Posts

Showing posts from March, 2018

Generasi Muda Berjiwa Rabbani

Image
Alhamdulillahi robbil alamin, ibu amat bersyukur Allah izin  berpeluang dapat mengenalpasti anak muda soleh berjiwa Rabbani  dalam group Whats app family Top 13. Ibu amat bangga dan rasa izzah dengan kehadiran mereka membela kebenaran walaupun berhadapan dengan senior-senior yang cuba mengubah pemikiran mereka. Insya Allah dari generasi kalianlah nanti akan lahirnya  generasi Rabbani sebagai 'rahmatan lil alamin' Generasi Rahmatan lil alamin tidak akan  lahir  dari mereka  yang bercelaru fikrahnya. Sesungguhnya kekuatan itu hanya dari Allah. Kita perlu berani menyuarakan Al-Haq walaupun kebatilan subur di sekitar kita  cuba memijak dan meracuni fikiran dan jiwa kita agar  menyebelahi pihak mereka. Sebab itu  ibu sering ingatkan sesiapa sahaja  yang bertanya, 'nak pangkah mana PRU14 nanti?' Jawapannya  "solat  istikhorah  dahulu, biar Allah  yang pilihkan untuk kita, sebab ini adalah amal soleh  yang menyelamatkan kita bukan sahaja di dunia  bahkan di akhirat

Alhamdulillah, Pewaris Kita Ramai

Image
Hari Jumaat , 16 Mac 2018 bersamaan 26 Jamadil Akhir ibu dikunjungi  oleh sekumpulan  pelajar  Ijazah Sarjana Muda  Bimbingan Kaunseling Dengan Kepujian  UUM ( Universiti  Utara Malaysia, Sintok) Mereka ingin  mengikuti  sesi Kaunseling Rabbani untuk  menyiapkan  tugasan  yang diberi oleh pensyarah  mereka. Salah seorang daripada  pelajar itu  mempersoalkan apa yang dipelajarinya selama beberapa  semester. "Ya Allah, ibu...baru kali ini saya dengar kaunseling Rabbani  dan kesannya  membawa  kita  mengingati Allah  dan ingat hari  Akhirat. Sebelum ini saya  selalu  berjumpa  dengan kaunselor-kaunselor  di sana  sini tetapi tak  jumpa  jalan keluar, bahkan menambah beban..."  Adu  salah seorang pelajar  di akhir sesi kaunseling  individu. Ibu ditawarkan agar  peruntukkan  sedikit masa   beri 'talk' tentang Kaunseling  Rabbani di UUM oleh pelajar  tersebut. Pelajar  cerdik itu sering mengkrtitik  teori-teori kaunseling  Barat  yang  indah pada  nama  tetapi  tidak p

Dah Tua?

Image
Tajuk 'dah tua' ini menyebabkan ibu tergelak kecil terkenang Maher cucu dari Johor menumpang Tadika di sebelah rumah. Ketika mana ibu ceritakan 'sakit kaki' dan bawanya turun dari tingkat atas...ketika mana memahamkannya keadaan ibu, tiba-tiba dia mencelah..."dah lah tua..." Memang benar-benar  dia faham, lantas menyedarkan tok ibunya sudah tua. Memang kelakar  cucu seorang ini, selamba sahaja dia  berkata-kata. Kekuatannya adalah sangat tegas dengan pendiriannya. Kelemahannya  menepati fitrah seorang  kanak-kanak begitulah hakikatnya Budaya mengadu sana, mengadu sini biasanya menjadi amalan kanak-kanak atau mereka yang masih  berfikiran  kanak-kanak walaupun zahirnya sudah dewasa dan sedang menuju usia tua. Keadaan ini lebih terserlah menjelang  pilihanraya tidak lama lagi.  Bendera  parti pemerintah dan parti-parti  lawannya mulai berkibar di sana  sini walaupun Parlimen masih  belum dibubarkan.  Bekas  PM terkenal  suatu ketika  dahulu, kita  sud

Nikmat Menangis

Image
Dalam daurah murabiyyah bulanan terkini, timbul satu persoalan tentang sedih dan menangis.  1. Adakah sedih itu tanda kita tidak redha? 2. Jika tidak menangis ketika berdoa, adakah itu tanda kita angkuh? Murabbi memberi peluang kepada sahibah-sahibah menjawab soalan  pertama. Ada yang menjawab, menangis itu fitrah menjadi ibadah jika kerana Allah. Yang penting menangis tidak menyalahkan sesiapa. Menangis kerana dosa-dosa diri atau diri rasa lemah berhadapan dengan ujian dan sangat mengharapkan pertolongan Allah. Ibu diberi peluang menjawab soalan kedua. Sebenarnya menangis itu nikmat kurniaan Allah. Penilaian Allah bukan pada mata zahir, tetapi pada mata bathin (mata hati nurani) .Jika kedua-dua mata zahir dan bathin dapat peluang menangis ketika bersujud, Masya Allah, alangkah nikmatnya... Angkuh itu bila kita tak berdoa. Berdoa tetapi tidak menangis, bukanlah angkuh sebab mungkin jiwanya menangis dan merintih kepada Allah. Wallahu alam. Surat Al Isra Ayat 109  وَيَخِ