Nikmat Musafir Umur Emas
Berita yang sungguh menakjubkan ibu, seorang jemaah umrah dari Malaysia meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju Raudhah Masjid Nabawi, Masya Allah bahagianya Almarhumah...Berita lanjut sila rujuk artikel di sini Meninggal Di Raudhah. Tergenang air mata memikirkan betapa Maha Pemurah dan Penyayangnya Allah menyampaikan hajat para hamba-Nya. Terdetik di qalbu ini, Insya Allah, suatu masa nanti akan sampai giliranku.
"Ya Allah, sampaikan hajatku, wafatkan aku di bumi nabi-MU" Ini merupakan impian ibu sejak mengetahui sejarah tentang Perkuburan Baqi' di mana berhimpunnya jasad para syuhada yang berjuang di jalan Allah. Semoga jasadku juga terpilih dikuburkan di sana. Insya Allah, Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, musafir dan percutian kami bermula sebaik sahaja berakhirnya notis suami melepaskan jawatan Mudir Matri. 30 November ibu diundang memulakan TOT Kaunseling Rabbani di Taska/Tadika Smartop Subur Fitrah Tangkak, Johor. Jazakumullahu khyran kathira kepada barisan ALP Subur Fitrah masih 'thiqah' dengan risalah Rabbani yang terkandung dalam buku tersebut dan mereka berharap pengisian tersebut dibuat pada setiap bulan. Paling kurang dua bulan sekali. Ibu serahkan kepada Allah aturkan jadual terbaik sepanjang tahun 2019 nanti.
Jarak terlalu jauh antara utara dan selatan bukanlah alasan untuk ibu menolaknya tetapi merupakan peluang untuk ibu selalu balik kampung bertemu dengan mereka yang ibu rindu selalu, khususnya kakak-kakak ibu yang menjadi sumber inspirasi untuk ibu selalu berdamping dengan Al-Qur'an. Seronok melihat perkembangan kak Ngah kini tidak lagi bekerja namun masanya sentiasa penuh dengan mengajar Al-Qur'an. Rumahnya kini sedang di 'renovate' menyiapkan sebuah dewan/kelas Al-Qur'an, Insya Allah di sinilah kelak Kaunseling Rabbani akan dibumikan berkat sokongan padu kakak-kakak kandung sendiri. Mereka lebih kenal kelemahan dan kemampuan ibu, Mungkin inilah takdir Allah permudahkan agar kami yang tidak berjauhan, maklum saja merekalah teman susah senang dan teman menangis ketika diuji... Alhamdulillah

![]() |
Menziarahi Teman Suami di Pontian ~ 2hb Disember 2018 |
Mulai hari Jumaat hingga Rabu, 5 Disember kami bermalam di Batu Pahat sepenuhnya agar suami dapat istirehat tanpa pindah randah dan dapat fokus membaca dan menulis kertas kerja seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Sekali sekala kami bawanya menziarahi teman rapat di Pontian dari Tanjung Piai, menziarahi besan dan permudahkannya memberi ceramah ijtima' am untuk sahabat Batu Pahat. Allah, rindunya ibu suasana perhimpunan ini, rasa seperti benar-benar balik kampung. Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat kami berhimpun dan beramal jamai'ie selalu sejak awal tahun 1993 hingga Mei 2013.
Jazakumullahu khyran kathira kepada anak menantu dan cucu-cucu ibu yang telah sudi menemani dan menyusun atur agenda ziarah khas untuk ibu sahaja ketikamana suami beristirehat sambil menyiapkan kertas kerja di rumah. Kami berkunjung hingga ke Rantau Negeri Sembilan, memenuhi undangan perkahwinan anak yatim yang pernah bermanja dengan ibu ketika kami berjiran di Taman Megah Batu Pahat.
Kunjungan awal ke rumah bekas adik ipar yang akan melangsungkan walimatul urus anak sulung pada 8 Disember sungguh mengharukan. Mereka menasihati agar ibu ziarahi bonda dan sekaligus dapat berjumpa bekas abang ipar yang kini uzur kerana kanser. Menitis air mata dipeluk cium bonda sambil katanya " Mak tunggu awak sampai... mak ingat tak dapat jumpa awak lagi..." Tergenang air matanya. Benarlah pepatah Melayu menyebut "air dicincang tidak akan putus"
Anak menantu dan cucu-cucu ibu adalah perantara menjadi pemudah cara memberi ibu peluang menziarahi bonda. Inilah satu-satunya bonda yang ibu ada sekarang. Dalam Islam memang wajib kita menjaga dan bersilaturahim. Pesanan buat bekas abang ipar ibu share pengalaman suami ibu makan ubat dan doa-doa yang dibacanya. "Sebenarnya yang menyembuhkan adalah Allah, ubat ni ikhtiar kita sahaja" Pesan suami ibu ketika ibu minta izin menziarahi mereka di Muar.
Alhamdulillah, bagi ibu musafir kali ini adalah 'Family Day' yang sebenarnya yang sungguh bermakna dalam sejarah. Kami sentiasa dilayani bagai tetamu, tidak disusahkan dengan agenda memasak atau sebarang urusan yang merunsingkan orang tua. "Ya Allah kurniakanlah rezeki yang berkah dan halalan toiyiiban yang mencurah-curah buat anak menantuku menolong Deen-MU." Lebih seronok lagi apabila kami sama-sama dapat mendengar ceramah ringkas Ustaz Budi tentang satu hadis yang mengerunkan tentang tujuan menuntut ilmu, di antaranya yang bermaksud:
"Barang siapa yang menuntut ilmu kerana dunia,maka ia tidak akan mencium bau syurga"
Hadis ini pernah dibaca tetapi sering dilupakan kerana godaan dunia tidak pernah berhenti, apa lagi hawa nafsu tidak dididik dan syaitan pula tidak pernah berhenti menganggu untuk menyesatkan anak Adam.
Seronok tengok Kak Ngah sejak bersara, fokusnya hanya membaca dan mengajar Al-Qur'an. Agenda mengemas rumah dan memasak makanan yang disukai tetamunya diserahkaan kepada anak menantunya dan pembantu peribadinya. Makan minum tidak menjadi agenda utamanya lagi.
Keadaan seperti kak Ngah inilah yang ibu harapkan dan semua pihak perlu memahami kerjaya utama ibu BUKAN memasak. Ibu harapkan di mana saja ibu berada, ibu tidak dibebankan dengan agenda yang menganggu fokus utama iaitu menulis dan sesi kaunseling Rabbani. Benar kata ustaz Budi Ashari bahayanya budaya kuliner...Ikut sunnah Rasul SAW, kita makan apa yang ada, jika tak ada puasa! Mudah bukan? Kerana makan, kadang kala ada yang bermasam muka, tidak bertegur sapa, rasa tidak selesa dan ingin mengata. Pesanan suami amat memujuk hati ini, usah dilayan isu-isu kecil dan tak penting. Kita ada agenda yang utama yang perlu kita dahulukan iaitu Dakwah dan tarbiyah.

Comments
Post a Comment