Posts

Showing posts from December, 2018

Masya Allah, Inilah Kisah Teladan dari Umar RA dan Menjadi Sebab Keberka...

Image

Selepas 2018, Allah Aturkan Agenda Yang Terbaik, Ins Sha Allah

Image
Tinggal beberapa  hari sahaja  lagi tahun 2018 meninggalkan kita. Benar kata Imam Ghazali  dalam teka tekinya "apakah yang terlalu jauh dari kita?" Jawapannya adalah 'masa lalu'  Kita tidak boleh kembali ke masa lalu walaupun naik jet paling laju sekalipun.  Yang ada hanyalah kenangan iaitu kenangan pahit  dan manis berada di dalam 'mehnah dakwah dan tarbiyah'. Ibu amat  yakin dengan janji Allah bahawa  hanya Taqwa  dan kesolehan  ibu bapa  yang menjamin keselamatan  akidah anak cucu cicit  hingga  hari kiamat kelak. justeru itu amat perlu kita istiqomah  berdakwah dan mentarbiyah diri dalam  jamaah  hingga akhir hayat...Alhamdulillah  syukur ke hadrat  Allah SWT kini  ibu berada  di lubuk D&T dan masih mengaji input   yang menurut Murabbai, UAHO "input ini tiada di universiti mana sekalipun." Agenda paling  menarik Allah aturkan buat ibu, menjelang tahun 2019 adalah idea  membumikan Kaunseling Rabbani dan Asuhan Tarbawi Mutiara Syu

Sudah Tidak Sehaluan? Apa Solusinya?

Image
بسم الله  الرحمن الرحيم إنما أشكوا بثي وحزني إلى الله "Sesungguhnya hanya kepada Allah aku adukan kesusahanku dan kesedihanku"                                  (Surah Yusuf: ayat 86) Segala puji-pujian  hanya milik Allah yang masih memberi kita peluang untuk meneruskan ibadah hanya kepada-Nya mensyukuri  nikmat Iman dan Islam  yang Syamil, Kamil dan Mutakkamil. Tunduklah  wahai jiwa  untuk istiqomah menyakini  sesungguhnya Allah Al Barr ( Maha Baik) , Al-Qowi (Maha Kuat), Al Hakiim  (Maha Bijaksana), Al-Ghaniyy , Al Mughniyy....... Berfikir   dan berzikirlah dengan menyebut  Asma Allah yang Maha Mulia.  Rabb  yang  memiliki   dan  mengatur segala  kesempurnaan kehidupan di langit dan di bumi untuk menguji keimanan  para hamba-Nya.  Mendengar input Syeikh Yusuf Al Qardhawi  malam tadi  amat  tersentuh jiwa  ibu. Ummah kini berada di dalam keadaan yang amat merbahaya berpunca dari masalah akidah yang rosak. Ramai mendakwa  sudah menunaikan  tanggungjawab sebagai seora

Taddabur Alam~ Berbaktilah kepada Tanah

Image
9.12.18 ~ Dalam perjalanan pulang  dari Selatan, Allah izin sempat kami singgah melawat seorang  teman  di Sungai Petani,Kedah,  setelah sekian lama rancangan menziarahinya asyik tertangguh. Dalam tempoh lebih  6 bulan beliau kehilangan  berat badan 20 Kg. Dari 58Kg menjadi 38Kg gara-gara kononnya di 'sihir'. Wallahu alam. Menurutnya  keadaan  ini berlaku setelah beberapa tahun  suaminya  berkahwin lagi. Kesihatanya bertambah kritikal apabila sebelah mata kanannya kabur kerana  diselaput;  katarak.  Memang kasihan lihat wajahnya tidak ceria,kurus kering  menanggung derita yang masih belum berakhir. Terapi SEFT (Spiritual Emotional Freedom Technique) ibu ulang  dua kali di samping sedikit  pengisian rohani dengan izin Allah menyuburkan harapan dan rasa redha 'ikhlas dan pasrah'  bahawa  di syurga nanti tidak ada lagi kesakitan, semuanya sihat. Nak dapat  syurga Allah amat  perlukan redha Allah, justeru  itu bersabarlah dan  berbaik sangkalah kepada  takdir Allah. Ber

Nikmat Musafir Umur Emas

Image
Berita  yang sungguh menakjubkan ibu, seorang   jemaah umrah dari Malaysia meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju Raudhah Masjid Nabawi, Masya Allah bahagianya Almarhumah...Berita lanjut sila rujuk artikel di sini  Meninggal Di Raudhah . Tergenang  air mata memikirkan betapa  Maha Pemurah dan Penyayangnya Allah menyampaikan hajat para hamba-Nya. Terdetik di qalbu ini, Insya Allah, suatu masa nanti akan sampai giliranku. "Ya Allah, sampaikan hajatku, wafatkan aku  di bumi nabi-MU" Ini  merupakan impian ibu sejak mengetahui sejarah tentang  Perkuburan Baqi' di mana berhimpunnya jasad para syuhada  yang berjuang di jalan Allah. Semoga  jasadku juga  terpilih dikuburkan di sana. Insya Allah, Aamiin  Ya Rabbal Alamin. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, musafir dan percutian kami  bermula sebaik sahaja berakhirnya notis  suami melepaskan jawatan Mudir Matri. 30 November ibu diundang memulakan TOT Kaunseling Rabbani  di  Taska/Tadika Smartop Subur Fitrah Tangkak,