Alhamdulillah, Pewaris Kita Ramai
Hari Jumaat , 16 Mac 2018 bersamaan 26 Jamadil Akhir ibu dikunjungi oleh sekumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bimbingan Kaunseling Dengan Kepujian UUM ( Universiti Utara Malaysia, Sintok) Mereka ingin mengikuti sesi Kaunseling Rabbani untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah mereka. Salah seorang daripada pelajar itu mempersoalkan apa yang dipelajarinya selama beberapa semester. "Ya Allah, ibu...baru kali ini saya dengar kaunseling Rabbani dan kesannya membawa kita mengingati Allah dan ingat hari Akhirat. Sebelum ini saya selalu berjumpa dengan kaunselor-kaunselor di sana sini tetapi tak jumpa jalan keluar, bahkan menambah beban..." Adu salah seorang pelajar di akhir sesi kaunseling individu.
Ibu ditawarkan agar peruntukkan sedikit masa beri 'talk' tentang Kaunseling Rabbani di UUM oleh pelajar tersebut. Pelajar cerdik itu sering mengkrtitik teori-teori kaunseling Barat yang indah pada nama tetapi tidak praktikal di dunia kenyataan. Teori tersebut tidak serasi dengan fitrah manusia diciptakan. Ibu serahkan kepada Allah, Dia akan aturkan waktu terbaik untuk ibu ke UUM suatu ketika nanti. Mungkin selepas Syawal atau selesai Musim Haji. Insya Allah .
![]() |
Pewaris Kaunseling Rabbani dari UUM~ 3 Generasi |
Buat masa sekarang, ibu perlu fokus kepada pembinaan team generasi pewaris mempraktikkan Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga. Alhamdulillah, Insya Allah moga Allah permudahkan urusan mulia ini.
Indah sungguh suasana yang Allah aturkan kerana sesuai dengan fokus untuk mempraktikkan kandungan Buku Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga. Lebih-lebih lagi Taska Matri juga baru selesai didaftarkan dan perlu beri lebih komitmen membangun generasi pewaris sejak umur bawah 4 tahun, dengan mengaktifkan tenaga penggerak yang sedia ada. Insya Allah, cucu-cucu di rumah dan di Johor juga bakal mendapat manfaatnya kelak. Buku itu masih belum dipasarkan, menunggu pakar-pakar pendidik Asuhan Awal Kanak-Kanak menokok tambah sedikit apa yang patut.
Badai yang bertiup sayu dalam bahtera kami bakal berakhir Insya Allah kesan kesabaran seorang ayah yang puluhan tahun lamanya.
وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ
Maksudnya; "dan kepada Allahlah segalanya dikembalikan." Natijah adalah milik Allah dan hanya dengan pertolongan Allah SWT sahaja segalanya dapat dipulihkan. Inilah jalan terbaik, serah kepada Allah.
Menurut murabbiku 'Alhamdulillah Pewaris Kita Ramai.'
Siapa sahaja yang ada kerendahan hati untuk ikuti proses tarbiyah, merekalah pewaris kita. Kami berusaha semaksimanya mohon Allah runtuhkan segala kebatilan dan angkat hijab yang menghalang ukhuwwah sesama kita.
Selepas kami ikuti program Ruqyah, dalam perjalanan pulang, ibu sempat bertanya.
"Betulkah jika ada anak-anak meragam buat hal sampai ke tua, sebab masa kecilnya kurang mendapat kasih sayang?" Murabbi menganggukkan kepala dengan wajah sebak tanpa sebarang kata. Ibu tidak sedikitpun menyalahkannya, sebaliknya cuba memahami. Kelemahan di masa lalu adalah ujian bagi anak-anak untuk memahami. Kesibukan seorang ayah yang ketika itu Allah pilih baru dapat mengenal erti dakwah dan tarbiyah. Kurang kasih sayang di masa lampau bukan bererti mereka rugi selamanya, sebaliknya kini mereka dilimpahi kekayaan berkah seorang ayah yang soleh dengan doa keampunan dan jiwa memaafkan. Bersihkanlah segala pendaman-pendaman yang berkeladak di dalam jiwa dengan memaafkan dan lupakan segala yang sudah berlalu. Jika tidak dibersihkan akan mengundang syaitan menganggu silaturahim.
Mengikis dan menghilangkan karat-karat jahiliyah dalam jiwa hampir sama prosesnya memerangi lebihan kolestrol dalam badan. Perlu riadhah untuk membuangnya. Proses membuangnya memang akan terasa sakit. Dalam proses membuangnya perlu diisi dengan air yang bersih. Katakanlah 'No' pada gula, lemak, lebihan garam dan karbohiderat. Berikut adalah contoh terbaik untuk kita sama-sama manfaatkan memerangi lebihan kolestrol;

Allah hantar 3 Rijal dari Bintulu bakal menjadi Dai'e di sana. Insya Allah |

Comments
Post a Comment