Nya dan sentiasa menjunjung titah perintah-Nya secara sukarela sebelum dipaksa. Minggu ini merupakan minggu paling membahagiakan ibu kerana Allah menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran dan lubuk hati setelah sekian lama bertadabur Al Qur'an kini sudah masuk juzuk 23. Esok akan selesai taddabur surah Sod, surah terakhir yang membahas tentang Istislam iaitu perintah penyerahan diri secara total kepada Allah SWT. 

1. Surah Al Ahzab menjelaskan perintah berserah diri kepada Allah pada keadaan yang sulit.

2. Surah Sabaa' menjelaskan bahawa berserah diri kepada Allah adalah jalan menuju keabadian peradaban@ hadharah

3. Surah Fathir menjelaskan bahawa berserah diri kepada Allah adalah jalan kemuliaan.

4. Surah Yassin menjelaskan perintah berserah diri kepada Allah dengan terus komitmen dalam berdakwah meskipun hasilnya nihil.

5. Surah As Shaffat menjelaskan perintah berserah diri kepada Allah meskipun tidak memahami hikmah dari perintah -perintah yang ada. 

6. Surah Shad menjelaskan perintah berserah diri kepada Allah dengan kembali kepada kebenaran (Al Haq) tanpa penolakan sedikitpun.

Inilah konsep yang ditazakkuri oleh Pejuang Hamas di Palestine setelah  mentaddaburi, bertafakur dan mengusahakan semaksima mungkin untuk merampas hak milik umat Islam dari Perompak  antarabangsa dan terroris  regim Zionist @Israel laknatullah. InshaAllah para pejuang tidak akan biarkan Masjidil Aqsa dikhianati oleh musuh-musuh Allah.

Walaupun Dunia memandang sepi kepada Hamas, pergantungan harapan mereka hanya kepala Allah semata-mata untuk meraih kemenangan (pembebasan Palestine ) atau Syahid. 

Berita Taufan Al Aqsa pada pandangan ibu sangat membahagiakan hati umat Islam seluruh Dunia dan ibu sendiri berasa izzah @bangga dengan hamasah pejuang Palestine khususnya Hamas @Briged Al Qassam. Mereka sentiasa di hati umat Islam yang memahami erti jihad fisabilillah. 





Hari Ahad, 8 November apabila terbaca berita menteri Pertahanan Israel sekat elektrik dan semua kemudahan untuk Gaza, ibu tidak sedih kerana semua itu milik Allah, bukan milik mereka. Allah pasti akan permudahkan mereka dengan banyak alternatif lain. Yang buat ibu sedih apabila menteri Pertahanan tersebut menyebut "kami berhadapan dengan binatang dan akan melayan mereka seperti binatang". Luruh hati ini betapa teruknya mereka menghina pejuang Palestine yang ikhlas berubudiyyah menolong agama Allah. 

Dari lubuk hati, Ibu terasa sangat bahawa  dia turut menghina Allah SWT dan Rasullullah sallallahu alaihi wassalam dan umat Islam seluruhnya. Tunggulah azab yang pedih menantimu! Tak boleh tahan air  mata mengalir tak sanggup dengar seolah-olah  mereka turut menghina Allah dan Rasul. Wal Hal sebenarnya mereka lebih teruk dari binatang kerana enggan menyerah diri kepada Allah, sedangkan haiwan yang tak ada akalpun tunduk dan patuh kepada segala titah perintah Allah SWT.

Bergetar suara dan mengalir deras air Mata ibu ketika membacakan berita itu kepada warga Gema Fajar pagi Ahad sebelum taddabur surah Shad. Sebenarnya merekalah binatang kerana melawan dan menentang Islam. Tidak gunakan akal untuk tunduk dan patuh kepada segala titah perintah Allah SWT.

Tindakan drastik Hamas memang kena buku dengan ruas. InshaAllah Israel pasti dihancurkan dan akan hilang dari peta dunia kerana kesombongan dan keangkuhan mereka setelah sekian lama bertindak zalim kepada umat Islam di Palestine. Palestine adalah bumi para anbia, pasti Allah akan memelihara dan menjaganya.

Bersangka baik kepada Allah, pertolongan Allah amat dekat. Terus berdoa, hulurkan bantuan semaksimanya serta boikot segala produk Israel. 

!!! BOYCOTT ISRAELI PRODUCTS!!!

Easy way to identify Israeli products. If there are 729 numbers at the beginning of Barcode! It means Israeli product!

729👉MADE IN 🇮🇱 👎👎👎

Musuh-musuh Allah pasti hancur. InshaAllah, sepertimana Allah hancurkan kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Lut, kaum Nabi Hud, Nabi Soleh dan Nabi Syuaib. Sekadar perkongsian semoga diingati oleh anak cucu sentiasa peka dan mendoakan kegemilangan Islam masa depan diwarisi oleh orang-orang beriman.



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil