Posts

Showing posts from April, 2021

Kisah di sebalik 17 malam 18 Ramadhan 1406 Hijrah

Image
 Alhamdulillah, segala  puji-pujian bagi Allah yang masih meminjamkan nyawa  untuk kita teruskan kehidupan sebagai hamba dan  khalifah-Nya di bumi yang fana' ini. Semoga  Allah setiasa  memberikan hidayah dan taufiq-Nya kepada  kita  demi  meraih keredhaan-Nya. Syukur Alhamdulillah, diam-diam kini sudah hari ke-17 kita  menunaikan kewajipan berpuasa. Agak lama juga  ibu bercuti dari blog ini kerana cuba fokus mengikuti perkembangan taddabur Al-Qur'an dan sekali sekala ikuti halaqah tafsir membincangkan ayat-ayat   yang menyentuh qalbu merujuk pelbagai buku tafsir  untuk kami kongsi bersama  agar  Ramadhan kali ini akan terasa lebih bermakna untuk akhirat kita. Insha  Allah. Apabila mengenang kembali seerah 17 Ramadhan, disebut sebagai Nuzul Qur'an. Ada ulama' yang yakin malam inilah 'lailatul Qadr kerana  ketika  inilah Al-Qur'an  diturunkan semua sekali di Baitul Izzah (langit pertama) dan diturunkan sedikit demi sedikit oleh malaikat  Jibril kepada Nabi Muhamm

Cerita Di Ambang Ramadhan 1442 Hijrah

Image
 "Terima kasih...kerana menyayangi kami dan sentiasa mendoakan yang baik-baik..." seorang ibu berusia 35 tahun  merakamkan kesyukuran setelah hampir  dua jam kami bersembang cuba mencari jalan keluar setelah sekian lama  dia  bertegang urat dan bermasam muka dengan suaminya. Petang  Ahad, selepas  Asar ibu dikunjungi oleh bekas  client (banyak  kali sesi kaunseling pada tahun  2018- 2019) Setelah sekian lama tidak berjumpa, ibu andaikan semuanya sudah berdamai.  Sehari sebelum itu, ibu agak terkejut apabila disapa  oleh suaminya memaklumkan ingin berjumpa  ibu bersama isterinya. Ibu dimaklumkan krisis rumah tangganya semakin tegang setelah beberapa kali bertemu kaunselor  pejabat agama setempat. Jika diturutkan  rutin, ibu ingin menolak kerana tiada daya dan upaya  ibu setelah  agak lama bercuti  dari menjadi kaunselor kerana hendak fokus  berkhidmat menyantuni keuzuran suami. Setelah berfikir bahawa mereka ini Allah yang  hantar dan setelah berbincang  dengan suami kami bers