Posts

Showing posts from May, 2019

Kumpulan Doa doa Mustajab Dari Al Quran oleh Sheikh Mishary Rashid A...

Image

[ TAFSIR TEMATIK ] Menjemput Lailatul Qadr ~ Ust. Dr. Muhammad Yahya

Image

Dzikir Lailatul Qadar Ustad Muahmmad Arifin Ilham

Memanjangkan  amal soleh Almarhum  Ustad Muhammad Arifin Ilham yang telah kembali menghadap Allah semalam...17 ramadhan. Dzikir Lailatul Qadar Ustad Muahmmad Arifin Ilham

USTAZ AUNI MOHAMED - ISLAM VS YAHUDI SIRI 2[NEW]

Image

Tajuk 'Happiness'?

Image
Sekembali  dari  Johor/Melaka 3 Mei lalu, Alhamdulillah, Isnin 1 Ramadhan bersamaan 6 Mei, ibu ikuti seminar persiapan PhD kedua di Jitra. Ibu disarankan oleh penceramah agar mencari tajuk berkaitan 'happiness' dalam Islam sebagai permulaan membuat proposal. Dalam perjalanan, ibu mohon kepada Allah agar dipermudahkan jalan-jalan. Menarik tajuk itu jika dikaitkan dengan doa  yang ibu share semasa seminar di Tangkak.   Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah kami diundang  oleh pelajar-pelajar Matri ikuti majlis  hari guru  semalam, Khamis 16 Mei 2019. Temanya amat menarik, merujuk pepatah Arab    لو لا  مربي  ما عرفت  ربي  Maksudnya : Kalau bukan kerana  guruku, tidak akan ku kenali Tuhanku  Tema peringkat  kebangsaan :"Terima  Kasih Guru" Ibu sangat tertarik  dengan pilihan semua pelajar siapakah  guru  paling perihatin dan  siapakah guru  yang paling penyayang di Matri. Ada juga pilihan guru penyabar, periang, tegas  dan sebagainya. Kenapa ibu

Nikmati Ramadhan As Saadah

Image
Menjelang Ramadhan, bagi mereka yang faham betapa pentingnya  menyambut tetamu agung (VVIP) khususnya Lailatul Qadr, maka dengan niat kerana  Allah mereka akan segera  membersihkan dan menghiasi  rumah seperti menyambut  Hari Raya. Trend menganggu  10  akhir Ramadhan seperti yang diamalkan oleh sebhagian masyarkat kita sebelum ini harus  diubah. Sibuk menghiasi rumah sepanjang Ramadhan  telah lama  ibu  ubah sejak memahami fikrah Islam lebih 30 tahun yang lalu. Rutinkan persiapan  hari raya perlu diselesaikan  menjelang Ramadhan. jadi apabila sampai bulan Ramadhan fikiran dan jiwa kita terfokus  untuk melaksanakan  Tamrin Ibadah dalam madrasah Ramadhan tanpa memikirkan soal dunia  lagi.  Kedua, pensucian  jiwa  perlu diutamakan  sebelum Ramadhan. Jalani proses  Takhali (mengosongkan jiwa daripada segala kesyirikan), proses  Tahali (hias dan isi jiwa hanya dengan Allah sahaja) Ikhlaskan niat hanya untuk Allah dan proses Tajalli, sentiasa  'online' hanya dengan Allah. Peranca