Posts

Showing posts from September, 2020

Berbangga Kahwinkan Suami?

Image
 Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang tidak pernah tidur terus mengatur  dan mengurus segala isi langit dan bumi yang fana ini. Semoga Allah istiqomahkan kita semua sentiasa  berada di atas landasan yang diredhai-Nya. Selawat dan salam ditujukan khas buat Rasul junjungan dan semua yang mengikut jejak langkah baginda hingga hari kiamat. Sebenarnya ikut plan awal, kami dalam perjalanan  ke Shah Alam untuk menghadiri  jemputan kahwin  anak kakak... namun di saat akhir terpaksa dibatalkan  kerana  ibu baharu teringat ada kelas online  berbayar  mulai pagi 26 September.  Hendak belajar tak boleh stress, perlu tenang. Kelas itu amat penting  bagi menjayakan projek kelahiran  buku baru 'Takdir Allah sentiasa indah'. Kakak ibu juga  sudah faham dan tidak mengharap sangat ibu dapat hadir.  Sejak minggu lepas, mem'viral' berita dan gambar tergempar seluruh media sosial seorang guru tolong  cari, meminang dan ikuti majlis pernikahan suaminya. Majoriti nit

Menuju Ar Rafiiqul A'la

Image
Dengan  Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah segala puji-pujian dirafakkan  hanya kepada  Allah SWT kerana  dengan izin-Nya jua kita semua masih lagi  diberi kesempatan dan peluang untuk terus bernafas di bumi yang fana ini. Semoga sisa-sisa  umur yang Allah izinkan inidapat kita sama-sama manfaatkan untuk meningkatkan  kualiti akidah dan ibadah kita  hanya  untuk Allah SWT  dan menjalin ukhuwwahfillah  membangunkan ummah  yang sentiasa  mentauhidkan Allah. Marilah sama-sama kita fikir dan rancang bagaimana hendak mengambil ‘sibghah Allah’ (acuan Allah)  demi mewujudkan ummah Rabbani melalui kaedah  Akidah merentas  kurikulum dalam semua peringkat pendidikan bermula dari sejak lahir, masuk ke Taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, Institusi pendidikan Tinggi dan alam berumah tangga  serta  kehidupan bermasyarakat menurut acuan Islam  yang Allah kehendaki. Usaha  ini mesti dibuat secara kolektif melibatkan semua institusi. Menjelang umur senja hendak