Generasi Muda Berjiwa Rabbani

Alhamdulillahi robbil alamin, ibu amat bersyukur Allah izin  berpeluang dapat mengenalpasti anak muda soleh berjiwa Rabbani  dalam group Whats app family Top 13. Ibu amat bangga dan rasa izzah dengan kehadiran mereka membela kebenaran walaupun berhadapan dengan senior-senior yang cuba mengubah pemikiran mereka. Insya Allah dari generasi kalianlah nanti akan lahirnya  generasi Rabbani sebagai 'rahmatan lil alamin'

Generasi Rahmatan lil alamin tidak akan  lahir  dari mereka  yang bercelaru fikrahnya. Sesungguhnya kekuatan itu hanya dari Allah. Kita perlu berani menyuarakan Al-Haq walaupun kebatilan subur di sekitar kita  cuba memijak dan meracuni fikiran dan jiwa kita agar  menyebelahi pihak mereka. Sebab itu  ibu sering ingatkan sesiapa sahaja  yang bertanya, 'nak pangkah mana PRU14 nanti?'
Jawapannya  "solat  istikhorah  dahulu, biar Allah  yang pilihkan untuk kita, sebab ini adalah amal soleh  yang menyelamatkan kita bukan sahaja di dunia  bahkan di akhirat nanti"

Yang penting niat   untuk menolong  Islam, satu-satunya Deen  yang Allah redha. Natijah kita serahkan kepada Allah. Tidak mungkin Islam akan menang  jika kita bersekongkol dengan musuh-musuh Islam walaupun zahirnya nampak 'gah' dan kuat. Ramai cerdik pandai  Melayu jadi ghurur dan terperangkap  dalam perangkap musuh-musuh Islam. Tergoda untuk merampas kuasa melalui PRU14, tidak kira dengan apa cara sekalipun termasuk memusuhi ulamak-ulamak. Hilang segala hala tuju kehidupan di bumi ini, khususnya untuk menjawab persoalan berikut;
1. Dari mana asalnya  kamu?
2. Untuk apa kamu dilahirkan di muka bumi ini?
3. Ke manakah akhirnya  kehidupan kamu?

Syukurlah anak mudah "Ashabul Kahfi abad 21' dalam Top 13 memahami Deen. Mereka faham biarpun parti ulamak-ulamak itu  bersendirian, tidak bersekutu dengan parti-parti lain namun mereka amat yakin Insya Allah, Allah sentiasa  bersama menolong mereka yang  menginfakkan diri untuk menolong Deen Allah. 

Dengan jawapan demikian, kebanyakan  anak muda dan ibu-ibu muda yang sedang  dilema kerana  fikiran mereka  telah diracuni memburukkan ulamak akan terdiam dan muhasabah diri. Takut hendak menghina ulamak lagi. Apapun usaha kita, pastikan REDHA Allah di hadapan kita, bukan redha manusia yang kita harapkan.


Minggu lepas ibu rasa lemas dan hampir 'left group' selepas  tergerak hati nak menegur  ahli keluarga agar  dalam group family  Top 13  tidak  viralkan  sebarang  fitnah memburuk-burukkan  ulamak demi menjaga ukhuwwah dan silaturahim. Ada yang tidak setuju ibu 'left out' dan  minta ibu kawal emosi. Ibu cuba untuk terus bersabar  berada dalam group tersebut kerana sayangkan mereka.  

Alhamdulillah, pandangan ibu disokong oleh anak muda  berwawasan Akhirat. Maklumlah  tak lama  lagi Parlimen akan dibubarkan dan Pilihanraya dijangka  diadakan pada  awal Mei 2018. Memang letih melawan fitnah  bertaburan sana sini, tidak terkecuali dengan pandangan berbeza di kalangan veteran yang  menyokong  PH (Pakatan Harapan) dalam keluarga  ibu termasuk orang kuat salah satu NGO. 

Keasyikan mereka  menyokong PH sampai terlajak  dan tergamak memburuk-burukkan ulamak khususnya  yang  di'gam' kerana  berdoa  merujuk Qunut  Nazilah menyebut  perkataan 'Pakatan Jahat.' Ibarat kata pepatah Melayu 'siapa yang makan cili akan terasa pedasnya' dan menjelang PRU 14. Apa lagi  PH sentiasa mengintai-intai kelemahan pihak lawan dan  berusaha semakisma mungkin  mem'viral'nya agar pihak lawan itu mendapat aib di mata masyarakat.  

Merujuk doa itu, Kerajaan Selangor dikuasai oleh parti PH mentafsirkan  'Pakatan Jahat' yang dimaksudkan itu adalah diri  dan team mereka. Yang ibu faham qunut Nazilah itu telah lama dibaca oleh khatib ketika doa qunut dan memang Rasulullah sallallahu alaihi wassalam amalkan untuk menghancurkan 'Pakatan jahat' yang terdiri daripada golongan Kafir Yahudi dan Munafik. Murabbi  ibu jelaskan termasuk juga pakatan Jahat itu adalah golongan Nasrani dan Majusi yang memusuhi Islam. Ibu minta mereka baca kitab tafsir menjelaskan tentang qunut Nazilah. Sebaliknya veteren itu marah berapi-api. Salah seorang  anak muda keluarkan artikel dan video 'Tazkiyatun Nafs dan bahayanya orang bodoh sombong.'  Depa tak peduli, masih viralkan pelbagai  aneka  you tube dan artikel memburukkan ulamak-ulamak  itu.

Bagaikan pertandingan  sepak bola,  dalam group whats apps  family, ada veteren diberi kad kuning oleh admin kerana mengutuk ulamak berlebih-lebihan. Ada  ahli keluarga nak jadi pemerhati dan ada juga menawarkan diri menjadi refree. Ketika  mana  berapi-api bahasa veteran family mengutuk ustaz tersebut hingga meleret-leret  menyebabkan ramai  anak-anak  muda  dalam family bangkit  bersuara dalam group membela ulama yang dikutuk. 

Alhamdulillah  Allah hantar  anak muda berjiwa Rabbani, termasuk  anak ibu membela  golongan ulamak yang teruk difitnah. Moga  menjadi amal soleh kami, tidak mahu umat Islam bercakaran dan bermusuhan kerana  kotornya politik  hari ini. Bagi ibu, seburuk manapun ulamak itu pada pandangan masyarakat, selagi mana  dia merujuk Qur'an dan Hadis, tidak layak kita menghinanya. Siapa kita  berbanding mereka yang sentiasa  merujuk Qur'an dan Hadis. Yang  asyik merujuk you tube dan pelbagai sumber  internet  itupun kurang merujuk Qur'an. Di sinilah punca  masalahnya.

Jalan keluar terbaik Allah ilhamkan agar masing-masing  muhasabah diri, mampukah kita  menanggung azab kubur  kerana  menyebar fitnah seperti itu. Salah satu punca ahli kubur  diazab  kerana menabur  fitnah. 
Dengarlah  you tube berikut;


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil