Sudah Tidak Sehaluan? Apa Solusinya?
بسم الله الرحمن الرحيم
Tawanlah hati mereka dengan mencintai Allah, Insha Allah akan tunduk akal mereka mencintai Allah dan Rasul melebihi dari segala-galanya.
إنما أشكوا بثي وحزني إلى الله
"Sesungguhnya hanya kepada Allah aku adukan kesusahanku dan kesedihanku"
(Surah Yusuf: ayat 86)
Segala puji-pujian hanya milik Allah yang masih memberi kita peluang untuk meneruskan ibadah hanya kepada-Nya mensyukuri nikmat Iman dan Islam yang Syamil, Kamil dan Mutakkamil. Tunduklah wahai jiwa untuk istiqomah menyakini sesungguhnya Allah Al Barr ( Maha Baik) , Al-Qowi (Maha Kuat), Al Hakiim (Maha Bijaksana), Al-Ghaniyy , Al Mughniyy....... Berfikir dan berzikirlah dengan menyebut Asma Allah yang Maha Mulia. Rabb yang memiliki dan mengatur segala kesempurnaan kehidupan di langit dan di bumi untuk menguji keimanan para hamba-Nya.

Mendengar input Syeikh Yusuf Al Qardhawi malam tadi amat tersentuh jiwa ibu. Ummah kini berada di dalam keadaan yang amat merbahaya berpunca dari masalah akidah yang rosak. Ramai mendakwa sudah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim seperti solat, puasa, kerjakan umrah dan haji dan segala kebajikan namun di sudut hatinya masalah Tauhid Uluhiyyah tillah dan tauhid Asma wa Sifat masih tidak jelas dan pincang dalam perlaksanaan kehidupan. Pendek kata masih berani men'syirik'kan Allah SWT. Sedangkan hak Allah agar para hamba-Nya tidak sekali-kali berani menyegutukan-Nya dengan sebarang kepentingan dunia. Peranan kita adalah mentauhidkannya , menyerah diri hanya kepada-Nya 100% tanpa sebarang soalan dan alasan. Contoh paling simple: Apabila anak dipuji 'pandainya anak awak' terus si ayah jawab "lihatlah siapa ayahnya?" - ini petanda rosak akidah kerana tidak kembalikan pujian itu hanya milik Allah. sepatutnya sebut "Alhamdulillah, Allah al-Alim kurniakan sedikit ilmunya untuk kita bantu Islam..."
Contoh yang lain "Wah bagusnya business awak makin maju", Pengusaha itu terus jawab "syarikat ini memang dah banyak pengalaman, dah lebih 30 tahun usianya"- Ini juga petanda rosak akidah..
Sepatutnya jawab "Alhamdulillah Allah Al -Ghaniy , Al Mughniy yang ilhamkan perjalanan business ini agar kita dapat membantu Deen-Nya"
Kerosakan akidah ini juga menjadi salah satu punca utama berlakunya perceraian, berpecahnya keluarga dan putus silaturahim.
Seorang bekas muazin Masjidil Haram pernah mengajar kami zikir yang wajar kita amalkan terus untuk dapatkan redha Allah di dunia dan akhirat. Semoga kukuh tauhid kita selamanya...Insh Sha Allah
Allahumma ya Fattah, Ya Razzaq, ya Mughniy, Ya Kafii, Ya Rahim ya Waddud.."
Keadaan umat Islam kini berpecah belah menyebabkan musuh-musuh termasuk syaitan sentiasa mengambil peluang untuk mengambil alih kuasa dan monitor umat Islam seperti robot. Pelbagai tuduhan disembur kepada pihak PAS kononnya menjadi punca pecah belah orang Melayu di Malaysia. Berita terkini agak mengemparkan apabila anak sulung TPM meletakkan jawatannya dalam parti dan mendapat khabar angin akan menubuhkan parti politik baru bersama rakan seperjuangan yang masih muda belaka. Alhamdulillah, TPM dan suaminya tidak 'melenting' dan bertindak emosi. Kesenyapan atau diam serta doa terbaik merupakan alternatif yang ada bagi orang yang beriman.
