Nikmati Ramadhan As Saadah
Menjelang Ramadhan, bagi mereka yang faham betapa pentingnya menyambut tetamu agung (VVIP) khususnya Lailatul Qadr, maka dengan niat kerana Allah mereka akan segera membersihkan dan menghiasi rumah seperti menyambut Hari Raya. Trend menganggu 10 akhir Ramadhan seperti yang diamalkan oleh sebhagian masyarkat kita sebelum ini harus diubah. Sibuk menghiasi rumah sepanjang Ramadhan telah lama ibu ubah sejak memahami fikrah Islam lebih 30 tahun yang lalu. Rutinkan persiapan hari raya perlu diselesaikan menjelang Ramadhan. jadi apabila sampai bulan Ramadhan fikiran dan jiwa kita terfokus untuk melaksanakan Tamrin Ibadah dalam madrasah Ramadhan tanpa memikirkan soal dunia lagi.
Kedua, pensucian jiwa perlu diutamakan sebelum Ramadhan. Jalani proses Takhali (mengosongkan jiwa daripada segala kesyirikan), proses Tahali (hias dan isi jiwa hanya dengan Allah sahaja) Ikhlaskan niat hanya untuk Allah dan proses Tajalli, sentiasa 'online' hanya dengan Allah. Perancangan seperti ini amat penting agar nikmat manisnya puasa lebih dirasai sepanjang Ramadhan. Dengan persiapan ini, Insha Allah, Allah kurniakan kita suasana yang Saadah (bahagia) Bahagia kita ketika berbuka dan dapat bertemu Allah. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassalam;

مَنْ لَمْ
يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ
يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Artinya: Siapa yang tidak
meninggalkan perkataan dusta dan perbuatannya, maka Allah tidak mempunyai
sebuah keperluanpun untuk meninggalkan makan dan minumnya”. (HR.
Bukhari: 1903)
Justeru itu trend berbuka puasa dengan pelbagai juadah berbuka juga harus kita ubah. Cukup sekadar memakan 3 biji kurma, minum air dan terus solat Maghrib. Jika hendak makan berat sebaik-baiknya waktu sahur. Jika makan berat ketika berbuka, kesannya masa terawikh kita akan mengantuk dan cepat letih (malas). Nikmat ibadah terasa bagai satu siksaan, tidak lagi membahagiakan. Lebih membahagiakan apabila kita sentiasa membaca doa berikut agar dipertemukan kita semua dengan malam Qadr
اللهم باركلنا فى
شهر رمضان وبلغنا ليلة القدر
Ya Allah berkatilah
kami sepanjang bulan Ramadhan ini
dan temukanlah kami dengan malam
Qadr.
Ramadhan adalah bulan Al--Qur'an. Maka sepanjang Ramadhan cubalah sebaik-baiknya taddabur Al-Qu'an sampai suburnya rasa cinta terhadap al-Qur'an sepanjang hayat. Di antara doa yang menyuburkan rasa cinta

• أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِيْ وَنُورَ صَدْرِيْ
وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ
• …hendaknya Engkau menjadikan Al-Qur’an ini sebagai penyejuk
qalbuku, cahaya dalam dadaku, penghilang kesedihanku, dan penolak rasa gundahku.”
~(Dipetik dari sebuah hadits yang soheh, diriwayatkan
oleh Ibnu Hibban.)
Cubalah ulang-ulang ayat yang baru kita hafaz dalam solat malam (qiyamulail) sepanjang Ramadhan agar ayat-ayat suci itu menjadi darah daging kita sepanjang 11 bulan selepas Ramadhan.
Paling penting sepanjang Ramadhan pastikan infaq dan sedekah lebih aktif lagi. Perbanyakkan solat sunat, amal soleh hanya harapkan keredhaan Allah. Ajak orang berbuka puasa. Santuni anak yatim dan fakir miskin. Insha Allah nikmat saadah akan lebih terasa lagi. Aamiin
1. Siyam (Puasa)
2. Qiyam ( solat malam)
3. Sedekah
4. Baca Qur'an
5. Zikir
Ya Allah bahagiakanlah mereka yang berusaha menjalani proses tarbiyah dalam Madrasah Ramadhan ini. Kurniakanlah kami nikmat bertemu dengan lailatul qadr. aamiin

![]() | |
Seminar Menyuburkan Cinta terhadap Al-Qur'an 3 Mei 2019 |
Comments
Post a Comment