Posts

Showing posts from August, 2019

Anak Menjadi Tuan?

Image
Salam Merdeka kali ke-62 (Sabtu) dan Salam Tahun Baharu  Hijrah 1441 (Ahad) Alhamdulillah segala puji-pujian  hanya milik Allah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan SAW.  Semoga  Allah merdekakan kita semua  dari kongkongan hawa nafsu dan gangguan syaitan serta kurniakan kita Hidayah dan Taufiq-Nya menikmati  kemanisan Hijrah menuju kepada Redha-Nya.  Sedikit  pengalaman yang  ingin ibu kongsikan berlaku pada petang Jumaat yang penuh barokah 30 Ogos 2019. Ibu dikejutkan dengan panggilan telefon seorang ibu tunggal yang balik kampung (Perlis) dari Kuala Lumpur memanggil ibu ustazah.  Siapa sahaja yang belum bertaaruf atau belum kenal  ibu akan panggil ibu "ustazah."   Benarlah kata-kata salah seorang abang  kandung ibu sebelum ibu berhijrah ke Perlis pada tahun 2015 "jangan toleh  ke belakang lagi, terus  terima.., mana tahu bila duduk di sana nanti  awak jadi ustazah." Dalam taliansebelah sana, ibu tunggal itu terus meluahkan tekanan masalahnya.

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ Apabila aku Sakit, DIA Yang Menyembuhkan

Image
Isnin, 26 Ogos, sebelum Subuh seawal  jam 2.00 ibu terjaga, kepala rasa berat dan badan rasa tidak selesa. Jika dibiarkan mungkin boleh  demam agaknya. Ibu cuba sambung tidur, kemudian terjaga lagi jam 4.00 pagi dalam keadaan tekak rasa mual. Sambil merawat diri 3 kali  'tapping' EFT(Emotional Freedom Technique) di samping ibu bermunajat mohon Allah berikan kesembuhan. Ibu perlu sihat kerana jam 7.30 pagi, ibu perlu memandu ke hospital menemani suami. Dari 5 malam (mulai 20 - 25 Ogos), ini kali pertama ibu tidak bermalam menemaninya  di wad 1 kerana  anak lelaki  menawarkan diri hendak menjaga ayahnya. Ibu bermalam di homestay yang disewa oleh family anak bungsu sekaligus dapat  bersembang bersama  besan tetamu istimewa dari  Johor.  Selepas azan Subuh, sebaik sahaja  selesai beri salam solat Fajr, ibu terus termuntah atas telekung kerana  tidak sempat buka untuk ke tandas. Pahit rasa di tekak namun Alhamdulillah selepas muntahkan  segala toksid dan keracunan, baharu ibu  

Mar'atus Solehah, Sebaik-baik Perhiasan Dunia

Image
Tajuk 'Mar'atus  Solehah, Sebaik-baik Perhiasan Dunia' diberi lebih sebulan lalu menanti seminarnya pada hari Jumaat, 16 Ogos. Persiapan ke arah membentangkan tajuk itu hanya berputar-putar dalam kepala lanjutan dari program bulan Julai yang bertajuk "Mencontohi Wanita Di Dalam Al-Qur'an" Idea sudah ada tetapi sayang  tidak sempat  hendak duduk tenang mendokumentasikan dalam bentuk 'power point'. Agak  sibuk juga buat serba sedikit persiapan  menanti anak-anak hendak balik beraya Haji. Begitulah lumrah ibu-ibu di manapun mereka berada.  Alhamdulillah anak sulung tawarkan diri  hendak masak 'Nasi Maqlubah' yang biasa  dibuat setiap Musim Raya Haji sebelum kehadiran ibu di Tunjung. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kecil tapak  tangan nyiru kami tadahkan. Anak solehah memanjangkan amal jariyah almarhum bondanya di mana  ibu sendiri  tidak mampu berkorban semulia itu. Semoga pengorbanan seperti ini akan diwarisi oleh adik-adik, anak-anak dan cucu-c