Dalam apa masalah sekalipun yang kita hadapi, Muhasabahlah sejauhmanakah telah kita usahakan mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta ummah seluruhnya mngenal Allah, mengenal Islam yang syamil, kamil dan mutakkamil? Seperti dalam sistem pendidikan, urusan businees juga amat memerlukan 3 aspek utama seperti berikut;
1. Manhaj (sistem) yang merujuk Qur'an dan Sunnah
2. Murabbi yang menjadi khudwah hasanah
3. Bi'ah solehah (Persekitaran yang meransang amar maaruf nahi mungkar)
Nabi Yaakob merupakan seorang ayah yang soleh, walaupun berjauhan dengan anak kesayangannya Nabi Yusuf selama 40 tahun sebaliknya sentiasa dikelilingi oleh anak-anak bermasalah namun kesabarannya yang indah (sobrun jamil) serta doa yang berterusan akhirnya telah berjaya menyatukan anak-anaknya. Belajarlah sabar dari Nabi Yaakob, inilah hikmahnya Allah turunkan Al-Qur'an bukan setakat dibaca sahaja.
إنما أشكوا بثي وحزني إلى الله
"Sesungguhnya hanya kepada Allah aku adukan kesusahanku dan kesedihanku"
(Surah Yusuf: ayat 86)
Suasana inilah yang sedang ibu pelajari dari murabbi ibu sekarang, tidak mengharapkan sebarang natijah di dunia ini, sebaliknya terus berdiam dan bersabar serta doakan yang terbaik untuk dunia dan akhirat anak-anak. Berikut adalah cara untuk ''flush' hutang emosi agar anak-anak memaafkan kedua ibu bapanya yang tersilap cara mendidik kerana kurang ilmu 'parenting' yang menyebabkan anak-anak memendam rasa dan sukar memaafkan.

Sekiranya ibu bapa perna berkata-kata yang penuh emosi menuduh anak muda 'tamak' , ter'gesa-gesa' dengan pelbagai label negatif adalah merupakan solusi yang tidak bijaksana didorong oleh 'ego' dan hawa nafsu yang liar dan sudah lama tidak dididik. Seorang anak tidak sehaluan dengan ibu atau ayah dalam kerjaya tidak bolehlah ibu atau ayah melabel anak itu dengan pelbagai label negatif, seolah-olah memaksa anak ikut kehendak dan telunjuknya sahaja yang kononnya betul belaka. Sekiranya anak tidak sehaluan dilabel anak itu 'salah'. Tidak adil pertimbangan seperti itu.
Tolonglah cermin diri dahulu, lihat diri sendiri sebelum menuduh. Jika ada ibu atau ayah yang memiliki pemikiran negatif sedemikian rupa, maka muhasabahlah diri. Sejauhmanakah proses Tarbiyah Islamiyah Harakiyah yang kita warisi dari Rasulullah SAW berkesan mendidik dan menjinakkan jiwa kita? Sejauhmana proses tarbiyah menyubur dan mengukuhkan Tauhid uluhiyyah dalam jiwa kita? tanpa tauhid ini kehidupan kita tidak bahagia kerana diwarbai dengan kesombongan, keangkuhan' seperti mendongaknya lalang yang tak sedar diri zahirnya lemah hanya melayang ikut arus angin, tiada pendirian yang kukuh. Jika ibu bapa gagal mendidik jiwa sendiri dan keluarga, bagaimana mungkin kita mampu mendidik anak-anak yang semakin dewasa dan matang membuat pilihan demi masa hadapannya di dunia dan akhirat mereka?
![]() |
Ulang kaji Muhasabah 10 Muwasafat Tarbiyah kita.... |
Tentang urusan dunia, tidak mengapa jika tidak sehaluan , sama-sama kita kecilkan masalah, dan BESARkan Allah ( Allahu Akbar) hubungan keluarga dan silaturahim tetap terpelihara. Pelbagai usaha boleh diikhtiarkan melalui kolaborasi dan berkerjasama kelak dengan urusan yang ada persamaan. Urusan yang tidak sehaluan, eloklah saling memaafkan dan saling mendoakan. yang terbaik demi akhirat kita. Jom sama-sama kita istighfar dan bertaubat di atas kejahilan kita selama ini, sucikan jiwa untuk sentiasa mentauhidkan Allah SWT sepanjang hayat kita. Insha Allah
Tawanlah hati mereka dengan mencintai Allah, Insha Allah akan tunduk akal mereka mencintai Allah dan Rasul melebihi dari segala-galanya.
Mohon Maaf jika ada yang tersentuh dengan kata-kata ibu, abaikanlah itu adalah kelemahan ibu. Yang hak itu dari Allah jua.
Sekian Wassalam.
Comments
Post a Comment